Assalamualaikum wbkt
Baru baru ini mama didatangi oleh seorang kawan. Wajahnya sangat sugul dan tidak ceria seperti selalu.. Mama tanya..kenapa..?. Pada mula dia tak mahu cerita, katanya cuma masalah keluarga... Biasalah itu kan.. siapalah yang takda masalah keluarga..kalau takda masalah keluarga bukan ler manusia namanya..
Kamipun sembang macam biasa. Dari hal diri sendiri yang dah semakin gebu dan sembab, hal anak anak yang dah makin membesar dan pandai melawan kata, tub tab tub tab..terbit juga luahan rasa hatinya yang cuba disembunyikan sedari tadi..
Rupa rupanya dia letih dan sedih. Keletihan dan kesedihan itu adalah gara gara keluarganya tidak mahu mendengar akan kata katanya. Bukan dia menyuruh keluarganya melakukan perkara yang mungkar kepada agama dan Tuhan, sebaliknya menyuruh melakukan sesuatu yang mendapat redha dan keberkatan dari yang Maha Pencipta...
Katanya lagi.."anak anak sendiri senang nak kita didik dan tegur, tetapi masalah aku adalah suami dan keluarganya...aku dah tegur guna mulut dan terakhir aku mampu lakukan aku guna diri aku sebagai contoh teladan.aku tahu mereka marah dan meluat dengan aku..tapi sekurangnya aku dah terlepas dari tanggungjawab aku sebagai muslim..dan aku ada jawapan aku di hadapan Nya nanti."
"aku tutup aurat walau di rumah, aku jaga solat walau di mana aku berada..untuk menunjukkan kepada keluarga aku itulah kewajipan yang perlu dijaga..bab puasa aku tak risau sebab mereka suka berpuasa, tetapi mereka malas nak solat terawih, begitu juga solat jumaat ikut dan jer..mertua aku juga sedang kumpul duit untuk pergi menunaikan rukun ke 5.. peliknya..dia tetap malas solat 5 waktu..ikut suka dia jer, begitu juga dengan semua anak anak dan menantunya yang lain..dan kesemuanya tidak mahu menjaga aurat di hadapan bukan muhrim..hanya pakai tudung ketika keluar rumah sahaja...bila di rumah..walau ada tetamu bukan muhrim mereka lepas bebas menunjukkan aurat mereka..paling meresahkan, mertua aku pernah berkemban di hadapan seorang kenalan sekampung yang dianggap seperti keluarga sendiri walau tiada pertalian darah walau setitik.."
"aku tahu..aku macam buka aib keluarga aku..tapi aku nak mengadu kat siapa...aku stress laa juga..aku cuma cerita kat kau sorang jerr..agak agak kau ada idea tak macam mana nak selesaikan masalah aku ini.."
Opss..mama terkedu dan tak terkata. Sebab mama bukan ustazah. Mama tumpang simpati dengan kawan mama yang sama tembam dan sembab ini. mama peluk dia dengan erat untuk menenangkan hatinya yang lara..
Mama kata..kau sayang laki kau tak? Dia kata sayang. Kalau kau sayang laki kau.. kau kena redha dengan semua dugaan ini. Mungkin Allah swt nak mengurniakan kau sesuatu yang sangat hebat, janji kau kena sabar dan tidak putus asa untuk menarik mereka kembali ke jalan Allah swt..
Mama kata lagi.."cara kau dah betul dah..tunjuk jer contoh yang baik..segalanya ikhlas kerana Allah. Doa kena banyak.. selebihnya kita serah kepada Maha Pencipta supaya mereka semua berubah menjadi muslim yang baik....Insya Allah..aaminnn..
Huhu..mama tak reti laa nak beri nasihat kat dia..maklum laa diri sendiri pun masih merangkak untuk menjadi muslimah sejati...kau orang ada sebarang cadangan...
No comments:
Post a Comment