Tuesday 28 May 2013

KACANG LUPIN @ TELMIS

Assalamualaikum wbkt..

Kakak mama baru balik dari Mesir.  Banyak betul buah tangan dia, dari hiasan hinggalah makanan...terima kasih ateh ngan bang teh.  Paling pelik ateh mama bawa sejenis kacang.  Katanya kacang Telmis.  Di Mesir kacang ni satu kemestian kepada setiap rumah...

Puas mama google kacang Telmis @ Telmis nut...takde langsung info pasal dia...atas usaha yang sungguh sungguh akhirnya dapat laa mama jumpa info pasal kacang Telmis ini.  Tetapi bukan nama Telmis, sebaliknya Lupin Seed atau Lupin Beans.

sebelum di masak..macam jagung kering, berbentuk empat segi, berwarna putih pucat
Ateh mama rendam selama tiga hari berturut turut.  Kena tukar air setiap hari.  Hari ke tiga, selepas buang air rendaman tadi, rendam pula dengan air panas mengelegak selama semalaman.

Selepas ditos airnya, isi air balik hingga menenggelamkan kacang yang kelihatan semakin kembang dua kali ganda dari size asal di dalam periuk.  Lepas itu kena rebus selama dua jam, letak garam untuk rasa sedikit masin.

Tos dan sejukkan.  Hidangkan dengan perahan asam limau atau dinikmati begitu sahaja.  

Pertama kali rasa macam kelakar jerr...tapi bila dah dua tiga kali macam best laa pulak...tak berhenti mengunyah..oppss..kulitnya tebal jadi mama buang kulit dia...nikmati isinya yang masih kenyal dan lemak..

Nutrition yang ada di dalam kacang lupin;-

Nutrition Facts
Serving Size
1 cup (166.0 g)
Amount Per Serving
Calories
198
Calories from Fat
44
% Daily Value*
Total Fat
4.8g
7%
Saturated Fat
0.6g
3%
Polyunsaturated Fat
1.2g
Monounsaturated Fat
2.0g
Cholesterol
0mg
0%
Sodium
7mg
0%
Total Carbohydrates
16.4g
5%
Dietary Fiber
4.6g
19%
Protein
25.8g
Vitamin A 0%Vitamin C 3%
Calcium 8%Iron 11%
* Based on a 2000 calorie diet

Maknanya bagus untuk orang yang nak berdiet...kaya ngan fiber..






2 comments:

  1. assalam...hikhik...x pnh jumpa kacang ni...tp nape masak dia complicated nau...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...hentah lerr..dah gitu mak arab ajar..ikut jer laa...tapi kacang ni memang kenyal tahap gaban..kira susah nak lunyai macam kacang kacang yang lain bila direndam dan direbus...memang takda kat Malaysia..ada kat negara yang berdekatan dengan Mediterranean jerr..

    ReplyDelete