Friday, 5 October 2012

SIPUT PAHAT..TAHU KERR..?

Assalamualaikum wbkt..

Sampai sekarang masih "ter ki nyum" nak makan siput pelik ni.  Haha..apa itu "ter ki nyum"..itu adalah istilah bahasa pasar untuk perkataan teringin..dah biasa guna sejak kecil..

Selain siput pahat, namanya juga dikenali sebagai siput buluh sebab macam buluh dan di sebelah Sarawak pula dikenali sebagai siput ambal...

siput pahat

Pertama kali tengok masa pergi memungut remis di Pengkalan Balak.  Ramai orang terbongkok bongkok di tengah laut yang sedang surut jauh.  Di tangan masing masing ada sebiji baldi kecil, sebekas kapur dan sebatang lidi.  Tak kira lelaki perempuan atau kanak kanak, tersangat meriah pulak rasanya.  Mama dan keluarga pun sibuk melihat dan bertanya si pencari siput pahat yang agak ramai pada petang itu.  Leka juga melihat mereka mencari sarang siput pahat,  mencolek kapur dan mencucuk ke lubang siput dan "prettt"..si siput melonjak keluar dari pasir laut yang halus dan hitam itu.  Yerr..memang macam bilah buluh yang kecil..sedikit leper dan saiznya sebesar jari kelingking anak kecil hingga sebesar jari kelingking dewasa, warnanya pula ada kelabu dan kekuning kuningan..

Ramai yang memungut kerana untuk makan sendiri dan ada juga untuk dijual.  Ingat nak beli tapi katanya dia dah ada pembeli tetap.  Pembeli tetap itu adalah seorang pengusaha restoran cina dan kadar harga yang mereka terima adalah RM 12 sekilogram.  Katanya sangat laris dikalangan orang cina sebab rasanya yang sangat sedap dan lebih sedap dari remis atau lala.  Disebabkan jarak dan waktu yang tidak mengizinkan,  sampai laa ni mama tak dapat rasa lagi akan keenakan siput pahat ini.


rupa isi dia..macam alien kan..


digoreng cili..ermm..nampak macam sedap jerr..







No comments:

Post a Comment