Wednesday 27 July 2011

ROTI ARAB

roti arab mama..serius

Gebu cam mama juga.  Sedap dimakan begitu saja, dicicah dengan sambal, kuah kari atau apa sahaja yang terlintas dikepala tu...janji sedap anak tekak korang.

Bahan
A
Yis              1 pkt
Gula          1 sudu besar
Air            1/4 cawan

Satukan dan biarkan berbuih sebentar.  Bagus guna air suam suam kuku supaya yis cepat kembang.

B
Tepung              1/2 kg
Garam               1 sudu kecil
Gula                  1 sudu besar
Susu Cair          200 ml @ 3/4 cawan
(kalau takda susu cair guna ajer susu tepung 1/2 cawan, air 3/4 cawan,  susu manispun boleh tetapi jangan masukkan gula bagi dua dua bahagian bahan tadi, air tetap sama)
Air  tambahan  
standby jika tepung kurang lembut ,  kalau melekit dohnya tak payah masukkan.  Mama suka uli lama lama sekurang kurangnya 15 minit,  hasilnya roti lembut  sesangat.

Cara
  1. Satukan bahan A dan B. Uli rata dan keadaan doh agak melekit,  biarkan..memang macam itu. Tutup besen dengan towel, peram 1 jam.
  2. Selepas sejam tumbuk tumbuk doh, bagi 10 ketul. Jangan lupa sapu tangan dengan tepung,  dan tabur doh tu dengan tepung supaya tak melekat ke tangan.  Dulang tabur tepung juga.
  3. Bulat bulatkan dan letak atas dulang, buat hingga habis.
  4. Panaskan minyak dengan api sederhana,  gelek roti tadi dengan pencanai,  biar kelihatan bulat dan leper,  goreng hingga kuning keemasan.  Dah siap..selamat makan.





No comments:

Post a Comment