Assalamualaikum wbkt..
Kenal tak dengan benda kat dalam gambar ni..? Masa mula mula tengok, mama pun tak kenal apakah ini walau mama sendiri mengeluarkannya dari longgokkan lemak yang menyelimuti hati lembu untuk santapan raja sehari tempohari.
Ingat nak buang jerr..sayang laa pulak sebab macam hati jer tapi berpetak petak seperti di atas tu haa. Dua ketul pula tu dan besarnya selebar tapak tangan dan penuh tangan mama ini bila mengenggamnya. Terbit juga rasa geli tapi sayang pun ada, kot kot bahagian hati yang kecil. Al maklumlaa dia duduk sebelah menyebelah jer dengan jantung dan hati lembu.
Lebihan hati itu mama bahagi dua dengan tuan rumah, benda alah tu mama bagi dia seketul, mama seketul. Hari ini baru tergerak nak masak, ketika membelah dua benda itu, ada lemak seketul kat tengah tengah dia. Tengah terkial kial dok mengunting lemak tu, hubby datang mendekati..
"apa ni..?"
"entah..apa ni..?" mama tanya dia balik..keh keh keh
"buah pinggang ni.." jawabnya yakin..Erk..? tahu pulak..
"nak masak apa..?"
"goreng jerr laa..nak rasa" jawab mama pendek dan perbualan terhenti di situ sebab En. hubby nak balik kampung..
Lalu selepas dibuang lemak tengahnya, selepas dipotong potong dapatlaa secawan isi buah pinggang lembu tu..jadi laa. Tah sedap tah tidak rasa dia, dengan yakin mama oles dengan kunyit dan garam. Kunyit serbuk mama letak bebanyak lepas tu tabur lada sulah. Walau di sudut hati ada perasaan geli tapi masih terus goreng dan tetiba tangan ni pepandai jer ambil seketul dan masuk dalam mulut..eeii peliknya rasa. Ah haa..mama dapat idea letak cili padi kisar dalam sesudu makan, goreng lagi hingga cili jadi garing dan buah pinggang tadi menjadi sedikit pejal dan kenyal. Ngupp sekali..perghh..pedasnyerr..tapi rasa pelik tadi dah hilang malah macam sedap laa pulak..terus ngupp dengan nasi yang masih panas berasap.. Gelojoh betul.
Rasa dia tak dapat nak cerita..kena cuba sendiri...pelik tapi masih boleh dinikmati..
Sebelum balik kampung En. Hubby pesan simpan sikit untuk dia..dah simpan dah..garenti seketul jerr..lebihnya kenalaa mama habiskan..
dari blog little parlour .. letak lada hitam dan sayur hiasan sebagai tambahan, mungkin nak masak cam gini tapi bila dapat free bukan beli..heheh |
yang ni klau kami kat Kelantan panggil ggeli hati..tapi sya tak makan..hehe
ReplyDelete*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*
ReplyDeleteSy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
Hubungi utk order & pertnyaan:
*En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*