Assalamualaikum wbkt..
"Mama..lama tak makan remis, teringin nak makan, jom pergi cari remis" rengek si dara yang sulung.
Ok gak idea tu..lama sungguh tak makan remis. Rasanya dekat setahun tak makan benda kecil molek ni. Ajak hubby, kebetulan dia cuti jadi permohonan tersebut mendapat kelulusan.
Rupanya bukan kami jerr, jiran mama pun terfikir perkara yang sama. Jadi bergeraklah kami dengan dua kereta menuju ke destinasi. Paling dekat sudah tentulah di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Dari Seremban ke Pengkalan Balak, kami guna jalan rantau, tembus ke Linggi dan seterusnya ke perkampungan yang berdekatan dengan Akademi Laut (ALAM).
remis
pastikan bawa senduk untuk mengaut pasir, tapis atau bakul yang mempunyai lubang kecil untuk mengayak dan membuang pasir di dalam air laut serta baldi untuk rendam remis dengan air laut nanti..
|
Bagi yang tidak berapa nak kenal remis, remis adalah sejenis kerang kerangan yang hidup dicelah celah pasir di sepanjang pantai. Selalunya hidupan ini suka tempat yang kurang dengan tumpuan manusia.. sukakan keamanan gitu..
contoh adengan memungut remis seronok bila satu keluarga turun padang berkerjasama memungut remis |
Saiznya yang hanya selebar ibu jari dan isinya sebesar taik ikan bilis menjadikan dia tidak begitu popular dikalangan manusia yang sukakan sesuatu yang mudah untuk dimakan dan puas untuk dinikmati.
Rasanya lebih kurang macam lala juga, tetapi dek kecomelan isinya rasanya akan hanya kita rasa bila dah menelan dekat semangkuk hidangan remis..sebenarnya remis dinikmati sebagai snek ketika menonton televisyen atau bersantai bersama keluarga sambil mengicap isi remis yang kecil tetapi sangat manis dan lazat..
Oh..kalau nak makan kena ada caranya..kunyah tak syok..kicap kicap di dalam mulut dahulu baru kunyah dan telan.. Kadang kadang ada terasa pasir kerana cara pembersihan yang kurang tepat. Sebenarnya untuk menghilangkan pasir yang ada pada isinya, kita kena rendam dahulu dalam air laut selepas dicuci bersih. Proses ini kena kat tepi pantai juga, semasa kita memungut remis. Bila sampai rumah, cuci sekali lagi dengan air paip atau gaul dan perap sekejap di dalam hampas kelapa.. InsyaAllah, tiada gangguan pasir ketika memakannya..
Cara masak dia senang jerr..
Tumis cili kisar bersama bawang putih dan merah hingga wangi
Masuk sos tiram, sos cili dan sedikit gula, letak serai jika sukakan sensasinya
Masuk remis dan kacau kacau hingga semua cengkerang remis terbuka dengan sendirinya..tanda dah masak laa tuu..
Selalunya tak jadi laukpun..sebab mesti nasi tak kena layan..leka dok mengicap remis yang comel dan manis..
Akhirnya ratah macam gitu jerr..kira macam snek sambil sambil tengok tv atau berkumpul bersama keluarga dan rakan..
No comments:
Post a Comment