Assalamualaikum wbkt..
Frittata ini bukan hasil kerja Kitchen Boss |
Baru lepas tengok Kitchen Boss, terliur tengok dia buat "Frittata". Frittata adalah sejenis telor dadar yang diisi dengan pelbagai bahan dan menjadi sarapan kegemaran orang Itali tak kira usia. Teknik memasaknya berlainan sedikit dari omelette atau telor dadar biasa, sebab akhirnya dadar "Frittata" ini kena bakar di dalam oven.
Sebelum lupa cepat cepat mama letakkan kat sini, untuk rujukan diri sendiri dan kalau suka boleh cuba di dapur sendiri..mungkin sedikit pengubah suaian resepi..suka hati mama jerr..heheh..
Bahan bahan
Telor 5 biji
Bawang 1 biji potong kiub
Cili Bengala 1 biji potong kiub
Kentang 1 biji potong kiub dan goreng hingga masak
Lada Hitam 1/2 sudu kecil jadikan serbuk
Susu Cair 1/4 cawan @ guna jer mayonis
Daun Saderi 1 tangkai cincang halus
Garam
Cheese Parmesan ikut suka kita banyak mana nak letak..
Cara
- Pukul telor hingga kembang, masukkan lada hitam, susu, daun saderi dan sedikit garam. Gaul hingga sebati dan ketepikan sebentar.
- Tumis bawang dan cili bengala sehingga layu, tuangkan telor dan kacau kacau sehingga kelihatan separuh masak tuang ke dalam dulang pembakar.
- Jika guna pan yang boleh terus masuk dalam oven, tak payah pindahkan ke dalam dulang pembakar. Jika guna dulang pembakar pastikan lanser dengan sedikit minyak untuk mengelakkan telor melekat.
- Parut cheese atas dia sebanyak tidak..lagi banyak lagi sedap..bakar sebentar di dalam oven hingga cheese kelihatan garing, angkat.
- Lepas tu makan ketika masih panas atau..tunggu suam sedikit..kitakan bukan golongan yang gelojoh..
Assalamualaikum..
ReplyDeletesedapkan frittata ni..ada lagi satu resipi kalau tak keberatan boleh tgk kat sini
http://zaharahjohari.wordpress.com/2014/03/08/fancy-a-frittata/