Wednesday 15 January 2014

ARTIS HOLLYWOOD MENGAKU ATHEIST

Oleh: takusahrisau

Selebriti yang Tidak Pernah Percaya akan Tuhan!
Atheist adalah satu bentuk kepercayaan yang langsung tidak mempercayai kewujudan tuhan. Kepercayaan ini telah lama terbentuk iaitu sejak daripada awal kewujudan tamadun manusia namun ia mula popular pada abad ke-18 apabila seorang ahli falsafah berbangsa Jerman, Friedrich Nietzsche(1844-1900) mengaku dengan lantangnya bahawa beliau langsung tidak mempercayai sebarang kewujudan dan kekuasaan ketuhanan dalam ideanya God is dead. Walaubagaimanapun, lama sebelum beliau iaitu sekitar 400BC, lahir seorang tokoh bernama Epicurus(370BC-270BC)dengan ideanya yang mencetuskan fenomena apabila mempertikaikan kewujudan tuhan dalam idea yang dikenali Epicureanism. Jadi tidak salah jika mengatakan beliau adalah bapa kepada golongan Atheist.
Atheist dikategorikan kepada DUA jenis iaitu strong Atheist dan weak AtheistStrong Atheist adalah seseorang yang langsung tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Kebiasaanya, individu itu selalu berkata sebagaimana demikian;
Tidak,tidak, Tuhan tidak wujud..kalau Tuhan wujud kenapa dia biarkan orang jahat bermahajarela,baik dia cipta semua manusia  baik belaka. Dah lah tu,cipta pulak syaitan..kenapa Dia cipta syaitan?untuk memperbodohkan manusia?
Manakala kategori weak Atheist pula adalah seseorang yang bersederhana dalam kepercayaannya dalam mempertikaikan kewujudan tuhan. Kebiasaanya ucapan seseorang yang dalam kategori ini adalah;
Aku tahu Tuhan wujud,tapi aku tak mahu solat atau puasa. Aku tidak percaya Tuhan akan cuba susahkan manusia dengan membuat perkara remeh-remeh macam ini..
Atheist di Malaysia sebenarnya semakin berleluasa. Baru-baru ini, menular dalam blog-blog mengenai individu bernama Salleh Gregor Samsa yang memperlekehkan Islam dan mengaku pula tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Situasi sebergini sungguh memberhayakan.!
Hujah-hujah golongan Atheist kebiasaanya berteraskan pemikiran logik semata-mata. Oleh sebab itu, hujah-hujah golongan Atheist mudah dipatahkan. Pembaca boleh lihat dalam klip video ini.(klik SINI). Klip video ini sebenarnya merupakan lakonan semula mengenai perdebatan Albert Einstein yang pada ketika itu masih lagi kecil dengan pensyarahnya mengenai kewujudan Tuhan. Sekurang-kurang, kita boleh ambil pengajaran dengan ayat-ayat perdebatan mereka.
Albert Einstein yang merupakan seorang Yahudi Jerman terkenal sebagai individu yang mempertahankan kewujudan tuhan sepertimana beberapa saintis terkenal lain seperti Isaac Newton,Galileo Galilei, Rene Descartes, Johannes Kepler, Johannes Kepler, Johannes Kepler, Michael Faraday, William Thomson Kelvin, Ibnu Sina dan Al-Farabi.
Okey lah, untuk kali ini, pembaca boleh meneliti 5 orang selebriti Hollywood yang mengaku beliau adalah Atheist. Sememangnya selebriti Hollywood terkenal dengan sikap terbuka mereka. Teruskan membaca ya..

1.         Brad Pitt
Brad Pitt
Brad Pitt atau nama sebenarnya William Bradley Pitt pernah mengaku dalam satu temubual denga Bild.com;
I’m probably 20 percent atheist and 80 percent agnostic. I don’t think anyone really knows. You’ll either find out or not when you get there, until then there’s no point thinking about it.”

2.        Keanu Reeves
Keanu Reeves
Keanu Reeves ketika mempromosi filem Constatine pada 2005 ditanya mengenai sejauh mana kepercayaan beliau mengenai kepercayaan Atheistme setelah membintangi filem berunsurkan keagamaan ini;
“I wasn’t raised in any special denominations and I haven’t taken on any so far,” ujarnya ketika ditanya
beliau seterusnya menambah;
I used to have doubts (about heaven and hell) and now I doubt less.”

3.        Hugh Laurie
Hugh Laurie
Pelakon siri popular, House ini adalah seorang Atheist yang sejati. Dalam satu temubual dalam satu majalah, beliau berkata;
I don’t believe in God, but I have this idea that if there were a God, or destiny of some kind looking down on us, that if he saw you taking anything for granted he’d take it away.”

4.        Jodie Foster
Jodie Foster
Beliau pernah mendakwa bahawa beliau adalah Atheist dalam majalahEntertainment Weekly dengan berkata;
“I absolutely love religions and the rituals. Even though I don’t believe in God.”
Bergitu juga ketika ditanya oleh wartawan E! Online mengenai samaada beliau pernah bersembahyang di gereja;
“No, absolutely never”
Ironinya, beliau sentiasa menyambut Kristmas dan Hanukkah(perayaan agama Yahudi) setiap tahun dengan anaknya.
5.        Bruce Willis
Bruce Willis
Aktor kegemaran ramai ini sebenarnya adalah Atheist. Dalam satu temubual dengan majalah George isu Julai 2008,beliau berkata;
“Organized religions in general, in my opinion, are dying forms, they were all very important when we didn’t know why the sun moved, why weather changed, why hurricanes occurred, or volcanoes happened,”
Seterusnya, beliau menambah;
“Modern religion is the end trail of modern mythology. But there are people who interpret the Bible literally. Literally!”

Bergitulah ‘kata-kata hikmah’ daripada selebriti terkenal Hollywood. Namun, ini adalah hanya segelintir daripada ratusan selebriti yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Tom Cruise lain pula kisahnya apabila beliau menolak agama Kristian tetapi menganut fahaman Scientology yang juga merupakan cabang-cabang Atheistme.
Akhir sekali penulis teringat satu firman Allah yang besar maknanya yang membawa maksud;
“Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan yang lurus maka ikutilah dia, janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa”.
(surah Al-An’aam: ayat 153)

No comments:

Post a Comment