Sunday 17 July 2011

KEK COKLAT KUKUS @ COKLAT MOIST



Assalamualaikum wbkt..

Haa...siapa suka membaking..mari mama ajar macam mana nak buat kek coklat kukus.. gambar kek ni mama buat sempena birthday anak dara mama yang kecil tu..si Farah Jasmin...

Bahan bahan
  • Tepung                  1  1/2 cawan (mama pakai cawan 250ml)
  • Susu Cair              1  cawan
  • Gula Perang          1  1/2 cawan
  • Koko                   1  cawan  (kalau kualiti koko pekat elok dikurangkan 1/2)
  • Soda Bicarbonat  1  sudu teh
  • Baking Powder    1  sudu teh
  • Esen Vanila          1  sudu teh
  • Telor                    3  biji
  • Mentega               1 cawan


(option boleh guna minyak masak/campur dua dua tetapi genapkan secawan.)


Cara
  1. Gaulkan dahulu tepung dengan sebuk penaik dan koko. ketepikan dahulu.
  2. Cairkan mentega, masuk susu, esen vanila, gula dan telor,  blander hingga kembang
  3. Pastu guna whist bancuh ngan tepung tadi hingga rata dan tidak berbentel
  4. Panaskan kukusan,  kukus dalam 25 minit untuk bekas cup cake atau 1 jam jika bekasnya lagi besar.
  5. Pastikan penutup kukusan dibalut dengan kain atau towel good morning supaya wap air tak menitik di atas kek.
Topping

Mama cuma cairkan coklat masakan dengan coco butter pastu tuang atas kek.  Kalau nak sedap lagi potong kek itu bahagi kepada dua,  sapukan cream di tengahnya dan tangkup balik.  Lepastu barulah dituang toppingnya.

Kalau cream mama guna creamwell campur ngan gula ising, putar sampai kembang.  Creamwell boleh beli kat kedai bakery..selamat mencuba

Untuk lebih seksi,  haa guna topping kat bawah ni...

Bahan


Koko             1/2 cawan
Tpg jagung   1/2 cawan
Air                 3/4 cawan
Susu cair       1 cawan
Gula castor   1 cawan
Garam          secubit
Esen vanila  1 sudu kecil
Kuning telor 2 biji
Butter           50 grm


Gaul jer semua dengan whist sehingga rata, kecuali butter.  Lepas tu  " double boild"  macam kita nak cairkan coklat masakan tu laa.  Guna api sederhana dan kacau tanpa henti sehingga adunan menjadi pekat,  masuk butter dan biarkan dia sebati dan krim menjadi berkilat. 


Potong kek menjadi dua bahagian,  letak krim ni ditengah tengah dan sapu rata, pastu tangkup balik kek bahagian atas. Selebihnya sapu di bahagian luar kek, salut kesemuanya.  Guna garfu dan cakar cakar atas krim buat corak..perlahan lahan laa...guna imaginasi kamu. Kek akan menjadi bertambah lembut dan ermmm...seksi...hehehe.






No comments:

Post a Comment