Assalamualaikum wbkt..
Bulan Kemerdekaan telah berlalu..apa yang kamu rasa..? Adakah rasanya sama enak dengan nikmat syawal..? Mungkin jujurnya kita dah tak rasa apa apa dengan Hari Kemerdekaan yang ke 55 pada tahun ini. Adakah disebabkan keseronokan syawal yang telah menenggelamkan hari bersejarah itu atau memang "spirit"nya telah rajuk membawa diri tanpa kita sedari..
Puas melintau kiri kanan melihat kalau ada Jalur Gemilang berkibar megah bersama sahabat bena mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia..namun hampa.. Apalagi kawasan kejiranan..apa yang ada hanya pelita penyeri sepanjang ramadan yang lalu..tiada lagi berlawan lawan meletak bendera kebanggaan negara di hadapan rumah, di kereta atau di atas pokok..atau ucapan selamat hari merdeka sesama jiran..
Tiada juga kedengaran anak anak menyanyikan lagu "Tanggal 31..bulan 8 57...Merdeka Merdeka Tetaplah Merdeka..ia pasti menjadi sejarah.." Adakah hanya tinggal sejarah..selalunya sejarah memang sering dilupakan.. Bila ditanya..rupanya mereka lupa hari itu hari Merdeka..dan penerimaannya biasa sahaja..apa yang pasti..ye ye..sekolah cuti..boleh sambung raya lagi..
Belum lagi di laman FB..pantang ada sambutan hari istimewa..birthday kucing pun nak wish juga..tapi di laman FB mama takda langsung kelibat "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan" ..tak tahulaa kat laman FB orang lain..
Entah kenapa hati ini jadi sedih sesangat.. Terkenang masa kecil dahulu..Hari Kemerdekaan 31 Ogos, adalah tarikh keramat bagi kami. Masa itu terkinja kinja minta izin nak tengok perbarisan Kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka. Ahh.. Padang penuh kenangan itupun dah takda..terasa rasa lagi akan nyamannya angin laut yang ketika itu sangat dekat dengan Bandar Hilir..kini nun sayup mata memandangpun tak nampak sebab dah terlindung dengan pelbagai bangunan di atas laut yang telah ditimbun dengan tanah..
Di Televisyen juga tak banyak cerita cerita berkaitan dengan semangat patriotik dan kecintaan kepada negara dan kemerdekaan.. Astro yang kuat memegang tampok hiburan negara..masih menghidang hiburan Hari Raya tak henti henti..ulang tayang walau rancangan itu dah basi..
Aduhai..!, adakah akan menjadi semakin teruk dari tahun ke tahun. Mungkin keadaan ini menjadi tanda "Spirit" itu akan terus menghilang diri. Apakah kesannya kepada negara tercinta ini, generasi kini dan akan datang, adakah masih ada sekelumit rasa cinta negara dan menghargai erti kemerdekaan..?
Kita kena cari konklusi..supaya "spirit" itu kembali..
Mula tertanya tanya di dalam diri..
ibu punya peranan yang besar di dalam membangkitkan kembali rasa cinta pada negara dan menerapkan roh kemerdekaan pada diri generasi baru |
No comments:
Post a Comment