Friday 28 September 2012

MAMA SUKA BUDGET 2013

Assalamualaikum wbkt...

Huhu..semalam alkisahnya..sambil sambil mengupil ikan bilis, kekononnya nak tengok cerita kat tv..apa apa pun tak kisah.  Maklumlaa kan ikan bilis kalau direnung lelama akan mendatangkan kemudaratan kepada mata..heheh..mengantuk tahap gabanlaa tuuu..

Tekan butang 1 ada Pak Najib, tekan butang 2 ada Pak Najib, tekan butang 3 Pak Najib lagi..adeehh..tekan hampir semua butang ada gambar "Pak Najib  Serba Hijau" .. sedang membentangkan janji 1 Malaysia dia, Budget 2013.

Sebenarnya mama tak kisah benar dengan bab budget ni sebab takda peruntukan istimewa untuk kaum ibu yang duduk kat rumah macam mama.  Dengar tak dengar sama jer bagi mama.  Cuma tahun lepas tumpang gembira untuk Hubby sebab dapat BRIM RM500 tu..dan RM 100 untuk setiap anak mama yang bersekolah.. rezeki Allah swt bagiii kann..


Akhirnya mama letak remote dan membiarkan Pak Najib Serba Hijau bercerita tentang Budget 2013..ada yang masuk kanan keluar kiri sebab tak faham apakah kisahnya..cuma adalaa tersangkut dua tiga kat kepala otak mama yang beku dengan ratusan ikan bilis di tangan..;

Antaranya ialah;

(Untuk pembentangan penuh, sila rujuk teks pembentangan YAB PM.yerr)

1. Pelajar dari tahun 1 sehingga tingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan RM100.

2. Pelajar universiti dan tingkatan 1 akan menerima Baucer Buku 1 Malaysia bernilai RM250.


3. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diteruskan untuk isi rumah berpendapatan bawah RM3000 sebulan. BR1M juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2000 sebulan.

4. Sebanyak 70 buah klinik 1 Malaysia lagi akan dibina di seluruh negara.

5. Sesiapa yang membayar balik pinjaman PTPTN sepenuhnya dalam tempoh setahun mulai hari ini akan diberikan diskaun sebanyak 20%.

6. Perlepasan cukai untuk anak2 yang belajar dari RM4000-6000.

7. Bonus satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam.

8. Bonus RM500 untuk pesara kerajaan.

9. Belia dengan pendapatan bulanan RM3000 ke bawah akan menerima rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

10. 100 Pusat Internet 1 Malaysia akan diwujudkan di kawasan yang sesuai.

11. Pencen minimum pesara kerajaan yang berkhidmat 25 tahun ke atas dinaikkan kepada RM820 sebulan.

12. RM50 juta untuk mencari emas Olimpik di Rio.

13. Diskaun 50% tambang KTMB bagi semua rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

14. Semua pekerja berumur 45-55 tahun akan diberikan pemeriksaan kesihatan percuma di klinik2 yang akan diluluskan Perkeso.

15. Kerajaan akan bina 21000 buah rumah mesra rakyat.

16. Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.

17. Pencarum KWSP beragama Islam dibenarkan menggunakan simpanan dari akaun 2 untuk mencukupkan simpanan Tabung Haji tidak melebihi RM3000.

18. 57 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia ditambah di Sabah dan Sarawak.

Dah dua tiga kali dok ulang baca..Alhamdulillah banyak juga kebajikan untuk rakyat.  Tetapi mama terfikir laa pulak, budget ni takda kerr untuk pembangunan agama islam..umpamanya sekolah sekolah agama (tahfiz), sekolah pondok dan pelajar yang belajar dengan tiket sendiri untuk menimba ilmu agama di luar negeri...macam tahun sudah, anak jiran yang belajar di sekolah tahfiz tidak mendapat bantuan RM 100 seperti pelajar sekolah biasa..kenapa mereka tak layak yerr..? tertanya jerr..






Wednesday 26 September 2012

CAMTU RASANYA BUAH PINGGANG LEMBU

Assalamualaikum wbkt..


Kenal tak dengan benda kat dalam gambar ni..?  Masa mula mula tengok, mama pun tak kenal apakah ini walau mama sendiri mengeluarkannya dari longgokkan lemak yang menyelimuti hati lembu untuk santapan raja sehari tempohari.

Ingat nak buang jerr..sayang laa pulak sebab macam hati jer tapi berpetak petak seperti di atas tu haa.  Dua ketul pula tu dan besarnya selebar tapak tangan dan penuh tangan mama ini bila mengenggamnya. Terbit juga rasa geli tapi sayang pun ada, kot kot bahagian hati yang kecil.  Al maklumlaa dia duduk sebelah menyebelah jer dengan jantung dan hati lembu.

Lebihan hati itu mama bahagi dua dengan tuan rumah, benda alah tu mama bagi dia seketul, mama seketul.  Hari ini baru tergerak nak masak, ketika membelah dua benda itu, ada lemak seketul kat tengah tengah dia.  Tengah terkial kial dok mengunting lemak tu, hubby datang mendekati..

"apa ni..?"
"entah..apa ni..?" mama tanya dia balik..keh keh keh
"buah pinggang ni.." jawabnya yakin..Erk..? tahu pulak..
"nak masak apa..?"
"goreng jerr laa..nak rasa" jawab mama pendek dan perbualan terhenti di situ sebab En. hubby nak balik kampung..

Lalu selepas dibuang lemak tengahnya, selepas dipotong potong dapatlaa secawan isi buah pinggang lembu tu..jadi laa.  Tah sedap tah tidak rasa dia,  dengan yakin mama oles dengan kunyit dan garam.  Kunyit serbuk mama letak bebanyak lepas tu tabur lada sulah.  Walau di sudut hati ada perasaan geli tapi masih terus goreng dan tetiba tangan ni pepandai jer ambil seketul dan masuk dalam mulut..eeii peliknya rasa.  Ah haa..mama dapat idea letak cili padi kisar dalam sesudu makan, goreng lagi hingga cili jadi garing dan buah pinggang tadi menjadi sedikit pejal dan kenyal.  Ngupp sekali..perghh..pedasnyerr..tapi rasa pelik tadi dah hilang malah macam sedap laa pulak..terus ngupp dengan nasi yang masih panas berasap.. Gelojoh betul.

Rasa dia tak dapat nak cerita..kena cuba sendiri...pelik tapi masih boleh dinikmati..

Sebelum balik kampung En. Hubby pesan simpan sikit untuk dia..dah simpan dah..garenti seketul jerr..lebihnya kenalaa mama habiskan..


dari blog little parlour .. letak lada hitam dan sayur hiasan sebagai tambahan, mungkin nak masak cam gini tapi bila dapat free bukan beli..heheh



Tuesday 25 September 2012

SAMBAL TOK TOK SOLOK AIR BATU

Assalamualaikum wbkt..

Hahaha..pelik betul bila pertama kali dengar nama dia.  Sebenarnya dah lama nak syer resepi tapi dek sifat suka main simpan dalam kepala jadi bila ingat baru mama letak kat sini..

Sebenarnya nama sebenar dalam ic "sambal tok tok" tapi mama tambah solok air batu atas sebab sebab nostalgia..heheh..

Sangat sesuai kepada peminat pedas tahap gaban macam mama.  Enak dimakan begitu sahaja dengan nasi panas atau bersama lauk yang tidak mengandungi cili.  Contohnya sop, gulai lemak, sayur goreng dan sebagainya.

Sila ikut resepi jika ingin melewati rasa pedas sambal tok tok yang sensasi;

Bahan

Cili Padi    segenggam
Ikan Bilis  1 cawan
Bawang    1 biji

Kisar semua dan tumis dengan sedikit minyak.  Kacau sehingga sambal menjadi garing dan kering.


sambal tok tok versi "duniasakinna.blogspot.com"

FRITTATA SARAPAN ORANG ITALI

Assalamualaikum wbkt..

Frittata ini bukan hasil kerja Kitchen Boss
Baru lepas tengok Kitchen Boss, terliur tengok dia buat "Frittata".  Frittata adalah sejenis telor dadar yang diisi dengan pelbagai bahan dan menjadi sarapan kegemaran orang Itali tak kira usia. Teknik memasaknya berlainan sedikit dari omelette atau telor dadar biasa, sebab akhirnya dadar "Frittata" ini kena bakar di dalam oven.

Sebelum lupa cepat cepat mama letakkan kat sini, untuk rujukan diri sendiri dan kalau suka boleh cuba di dapur sendiri..mungkin sedikit pengubah suaian resepi..suka hati mama jerr..heheh..

Bahan bahan

Telor               5 biji
Bawang           1 biji potong kiub
Cili Bengala     1 biji potong kiub 
Kentang          1 biji potong kiub dan goreng hingga masak
Lada Hitam      1/2 sudu kecil jadikan serbuk
Susu Cair         1/4 cawan @ guna jer mayonis
Daun Saderi     1 tangkai cincang halus
Garam
Cheese Parmesan ikut suka kita banyak mana nak letak..

Cara
  1. Pukul telor hingga kembang, masukkan lada hitam, susu, daun saderi dan sedikit garam.  Gaul hingga sebati dan ketepikan sebentar.
  2. Tumis bawang dan cili bengala sehingga layu, tuangkan telor dan kacau kacau sehingga kelihatan separuh masak tuang ke dalam dulang pembakar.
  3. Jika guna pan yang boleh terus masuk dalam oven, tak payah pindahkan ke dalam dulang pembakar.  Jika guna dulang pembakar pastikan lanser dengan sedikit minyak untuk mengelakkan telor melekat.
  4. Parut cheese atas dia sebanyak tidak..lagi banyak lagi sedap..bakar sebentar di dalam oven hingga cheese kelihatan garing, angkat.
  5. Lepas tu makan ketika masih panas atau..tunggu suam sedikit..kitakan bukan golongan yang gelojoh..






Sunday 23 September 2012

LABU SIAM

Assalamualaikum wbkt..

Labu Siam
sebesar saiz penumbuk kita

Baru sehari dua ni mama dapat tahu rupa rupanya nama sayur seperti buah jambu ini ialah Labu Siam.  Pertama kali memakannya pada masa tahun 90 an dahulu.  Masa itu mama pergi bercuti dengan hubby di Cameron Highland,  lalu terserempaklaa dengan sayur ni.  Jadi memang tebiat suka nak cuba, try test,  mama beli dua tiga biji untuk merasa keunikan rasanya.  Masa itu tah kenapa tak bertanya pula pada peniaga yang menjual labu siam ini akan namanya, tetapi ringan mulut bertanya macam mana nak memasaknya.  Katanya dibuat sop atau digoreng seperti mengoreng sayur biasa..

Rasanya macam apa yerr..sebenarnya tawar tetapi rasanya akan berubah mengikut rencah yang kita guna.  Sangat manis bila kita campur dengan ikan bilis atau udang kering..

Baru sehari dua ni juga mama dapat tahu betapa berkhasiatnya sayur ini, kalauku tahu dia begitu berkhasiat sudah tentu telahku amalkan memakannya sedari dahulu lagi.. takpa takpa..lepas ni InsyaAllah, kalau terserempak mama nak beli dan nikmatinya sekali lagi..


diolah menjadi sop


masak lemak pun sedap

atau goreng macam sayur biasa

Antara Khasiatnya ialah;


  1. Mencegah kanser
  2. Menyihatkan jantung
  3. Membuang kolesterol dalam badan
  4. Kaya serat, jadi senang buang ayak besaq
  5. Kaya asid folik jadi bagus untuk ibu mengandung
  6. Mengawal darah tinggi
  7. Mengawal diabetis
  8. Membantu pesakit Gout dengan melancarkan pembuangan air kencing
  9. Mencuci karbon dioksida di dalam badan
  10. Melancarkan perjalanan darah dan oksigen (elak stroke)
  11. Melancarkan perkumuhan atau ginjal
Tetapi tidak sesuai untuk penderita Rematik Arthritis (radang sendi).



Gizi per 100 gram Labu Siam

Energi (kkal) 17
Protein (g) 0,82
Lemak (g) 0,13
Karbohidrat (g) 3,9
Serat (g) 1,7
Gula (g) 1,85
Kalsium (mg) 17
Besi (mg) 0,34
Magnesium (mg) 12
Fosfor (mg) 18
Kalium (mg) 125
Natrium (mg) 2
Seng (mg) 0,74
Tembaga (mg) 0,12
Mangan (mg) 0,19
Selenium (mg) 0,2
Vitamin C 7,7
Tiamin (mg) 0,03
Riboflavin (mg) 0,03
Niacin (mg) 0,47
Vitamin B6 (mg) 0,08
Folat (mkg) 93
Vitamin E (mkg) 0,12
Vitamin K (mkg) 4,6








LEPAS GIAN DENGAN REMIS

Assalamualaikum wbkt..

"Mama..lama tak makan remis, teringin nak makan, jom pergi cari remis" rengek si dara yang sulung.  

Ok gak idea tu..lama sungguh tak makan remis.  Rasanya dekat setahun tak makan benda kecil molek ni.  Ajak hubby, kebetulan dia cuti jadi permohonan tersebut mendapat kelulusan.

Rupanya bukan kami jerr, jiran mama pun terfikir perkara yang sama.  Jadi bergeraklah kami dengan dua kereta menuju ke destinasi.  Paling dekat sudah tentulah di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka.  Dari Seremban ke Pengkalan Balak, kami guna jalan rantau, tembus ke Linggi dan seterusnya ke perkampungan yang berdekatan dengan Akademi Laut (ALAM).

remis

pastikan bawa senduk untuk mengaut pasir, tapis atau bakul yang mempunyai lubang kecil untuk mengayak dan membuang pasir di dalam air laut serta baldi untuk rendam remis dengan air laut nanti..
Bagi yang tidak berapa nak kenal remis, remis adalah sejenis kerang kerangan yang hidup dicelah celah pasir di sepanjang pantai.  Selalunya hidupan ini suka tempat yang kurang dengan tumpuan manusia..  sukakan keamanan gitu..

contoh adengan memungut remis
seronok bila satu keluarga turun padang berkerjasama  memungut remis
Saiznya yang hanya selebar ibu jari dan isinya sebesar taik ikan bilis menjadikan dia tidak begitu popular dikalangan manusia yang sukakan sesuatu yang mudah untuk dimakan dan puas untuk dinikmati.

Rasanya lebih kurang macam lala juga,  tetapi dek kecomelan isinya rasanya akan hanya kita rasa bila dah menelan dekat semangkuk hidangan remis..sebenarnya remis dinikmati sebagai snek ketika menonton televisyen atau bersantai bersama keluarga sambil mengicap isi remis yang kecil tetapi sangat manis dan lazat..


Oh..kalau nak makan kena ada caranya..kunyah tak syok..kicap kicap di dalam mulut dahulu baru kunyah dan telan.. Kadang kadang ada terasa pasir kerana cara pembersihan yang kurang tepat.  Sebenarnya untuk menghilangkan pasir yang ada pada isinya, kita kena rendam dahulu dalam air laut selepas dicuci bersih.  Proses ini kena kat tepi pantai juga, semasa kita memungut remis.  Bila sampai rumah, cuci sekali lagi dengan air paip atau gaul dan perap sekejap di dalam hampas kelapa.. InsyaAllah, tiada gangguan pasir ketika memakannya..

Cara masak dia senang jerr..

Tumis cili kisar bersama bawang putih dan merah hingga wangi
Masuk sos tiram, sos cili dan sedikit gula, letak serai jika sukakan sensasinya
Masuk remis dan kacau kacau hingga semua cengkerang remis terbuka dengan sendirinya..tanda dah masak laa tuu..

Selalunya tak jadi laukpun..sebab mesti nasi tak kena layan..leka dok mengicap remis yang comel dan manis..

Akhirnya ratah macam gitu jerr..kira macam snek sambil sambil tengok tv atau berkumpul bersama keluarga dan rakan..




Saturday 22 September 2012

SELIPAR JEPUN ISTERIKU


Assalamualaikum wbkt..

Mama terbaca dari blog seorang blogger.. aduhh nak copy paste dia tak bagi laa pulak..jadi mama cari entry asal..akhirnya dapat dari blog http://dini-ariani.blogspot.com.  

Mama copy paste jerr..saja nak simpan keaslian cerita asalnya dan credit kepada penulisnya..touching giler nih..menitik air mata "te kau eirr"

Tak payah laa tranlate..rasanya masih boleh difahami oleh kita yang serumpun.

Sangat sesuai dibaca oleh kaum suami yang sering memperlekehkan para isteri..


SANDAL JEPIT ISTRIKU (selipar jepun isteriku)


Selera makanku mendadak punah.

Hanya ada rasa kesal dan jengkel yg memenuhi kepala ini. Duh ....



betapa tidak gemas ,dalam keadaan lapar yg memuncak seperti ini,makanan yg tersedia tidak ada yang memuaskan lidah. Sayur sop ini rasanya manis bak kolak pisang,



sedang perkedelnya asin nggak ketulungan. ''Ummi...Ummii,kapan kau dapat masak dgn benar?

.....Selalu saja, kalau tak keasinan... kemanisan, kalau tak keaseman...ya kepedesan!

'' Ya, aku tak bisa menahan emosi untuk tidak mennggerutu. ''Sabar bi.....,



Rosulullah juga sabar terhadap masakan Aisyah dan Khodijah. Katanya mau kayak Rasul...?'' Ucap isrtiku kalem. ''Iya...tapi Abikan manusia biasa. Abi belum bisa sabar seperti Rasul. Abi tak tahan kalau makan terus menerus seperti ini....!'' Jawabku dengan nada tinggi. Mendengar ucapanku yang benada emosi,



kulihat itriku menundukan kepaa dalam-dalam.

Kalau sudah begitu, aku yakin pasti air matanya sudah merebak.



Sepekan sudah aku keluar kota. Dan tentu,

ketika pulang benak ini penuh dgn jumput-jumput harapan untuk menemukan ''baiti jannat'' di rumahku.

Namun apa yang terjadi....? Ternyata kenyataan tidak sesuai dengan yang kuimpikan.

Sesampainya di rumah, kepalaku malah mumet tujuh keliling.



Bayangkan saja, rumah kontrakanku tak ubahnya laksana kapal burak ( pecah).



Pakaian bersih yang belum di setrika menggunung di sana sini. Piring-piring kotor berpesta pora di dapur, dan cucian.... ouwww.... berember-ember. Ditambah lagi aroma bau busuknya yang menyengat, karena berhari-hari di rendam dengan detergent tapi tak juga di cuci.



Melihat keadaan seperti itu aku hanya bisa ber istighfar sambil mengurut dada. ''Ummi....ummi,

bagaimana abi tak selalu kesal kalau keadaan terus menerus begini.....?

'' Ucapku sambil menggeleng-gelengkan kepala.

''Ummi....istri sholehat itu tak hanya pandai ngisi pengajian,



tapi dia juga harus pandai dalam mengatur segala sesuatu urusan rumah tangga.



Harus bisa masak, nyetrika, nyci, jait baju,beresin rumah....?

'' Belum sempet kata-kataku habis sudah terdenga ledakan tangis istriku yang kelihatan begitu pilu.

''Ahh..... wanita gampang sekali untuk menangis....'' batinku berkata dalam hati. '' Sudah diam Mi,

tak boleh cengeng.



Katanya mau jadi istri shalehat...? Isrti shalehat itu tidak cengeng,'' bujukku hati-hati setelah melihat airmatanya menganak sungai di pipinya. ''Gimana nggak nangis! Baru aja pulang udah ngomel-ngomel terus.



Rumah ini berantakan karena memang ummi tak bisa mengerjakan apa-apa.



jangankan untuk kerja, untuk jalan aja susah. Ummi kan muntah-muntah terus,



ini badan rasanya tak bertenaga sama sekali,'' ucap isriku di selingi isak tangis. '' Abi nggak ngerasain sih bagaimana maboknya orang hamil muda.... ''

Ucap isrtiku lagi, sementara air matanya kulihat tetep merebak



''Bii.... siang nanti antar Ummiii ngaji ya...?'' pinta istriku. ''Aduh, Mi... abi kan sibuk sekali hari ini. Berangkat sendiri aja ya?'' ucapku. ''Ya sudah,kalau Abi sibuk, Ummi naik bis umum saja,



mudah-mudahan nggak pingsan di jalan,'' jawab isrtiku. ''Lho, kok bilang giti...?'' selaku. ''Iya, dalam kondisi muntah-muntah seperti ini kepala ummi gampang pusing kalau mencium bau bensin. Apalagi di tambah berdesak-desakan di dalam bus dengan suasana panas menyengat.



Tapi mudah-mudahan sih nnggak kenapa-kenapa,''Ucap istriku lagi ''Ya sudah, naik bajai saja,'' jawabku ringan.



Pertemuan hari ini ternyata di undur pekan depan.

Kesempatan waktu luang ini ku gunakan untuk menjemput istriku.

Entah kenapa hati ini tiba-tiba saja menjadi rindi padanya.

Motorku sudah sampai di tempat istriku mengaji.



Di depan pintu kulihat masih banyak sepatu berjajar, ini pertanda acara belum selesai.

Ku perhatikan sepatu yang brejumlah delapan pasang itu satu persatu.

Ah, semuanya indah-indah dan kelihatan harganya begitu mahal.



''Wanita, memang suka yang indah-indah, sampai bentuk sepatu pun lucu-lucu,'' aku membathin sendiri.

Mataku tiba-tiba terantuk pandang pada sebuah sandal jepit yang di apit sepasng sepatu indah.

Dug! Hati ini menjadiluruh. ''Oh......bukankah ini sandal jepit istriku?''tanya hatiku.



Lalu segera ku ambil sandal jepit kumalyang tertindih sepatu indah itu. Tes! Air mataku jatuh tak terasa.

Perih nian rasanya hati ini, kenapa baru sekarang sadar bahwa aku tak pernah menperhatikan istriku.

Sampai-sampai kemana ia pergi harusbersandal jepit kumal.



Sementara teman-temannya bersepatu bagus. ''Maafkan aku Maryam'',pinta hatiku

''Krek....'' suara pintu terdengar di buka.Aku terlonjak,

lantas menyelinap ketembok samping.

Ku lihat dua Ukhti berjalan melintas sambil menggendong bocah mungil yang berjlbab indah nan cerah,

secerah warna baju dan jilbab Umminya.



Beberap menit setelah kepergian dua Ukht itu, kembali melintas Ukhti-ukhti yang lain.

Namun, belum juga kutemukan Maryam ku.



Aku menghitung sudah delapan orang keluar dari rumah itu, tapi istriku belum juga keluar.

Penantianku berakhir ketika sesosok tubuh berbaya gelap dan berjilbab hitam melintas.

''Ini dia mujahidahku!'' pekik hatiku.



Ia beda dengan yang lain, ia begitu bersahaja.

Kalau yang lain memakai baju berbunga cerah indah,

ia hanya memakai baju warnagelap yang sudah lusuh pula warnanya.



Diam-daim hatiku kembali di rayapai perasaan derdosa karena selama ini kurang memperhatikan istri.

Ya, aku baru sadar, bahwa semenjak menikah belum pernah membelikan sepotong baju pun untuknya.

Aku terlalu sibuk memperhatikan kekurangan-kekurangan istriku,

padahal di balik semua itu begitu banyk kelebihanmu,

Wahai Maryamku.



Aku benar-benar menjadi malu pada Alllah dan Rosul-Nya.

Selama ini aku terlalu sibuk mengurus orang lain, sedang istriku tak pernah ku urusi.



Padahal Rosul telah berkata; ''Yang terbaik diantara kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya.''

Sedang aku...?Ah, kenapa pula aku lupa bahwa Alllah menyuruh para sumi agar menggauli istrinya dengan baik.

Sedang aku...? terlalu sering mgomel dan menuntut istri dengan sesuatu yang ia tak mampu melakukannya.

Aku benar-benar merasa nenjadi suami terdzolim!!!



''Maryam....!'' panggilku, ketika tubuh berbaya gelap itu melintas.

Tubuh itu lantas membalik kearahku, pandangan matanya menunjukan ketidak percayaan atas

kehadiranku di tempat ini.



Namun, kemudian terlihat perlahan bibirnya mengembangkan senyum.

Senyum bahagia. ''Abi....!'' bisiknya pelan dan girang.

Sungguh, aku baru melihat istriku segirang ini.

''Ah, kenapa tidak dari dulu ku lakukan menjemput istriku?'' sesal hatiku..



Esoknya aku membeli sepasang sepatu untuk istriku.

Ketika tahu hal itu, senyum bahagia senyum bahagia kembali mengembang dari bibirnya. ''Alhamdulillah....Jazakallahu...,'' ucapnya dengan suara tulus.



Ah, Maryam, lagi-lagi hatiku terenyuh melihat polahmu.

Kenapa baru sekarang aku bisa bersyukur memperoleh istri zuhud dan 'iffah sepertimu....

Kenapa baru sekarang pula ku tau betapa nikmatnya menyaksikan matamu yang berbinar-binar karena perhatianku....



Semoga bermanfa'at.

Oleh:Admin Muslimah sholehah

ƸӜƷ.¸¸✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿¸¸.ƸӜƷ

Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas,

semuanya milik bersama

Bagi sahabat2 Muslimah Sholehah

yang berminat dan bersedia memberikan ilmunya berupa catatan,

puisi, doa dan kisah yang dapat menambah keimanan kita,

silahkan hubungi admin Andhika Al-Banjari Mtp

♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥.

✿ Prinsip ABC ✿

✩ A mbil yang baik

✩ B uang yang buruk

✩ C iptakan yang baru

Keep Istiqomah wa HAMASAH

Thursday 20 September 2012

CERPEN MENUSUK JIWA


Assalamualaikum wbkt..


Macam best laa pulak untuk dikongsi bersama dengan kau orang..mama copy paste dari laman Facebook..terimakasih kepada tukang cerita..jatuh tergolek golek jiwa dan perasaan selepas baca kisah ini..



Cerpen - Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pak Cik

Thursday, September 20, 2012


Menarik kisah seorang pemuda yang berjumpa bakal mertua kerana ingin menikah dengan wanita pilihannya sehinggakan keluar soalan “Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik.”

Kisah izinkan saya berzina dengan anak pakcik

Kisah ni di ambil dari facebook sharing. Oh sebelum tu dalam cerita ni kononnya si kapel ni nak keluar dating. Sebolehnya kita jangan dating-dating ni. Islam tak galakkan. Apa pun cerita ini sekadar tauladan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga bermanfaat!


_ _ _ _ _ _

Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya…

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap


Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

 
Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.


Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

 
Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : Eh..


Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

 
Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya

Bapa Gadis : Oh..

Teruna : ??


5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

 
Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.

Teruna : Segan cik. Hehe

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?

Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa Gadis : Boleh takde masalah

Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?

Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki

Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya

Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot

Teruna : Kali terakhir bila?

Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm..

Ibu Gadis : Kenapa?

Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?


Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

 
Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.


Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

 
Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). 
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.


Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

 
Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa Gadis : Serius lah sikit.

Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“ : )”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”