Assalamualaikum wbkt..
Terliur tengok resepi dari blog Fatin Shamsudin, walau tak boleh makan sardin tetapi mama nak syer juga dengan kau orang resepi ni, jom buat petang nanti..
cokodok sardin |
Bahan-Bahan
1 tin sardin (kecil/besar) (asingkan kuahnya)
2 biji telur
2 keping roti (disiat kecil-kecil)
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cara
- Rebus sebiji telur. Hancurkan telur rebus tadi bersama ikan sardin dan gaul rata.
- Pecahkan sebiji telur, masukkan ke dalam ikan sardin tadi bersama roti yang disiat kecil-kecil. Gaul hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.
- Uli campuran ini menjadi bebola dan goreng sehingga masak.
- Hidang dengan sos semasa masih panas.. makan sensorang tak seronok..jom ajak jiran taulan sekali..pasti berebut rebut..
No comments:
Post a Comment