Assalamualaikum wbkt..
Baru baru ni mama ada terbaca satu artikel berkaitan dengan cara Ustaz Azhar Idrus memberi ceramah kepada pendengarnya yang setia. Makhluk Allah swt ini rupanya tersangatlah marah melihat dan mendengar akan cara Ustaz Paling Popular ini menyampaikan ilmunya kepada masyarakat dengan cara yang agak lucu.
Katanya Ustaz ni telah menjatuhkan maruah agama, maruah masjid dan maruah tok tok guru yang mengajar agama. Dia kata lagi Ustaz takda beri apa apa impak kat masyarakat yang mendengar kuliah, takda sapa yang taubat, takda sapa yang masuk islam..takda dan takda..bla bla bla..
Malam tahun baru 2013..cara dan tempat yang sangat berbeza suasananya...
Masalahnya, dia tahu kerr..dia malaikat kerr..orang sana taubat..orang sini tutup aurat..orang situ tak tinggal solat..orang sinun tak mahu lagi terkinja kinja sambut tahun baru dengan awek buat maksiat, orang sinin yang terpesona dengan islam gara gara mendengar bicara Ustaz Paling Popular kat Malaysia ni..huhu..
Ish awat cakap lagu tu.. Sepatutnya kita bersyukur sebab dah terlihat akan arus perubahan remaja masa kini. Walaupun tidak seratus peratus tetapi apabila melihat kelibat anak muda samada lelaki atau perempuan, duduk tertib menjaga adab mendengar nasihat dari Ustaz tersohor masakini...sejuk rasa hati. Kalau dibandingkan dengan remaja yang masih ting tong dengan sambutan besar besaran di Dataran Merdeka..lepas tu bertaburan kondom entah milik siapa...adehh..
No comments:
Post a Comment