Thursday, 20 September 2012

KENDURI KAHWIN ORANG RANTAU

Assalamualaikum wbkt..

Dah seminggu berlalu, badan ni masih terasa penatnya.  Walau bukan rumah sendiri, sekadar membantu apa yang patut, tetap terasa lelahnya.  Al maklumlah..kenduri kahwin..

Bukan biasa biasa,  bermula hari khamis, diikuti hari jumaat kaum ibu sibuk membuat kuih, kerisik dan air gula, manakala pagi sabtu pula acara mengopek bawang dan pelbagai ramuan masakan dan kaum lelaki menyiang daging dan ayam. Pada petangnya pasangan pengantin telah selamat diijabkabulkan.  

Tukang masaklah yang paling sibuk di dapur menyediakan makan tengahari, minum petang dan makan malam untuk malam itu.  Majlis bertemakan adat Negeri Sembilan, memang pertama kali mama menyaksikannya.. sangat unik.  Tuan rumah berasal dari daerah Rantau, Negeri Sembilan...  kalah Kuala Pilah,  dah lebih 15 tahun mama kahwin dengan hubby, kira dah berpuluh majlis kenduri kahwin mama hadiri, tak terjumpa majlis perkahwinan sebegini di Kuala Pilah... walau Kuala Pilah adalah daerah yang paling kuat dengan adat "ber" perut dan "ber" buapaknya..

Hasrat tuan rumah nak meraikan perkahwinan anaknya yang bongsu dengan meriah tercapai, selain majlis akad nikah, malamnya pengantin diraikan dengan persembahan bunga api, diiringi paluan kompang dan rebana. Pengantin di arak beramai ramai dengan menaiki perahu kecil atau "tandu" yang dikelilingi oleh lilin yang dinyalakan.. manakala bungkusan gula gula digantung sekeliling perahu... di akhir perarakan kanak kanak akan berebut untuk mendapatkan gula gula tersebut.

gambaran pengantin di pikul dengan tandu dan di arak lilin
pinjam gambar dari cik google

gambaran bunga api yang dibakar di hadapan pengantin dan tetamu

Apabila melihat keadaan tandu berlampu yang dipikul beramai ramai..tiba tiba teringat akan sesuatu, "kavadi".  Mama dan "saie" (jiran) tetiba jer ketawa serentak..rupanya memikirkan perkara yang sama..

Sambil pengantin di arak sejauh 100 meter dari rumah,  pengantin dan tetamu dihiburkan dengan persembahan bunga api... ini mengingatkan kembali mama semasa di kampung dahulu.  Semasa tahun 70 an, orang kampung mama di Melaka masih mengamalkan berarak pengantin, tetapi pengantin tidak menaiki tandu.  Cuma persamaannya ada persembahan bunga api yang sama dan pengantin diarak dengan lilin lilin kecil yang dipasang pada buluh yang dibentuk segi tiga piramid, kira macam pelita buluh yang banyak sumbu, besar dan tingginya sama dengan bunga mangga.  Hanya yang pernah melihat dapat mengambarkannya..

Selepas 100 meter meninggalkan rumah, pengantin diarak kembali ke rumah dan diturunkan dari tandu.  Masa itulah lilin dipadamkan dan kanak kanak berebut rebut mendapatkan gula gula yang bergantungan sekeliling tandu tadi.

Kemudian pengantin diarak ke pelamin dan majlis tidak berhenti di situ.  Rupanya ada pula persembahan tarian lilin dari saudara mara terdekat dan anggota kumpulan kompang dan rebana tadi.  Aksi aksi lucu dipersembahkan betul betul di hadapan muka pengantin, pengantin yang mulanya serius senyum tersipu sipu menawan tawa..


mempersembahkan tarian lilin
ihsan google

Usai majlis bersanding, anak cucu tuan rumah berkaraoke sesama sendiri.  Oh tidak,  tak larat mama menunggu sebab tenaga telah mama kerah untuk kek coklat berganche tiga tingkat dan fruit tartlet buat hidangan pengantin keesokan harinya.  Esok ada lagi tugas sedang menanti...

Pagi ahad, adalah hari langsung.  Tukang masak yang ditugaskan memasak masakan istimewa pada hari itu tidak menang tangan.  Nasib baik jiran tetangga ramai membantu,  memang semangat gotong royong kat taman mama ni sangat bagus,  boleh bagi markah penuh.. 5 *.

Mama and the gang kat dalam rumah pula sibuk menyiapkan hidangan pengantin.  Sebelum pukul 12 tengahari segalanya siap untuk dihidang.  Selepas zohor baru pengantin lelaki tiba dan sekali lagi pengantin disandingkan di atas pelamin..adehh..lapar giler tuu..dah pukul 2:30 petang pengantin dan rombongan lelaki masih belum makan tengahari.  Ada pihak pengantin lelaki yang selamba, pergi ke khemah untuk makan dahulu tanpa menunggu pengantin  selesai bersanding dan ditepung tawar..

Akhirnya segalanya selesai, pengantin diizinkan makan.  Selesai makan beradab, tiba acara potong kek coklat ganache yang sangat padan dengan warna baju pengantin... Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..

Tak cukup meriah lagi rupanya..malamnya ada persembahan live band.. ada joget lambak laa pulak.. tapi mama dan hubby tak join.. pandang tang jauh jer menyaksikan keluarga yang seronok menyambut menantu..


inilaa gambar pengantin yang sebenarnya..update 10/10/12
melopong jiran tetangga sebab tak pernah tengok pengantin kena usung dengan  tandu
tahniah Fida dengan Am, Kak As doakan semoga jodoh kalian berpanjangan dan bahagia
sehingga ke akhir hayat..aaminnn







No comments:

Post a Comment