Saturday, 13 October 2012

CENDOL LEMAN DAWI

Assalamualaikum wbkt..

dekat dengan tempat tinggal mama
Mungkin ramai yang sudah tahu tentang Leman Dawi dan cendolnya di Jalan Tampin, Negeri Sembilan.  Bukan sahaja di dada akhbar, malah pernah dipromosikan di TV3 dan Astro di dalam rancangan Warong Kita, masa itu pengacaranya ialah Farouk Hussein.

Asalnya dia berniaga parang dan tapai di Jalan Tampin berdekatan dengan Taman Tuanku Najihah dan Taman Tuanku Jaafar.  Abang mama salah seorang pelanggan tetap dia semasa abang mama berniaga nasi lemak.  Dia pernah bagi petua dekat abang mama yang ketika itu meniaga nasi lemak semasa awal 90 an, jika nak sambal tumis ikan bilis kita sedap, tambah tapai pulut kat dalam sambal itu..memang yer laa pulak.. sambal tumis ada gas..marverlous...hehe..

Lama kelamaan perniagaan dia bertambah maju bila dia menjual cendol.  Tempat perniagaannya yang terletak di jalan besar benar benar strategik, bukan sahaja pelanggan tetap, malah sesiapa yang lalu di situ pasti berhenti untuk menikmati cendol leman dawi terutama ketika hari panas.  Masa itu cendol dia sedap juga, sebab segalanya cukup rasa..paling best ada pula air barli yang lazat yang disediakan secara percuma..boleh bungkus bawa balik lagi..

Akhirnya terpaksa berpindah ke tapak baru berdekatan dengan Sekolah Rendah Tamil, Sg Gadut, Jalan Tampin, Seremban, berikutan jalan tersebut hendak dilebarkan..terkenang kenang mama dengan "ini pokok ubi" dan kecomelan dia berdiri atas kerusi sambil memegang papan tanda "CENDOL HABIS"...sekarang kalau nak tengok terpaksa pergi ke Sg Gadut untuk melihat aksi lucu Encik Leman..




Sekarang janganlah meletakkan harapan yang tinggi tentang rasa cendolnya, kerana rasanya biasa biasa sahaja.  Tetapi amatlah rugi kalau tidak alami sendiri pengalaman menikmati cendol biasa biasa Leman Dawi, kerana sebenarnya yang istimewa di sini adalah keluarbiasaan tuan punya cendol.  Bukan sahaja peramah, kita akan dilayan dengan mesra walau pelanggan dia tengah ramai.

Beliau bagaikan Ensiklopedia hidup dan bergerak.  Kita tanya jer tentang geografi dan sejarah negara, membebellah dia tanpa henti.  Kadang kadang kita tak tanya dia yang tanya kita.  Setiap kata dan fakta nya sering tepat dan pembawaan lucunya benar benar menghiburkan.  Tanpa sedar cendol semangkuk habis kita telan,  jika tak segan kita boleh tambah lagi dan sudah tentu ianya adalah percuma..oppss..air barli percuma masih tetap disediakan untuk pelanggan yang sudi singgah di kedainya..

Encik Leman Dawi yang pemurah dan mesra alam
patutlah rezekinya melimpah ruah






No comments:

Post a Comment