Wednesday 15 January 2014

SAHABAT NABI DISIAT KULITNYA

Assalamualaikum wbkt..

Sempena sambutan Maulidur Rasul, kat Pusat Komuniti Islam tempat mama tinggal ada mengadakan majlis berarak, ceramah dan jamuan makan tengahari.  Sederhana meriah tetapi semoga Allah swt mencurahkan keberkatan kepada majlis tersebut..

Perihalnya..Ustaz yang memberi ceramah telah membentangkan tajuk cintakan Rasulullah.  Di dalam ceramah tersebut, beliau telah berkongsi satu peristiwa, ketika zaman Rasulullah menyebarkan agama islam di kota Mekah, puak Quraish yang dengki kianat seringkali menyeksa sesiapa sahaja yang memeluk agama islam.

Termasuklah seorang sahabat, beliau telah ditangkap, diikat dan disiat kulitnya setiap hari hingga membawa kematian.  Katanya walaupun Rasulullah saw duduk bersenang lenang dengan keluarganya di rumah, dia tidak akan mengizinkan walau seekor nyamuk pun mengigit atau menyakiti Rasulullah saw.. dia sanggup diseksa kerana cintanya kepada Rasulullah saw dan agama Allah swt..

Peristiwa tersebut telah disaksikan oleh seorang Quraish yang akhirnya memeluk islam.  Akibat peristiwa itu beliau selalu pengsan, kerana terlalu takut Allah swt akan menghukumnya kerana membiarkan sahabat tersebut diseksa hingga meninggal dunia..

Apa yang lemaunya..mama tak dengar nama mereka dengan jelas..nak tanya segan lerr pulak..maklum lerr..lelaki ramai, kita pompuan kat belakang jauh nuu haa..

Kalau ada yang tahu kisah ni..harap dapat kongsi dengan jelas akan peristiwa di atas yerr..terima kasih..

Selawat dan Salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarga dan Para Sahabat Sekelian..


No comments:

Post a Comment