Thursday, 3 January 2013

CENDAWAN KUKUR DAN NOSTALGIANYA

Assalamualaikum wbkt semua..


rupa cendawan kukur
Kenal cendawan kukur tak..?  Biasanya tumbuh subur di dahan getah yang telah ditebang.  Selalunya akan menjadi buruan bila tiba musim hujan,  amboi..selepas hujan cendawan kukur akan kembang biak berbulu bulu kat dahan pokok yang rebah..

Khabarnya dengan memakan cendawan kukur dapat mengurangkan kolesterol tubuh dan menghalang pendarahan otak...ermm baru tahu..selalunya dimakan sebab sedap sesangat..sangat exotic..

Nostalgia kembali mengamit, semasa mama kecil.  Masa itu masih di sekolah rendah, sangat lasak, sangat aktif ,bukan penakut dan suka merayau dalam ladang getah dan berkubang di sawah..

Kebiasaan Malaysia mengalami musim hujan yang sangat aktif ketika tiba bulan November dan December.  Masa ini juga sekolah ditutup sempena cuti akhir tahun, sangat tepat sebab cuaca macam inilaa paling best tarik selimut sampai ke tengahari..

Tetapi kalau jiran pelawa pergi pungut cendawan kukur kat kampung sebelah, terus melompat dari tilam.  Semangat tubuh kecil mama ketika itu semacam jerr..walau tahu akan kena berjalan jauh berbatu batu...

Selalunya mak mama tak ikut sebab dia tidak berapa sehat lebih lagi kalau diminta untuk berjalan jauh.  Jadi mamalah penganti mak, rezeki percuma dari Allah swt..kena usaha pungut dan bawa balik jerr..dalam hati sebenarnya nak sukakan hati mak..mak pasti suka sebab cendawan kukur bukan sahaja enak dimakan malah boleh simpan lama bila sudah dikeringkan..

Berbondong bondonglah kami melintasi sawah dan ladang getah untuk sampai ke destinasi.  Setelah penat berjalan selama sejam, akhirnya tibalah kami ke kawasan ladang getah yang kelihatan terang benderang, sebab pokok pokoknya rebah ke tanah kerana telah ditebang.  Seluas mata memandang, kami berlari mendapatkan dahan getah masing masing.  Meluap luap semangat apabila melihat cendawan kukur mengerutu tumbuh di atas kulit dahan pokok getah..dengan rakus tangan kecil mama memungut dan memasukkan cendawan ke dalam beg guni yang telah dibekalkan oleh mak mama..

Selepas habis satu dahan, ke satu dahan... masa itu takda laa ingat ada ular kerr..ada lipan kerr..cuma di dalam kepala..cendawan..cendawan..kasi penuh satu guni..

Cuma paling tak bestnya kena pikul guni yang berisi cendawan untuk bawa balik ke rumah..adehh..datang tadi tentulaa ringan jerr takda beban..bila balik kena pikul beban yang hampir dua ke tiga kilo beratnya..tapi tetap seronok sebab kawan kawan sebaya juga begitu..mana yang dapat pungut lagi banyak..berlagak laa dia orang.  Masing masing sibuk beri idea nak buat apa dengan cendawan yang banyak itu..ada yang nak jual untuk beli kasut dan beg sekolah yang baru, ada yang kata nak simpan untuk kakak dan abang yang merantau, ada yang kata nak makan puas puas...ada yang tak tahu nak buat apa..orang seronok dia pun tumpang seronok..

Semasa dalam perjalanan untuk pergi kami tidak singgah mana mana, tetapi ketika dalam perjalanan balik kakak sepupu ajak singgah rumah seorang saudara di mana kami melalui rumahnya untuk balik ke kampung kami..

Kami akan dihidangkan air dan makanan, sebagai balas kami beri dia sedikit hasil pungutan tadi..setelah puas berbual dan perut telah digalas..kami meneruskan perjalanan untuk balik ke rumah..

Sampai di rumah, mak sambut dengan senyum lebar.  Mak ambil guni dari tangan mama dan mama ambil nyiru buatan tangan abah..mak lambakkan cendawan kukur tadi..ermm dapat dua nyiru penuh..mak kata..kalau dijemur..cendawan akan kecut dan jadi sedikit..

Tetapi kalau nak masak kena rendam dahulu..cendawan kecut kering tadi akan kembali kembang seperti mana kita pungut pada asalnya.  Kali ini tugas mak kena bersihkan segala sampah yang ada pada cendawan..tampoknya dibuang..setelah bersih mak jemur tengah panas sampai cendawan jadi kecut, kecil, kering dan memutih..cukup bagus untuk disimpan bertahun tahun..

Bila teringin nak makan, kami masih ada stok cendawan kukur walau hari panas berdenting, hujan tidak turun dan dahan getah tidak ada yang ditebang..

Itu dulu..tetapi sekarang ini dah susah nak dapatkan cendawan kukur.  Maklumlaa dahan getah tidak lagi dipandang sebagai bahan api atau bahan terbuang,  dahan getah telah dinaik taraf..ada nilai pasaran..diguna untuk membuat kayu atau perabut..jadi kalau ada ditebang dan ada proses untuk tanam semula..belum sempat bercendawan..dahan getah dah ada atas lori untuk di bawa ke kilang bagi proses pembuatan kayu dan perabut..

Kalau pergi ke Pasar Tani..ada juga laa cendawan kukur ni..tetapi harganya perghh...1 tin kecil sardin..RM 3.00 tuu..kala teringin mama beli juga dan nostalgia lama membuat hati ini jadi rindu untuk kembali ke zaman itu..




















No comments:

Post a Comment