Assalamualaikum wbkt..
Pagi tadi mama balik kampung mertua di Kuala Pilah, sebelum sampai rumah mertua, kami anak beranak singgah dahulu di Pasar Ahad atau Pekan Ahad yang bertempat di Tanjung Ipoh..apa yang nak dicari..?
Minggu lepas mama telah membuat gulai ikan dengan maman jeruk, tak puas rasanya menikmati maman jeruk tersebut kerana sedikit sangat. Tak sampai segenggam nilainya RM 3.00, boleh tahan mahal juga. Padan muka..malas nak buat sendiri jeruk maman..jadi kenalah bayar di atas kemalasan diri sendiri..
rupa sayur maman |
Di Pekan Ahad banyak terdapat gerai menjual bermacam jenis sayur kampung. Akhirnya sampai juga hajat untuk membeli sayur maman segar. Mama beli setengah kilo dengan niat untuk dijeruk dan digulai..sudah tentu nak makan puas puas..heheh..
Disebabkan bukan untuk simpan lama, mama buat jeruk simple jerr.. Mama bersihkan sayur maman yang telah dipotong pendek dengan cara merendam sayur maman sebentar di dalam air, supaya pasir halus yang terdapat pada sayur maman surut ke dasar air rendaman tadi. Selepas bersihkan dua tiga kali dengan air, barulah proses menjeruk dimulakan..
maman yang telah dijeruk..pahitnya akan hilang ketika proses menjeruk dilakukan "sunggu enak dimakan begitu saja.." |
Mama kacau air masak dengan garam (ikut kemasinan yang kita suka), lepas itu terus masukkan sayur tadi. Biarkan sehari dua..bolehlah diolah untuk dijadikan partner ikan lemak cili padi, daging salai lemak cili padi atau dibuat ulam begitu sahaja.. tetapi jeruk ini tak tahan lama..sayur mudah busuk..
Untuk tahan lebih lama, pastikan sayur tersebut kita jemur dahulu supaya dia jadi layu dan kering. Potong pendek dan cuci bersih seperti langkah merendam dan mencuci beberapa kali... Masak air dengan garam, biarkan air itu jadi sejuk, bolehlah dimasukkan sayur maman tadi. Kalau suka boleh tambah cili padi sebiji sebiji kat dalam dia..
Ada juga yang mengunakan air beras..terpulang kepada diri sendiri..
Baru mama tahu rupa rupanya sayur maman ni ada dua jenis..satu jenis dinamakan maman pasir dan jenis kedua dipanggil maman hantu. Jenis Maman pasir kurang pahit dan sangat enak dibuat gulai walau tidak dijeruk. Manakala maman hantu, jenisnya sangat pahit dan hanya yang suka benda pahit pahit jerr akan memakannya secara segar..mungkin betul..sebab ada sekali itu mama makan gulai maman segar di rumah seorang kenalan..MasyaAllah...pahit sungguh tetapi mama telan juga.. Baru baru ni pula jiran mama menghulurkan semangkuk gulai maman segar dengan daging salai..Subhanallah..sedapnya bukan main..pahitnya entah ke mana menghilang..

No comments:
Post a Comment