Wednesday 15 January 2014

ANJING BIASA MAKAN TAHI, KALAU TAK MAKAN DICIUMNYA JUGA

Assalamualaikum wbkt..

Tetiba jer nak cerita perihal pepatah Anjing biasa makan tahi, kalau tak makan diciumnya juga..bermaksud, satu masa dahulu dia pernah membuat jahat tak kiralah gila perempuan kerr, minum ker, kaki dangdut ker..sesekali akan teringin dia mengulanginya.. semuanya kerana kurang iman di dada..

Teringat seseorang mengatakan kalau nak buat jahat, buat puas puas semasa muda muda, nanti dah tua dah muak nak buat jahat.. macam laa mati tu untuk orang tua jerr kan..ishh..

Sebab dia kata kebanyakan kaum lelaki tua yang dah berkahwin dan beranak cucu, akhirnya akan buat perangai sebab masa muda tak enjoy..

Mama sangat tidak setuju dengan bait bait di atas bila mengenangkan akan pepatah anjing makan tahi tersebut.. Bagi mama, lelaki yang tak bertanggungjawab dan buat perangai setelah berkahwin atau dah berumur adalah disebabkan faktor tak sedar diri dan tak takut hukum Allah swt..itu jerr..




1 comment: