Tuesday, 21 May 2013

EMAKKU KETURUNAN CINA

Assalamualaikum wbkt

Dah lama nak cerita kat sini tapi asyik lupa...hari ini baru teringat dan yang penting ada mood dan masa... kepada anak anak mama... semoga ia menjadi satu cenderahati yang berharga dari mama untuk kamu semua... al kisahnya sejarah keluarga mak kampung (emak mama)...

Diceritakan moyang mama dahulu ada dua orang adik beradik, bernama Isa dan Musa.  Difahamkan mereka berasal dari daerah Kwantung dan ketika meninggalkan Kwantung, keluarga mereka masih ada dan mereka adalah penganut agama Islam.  Mereka datang ke Tanah Melayu pada tahun 1886 dengan menaiki kapal laut dari Negeri China dan mendarat di Kelantan.  

Dari Kelantan mereka berjalan kaki sehingga sampai ke Melaka di daerah Masjid Tanah.  Digambarkan Isa dan Musa ini berambut panjang dan rambut itu ditocangkan...

terbayang ler rupa tok nyang maco cam jet li dalam"wong fei hong"..huhu dengar cerita wong fei hong beragama islam dan berasal dari Kwantung , wallahualam, kemungkinan lerr sebab masa itu daerah itu penduduknya ramai beragama islam

Apa yang lemaunya kat sini, tidak diketahui nama keturunan mereka atau nama bapa mereka.  Agaknya orang dulu dulu tak kisah nak ambil tahu atau si pencerita tak sempat nak bertanya lanjut dari yang lebih tahu...

Mereka berdua sangat rajin bekerja, al maklumlaa..orang cina.  Mereka ambil upah sebagai buruh dan berniaga.  Selepas beberapa tahun kemudian, mereka berdua berkahwin dengan orang tempatan. Isa berkahwin dengan orang darat dan Musa dengan orang laut.  Maksudnya Isa berkahwin dengan orang kampung yang mengerjakan kebun sayur, bersawah padi dan menoreh getah manakala Musa berkahwin dengan anak gadis dari masyarakat nelayan di pengkalan balak.

Melalui Isa dan isteri beliau, lahirlah dua orang anak.  Iaitu Jahit dan Hitam. Melalui Jahit lahirlaa mak kampung dan adik beradik dia.  Hitam tidak diketahui sejarah hidupnya.

Isa tidak sempat melihat anaknya membesar.  Dia meninggal ketika Jahit dan hitam masih kecil.  Apa yang ruginya....anak anaknya tidak sempat nak belajar cakap bahasa cina dengan arwah.... Jahit dibesarkan oleh ibu dan datuk nenek beliau sehingga dewasa... barulaa perasan semasa arwah mak mama masih hidup..lupa nak tanya kisah hidup keluarga bapanya itu..

Musa juga mempunyai keturunan di Pengkalan Balak.  Mereka masih hidup dan  hanya menjengok ketika hari raya jerr...al maklumlaa semua dah berkeluarga dan berhijrah di tempat lain.

Setelah dewasa, Jahit bertemu jodoh dengan Sulong.  Melalui perkahwinan ini mereka dikurniakan tujuh orang anak iaitu Ejang, Aminah, Ahmad, Jaaman, Jaamah, Joyah dan bongsunya Lijah (mak mama).  Selepas Sulong meninggal, Jahit berkahwin dengan Wo Yah dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Bahari, Simah dan Salleh.... dengar khabar hanya Bahari yang masih hidup tetapi tidak tahu di mana dia tinggal.

Bila dah mencapai usia yang sesuai untuk berkahwin, Lijah dikahwinkan dengan Md Idris (abah mama) dan dikurniakan sepuluh orang anak iaitu Robiah, Nordin, Hashim, Hassan, Saadiah, Kasiah, Wahid, Umi Kalsom, Rahmat dan bongsunya mamalaa...

Itulaa kisahnya...nak lebih sila baca teks yang mama buat khas untuk keluarga lijah dan md idris..key...

Melalui Pak wo....tengah diusahakan..Insya Allah...aaminn















No comments:

Post a Comment