Assalamualaikum wbkt..
Pernah tengok kuih ni tak..? Inilaa kuih yang galak sangat mama buat masa baru pandai buat kuih dahulu. Masa tu masih sekolah lagi, tak salah mama masa tingkatan dua atau tiga. Selalu buat sebab senang dan tersangatlah sedap.. sagu mata ikan time tu murah jerr.. kalau ada RM 1.00 dalam tangan boleh buat sebesen kuih abok abok..
Apa yang penting kena ada bahan bahan berikut;
Bahan
Sagu mata ikan 500 grm
Gula Tebu, Merah atau Gula Kabong
Kelapa Parut 1/2 biji
Garam
Daun Pisang layur dahulu dan siat siatkan selebar sejengkal jari kamu
Cara
- Isi sagu didalam tapis dan lalukan sagu dengan air paip untuk mencuci sebarang kotoran. Rendam sekejap dengan air separas atau lebihkan sedikit air ke atas sagu tadi dan tunggu dia kembang
- Ambil kelapa parut yang putih sahaja dan sedikit garam lalu digaulkan dengan sagu yang telah kembang tadi
- Buat kelongsong daun pisang seperti kon dan isi sagu tadi 3/5 daripada saiznya, letak gula pilihan kemudian tutup kembali dengan sagu dan pastikan ada ruang daun untuk dilipat kemas..lepastu susun dalam kukusan
- Kukus selama 20 - 30 minit..atau hingga masak..ikut saiz kuih kita..kalau kecik dan sedikit, tak sampai 20 minit dah masak..
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment