Assalamualaikum wbkt...
Huhu..semalam alkisahnya..sambil sambil mengupil ikan bilis, kekononnya nak tengok cerita kat tv..apa apa pun tak kisah. Maklumlaa kan ikan bilis kalau direnung lelama akan mendatangkan kemudaratan kepada mata..heheh..mengantuk tahap gabanlaa tuuu..
Tekan butang 1 ada Pak Najib, tekan butang 2 ada Pak Najib, tekan butang 3 Pak Najib lagi..adeehh..tekan hampir semua butang ada gambar "Pak Najib Serba Hijau" .. sedang membentangkan janji 1 Malaysia dia, Budget 2013.
Sebenarnya mama tak kisah benar dengan bab budget ni sebab takda peruntukan istimewa untuk kaum ibu yang duduk kat rumah macam mama. Dengar tak dengar sama jer bagi mama. Cuma tahun lepas tumpang gembira untuk Hubby sebab dapat BRIM RM500 tu..dan RM 100 untuk setiap anak mama yang bersekolah.. rezeki Allah swt bagiii kann..
Akhirnya mama letak remote dan membiarkan Pak Najib Serba Hijau bercerita tentang Budget 2013..ada yang masuk kanan keluar kiri sebab tak faham apakah kisahnya..cuma adalaa tersangkut dua tiga kat kepala otak mama yang beku dengan ratusan ikan bilis di tangan..;
Antaranya ialah;
(Untuk pembentangan penuh, sila rujuk teks pembentangan YAB PM.yerr)
1. Pelajar dari tahun 1 sehingga tingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan RM100.
2. Pelajar universiti dan tingkatan 1 akan menerima Baucer Buku 1 Malaysia bernilai RM250.
3. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diteruskan untuk isi rumah berpendapatan bawah RM3000 sebulan. BR1M juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2000 sebulan.
4. Sebanyak 70 buah klinik 1 Malaysia lagi akan dibina di seluruh negara.
5. Sesiapa yang membayar balik pinjaman PTPTN sepenuhnya dalam tempoh setahun mulai hari ini akan diberikan diskaun sebanyak 20%.
6. Perlepasan cukai untuk anak2 yang belajar dari RM4000-6000.
7. Bonus satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam.
8. Bonus RM500 untuk pesara kerajaan.
9. Belia dengan pendapatan bulanan RM3000 ke bawah akan menerima rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
10. 100 Pusat Internet 1 Malaysia akan diwujudkan di kawasan yang sesuai.
11. Pencen minimum pesara kerajaan yang berkhidmat 25 tahun ke atas dinaikkan kepada RM820 sebulan.
12. RM50 juta untuk mencari emas Olimpik di Rio.
13. Diskaun 50% tambang KTMB bagi semua rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah.
14. Semua pekerja berumur 45-55 tahun akan diberikan pemeriksaan kesihatan percuma di klinik2 yang akan diluluskan Perkeso.
15. Kerajaan akan bina 21000 buah rumah mesra rakyat.
16. Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.
17. Pencarum KWSP beragama Islam dibenarkan menggunakan simpanan dari akaun 2 untuk mencukupkan simpanan Tabung Haji tidak melebihi RM3000.
18. 57 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia ditambah di Sabah dan Sarawak.
Dah dua tiga kali dok ulang baca..Alhamdulillah banyak juga kebajikan untuk rakyat. Tetapi mama terfikir laa pulak, budget ni takda kerr untuk pembangunan agama islam..umpamanya sekolah sekolah agama (tahfiz), sekolah pondok dan pelajar yang belajar dengan tiket sendiri untuk menimba ilmu agama di luar negeri...macam tahun sudah, anak jiran yang belajar di sekolah tahfiz tidak mendapat bantuan RM 100 seperti pelajar sekolah biasa..kenapa mereka tak layak yerr..? tertanya jerr..
No comments:
Post a Comment