Friday 11 July 2014

ALUNAN BACAAN SURAH AL QALAM DARI PENJARA

Assalamualaikum wbkt..

Meruntun hati betul apabila mendengar bacaan dari Hamba Allah yang terpenjara kerana kesalahan bukan rakyat jelata negara.  Tetapi walau jasadnya teraniaya, rohnya bahagia diulit ayat ayat Allah swt..

Khabarnya beliau ialah seorang hafiz Al Quran 30 jus, pernah belajar di Seri petaling dan berasal dari Burma. 

Dia nak kembali ke kampungnya tetapi pasport dia dah lama mati. Dia di tinggalkan di madras semasa kecil lagi. 

Sekarang dia tak punya dokumen, Mungkin dia di tahan sebab tak ada dokumen. 

MasyaAllah,  ramai yang kenal dia di Kelantan sebab selalu menjadi imam, dah banyak kali dia di tahan sebab tak ada dokumen. 

Semoga Allah mudahkan urusan Hamba Allah ini.








Tuesday 8 July 2014

ISTERI BUKAN MALAIKAT

Assalamualaikum wbkt..

Heheh..tetiba jer teringin nak berbicara serius.  Lama sungguh mama tak membebel kat sini.. masa yang terluang ni memberi ruang kepada mama untuk menaip apa yang selama ini bermain main di fikiran mama.

Seringkali kita dipesan.., untuk memelihara rumahtangga hingga ke hujung nyawa, apa yang penting kena saling faham memahami, saling bertolak ansur, menerima kekurangan dan kelebihan pasangan dan banyak bersabar dengan pasangan kita..

Tapi yang selalu beria ia nak pelihara rumahtangga hingga ke hujung nyawa adalah para isteri.  Sebab takut kena cerai, takut jadi janda, takut kena kata orang, takut mula hidup baru dan bla bla bla... segalanya menakutkan..

Jadi setiap tindak tanduk yang suami lakukan kepadanya, diterima dengan sabar dan adakalanya penuh dendam... 

Saling memahami... berapa keratlaa yang faham isteri mereka.  Fahami isteri bukan setakat bila tiba bendera merah jerr..tapi hati budinya, kesukaannya, kebenciannya, size bajunya luar dalam dan macam macam lagi.. Bab ini selalunya isteri yang ambil tahu tentang mengenal suaminya..segalanya dikaji supaya setiap tindak tanduk seboleh tidak, tidak akan membuat suami marah dan berkecil hati kepadanya..

Begitu juga dengan sikap bertolak ansur,  selalunya para isteri yang banyak mengalah dengan karenah suami yang sangat ego dan pentingkan diri.  Dia saja yang betul.  Bila para isteri buka mulut sikit, mereka kata melawan. Tetapi ada juga para isteri yang jenis outgoing, outspoken tidak sanggup ditindas sebegini.  Mereka akan melawan balik dengan kata kata,  kadang kadang dengan benda yang terbang melayang, lagi hebat tangan dia kat pipi suami...

Bila dah beranak pinak, tak semua para isteri dapat kembali bentuk tubuh yang asal. Itupun menjadi modal para suami untuk menghina kekurangan isteri yang dah berhempas pulas mengandung, melahirkan, menjaga anak dan diri dia juga.  Selalunya surirumah sepenuh masa yang seringkali lupa dan mengabaikan penampilan diri.  Al maklumlaa, bila duduk rumah baju tak sempat nak kering peluh,  ada jer kerjanya.  Lebih lagi kalau ada anak kecil.. 24 jam kerja kerja kerja... bukan merungut..tapi hakikat yang perlu seorang suami fikirkan akan kedudukan isteri mereka.

Lagi sakit jiwa kalau suami perli perli dengan perkataan yang menyakitkan.  Kalau nak sangat bini lawa macam cik ta... apa kata beli set Rania Gold kerr.. set Rania Diamond ker.. seminggu 3 kali hantar bini  pi gym.. tak pun teman bini tu pi jogging keliling taman kasi pecah semua lemak kat badan mereka.. ini tak... Belanja pun cukup makan jerr.. isteri yang perihatin tak kan memberatkan suami dengan benda benda yang tak boleh kenyangkan perut anak anak. Nak ajak senaman, balik kerja macam ikan tak jumpa air.. mengeletek keletihan... apa lagi nak ke gym...yuran dia.. mak aiii... sudah tentu duit rokok lebih penting dari hantar isteri ke gym... paling sakit hati...ada duit untuk belanja awek terlarang atau kawan kawan..

Perghh... segalanya kena bersabar..banyak banyak bersabar.  Memang susah nak jumpa, sapa nak mengaku..itu sudah membuka aib sendiri dekat orang lain.. Biarlah si suami memaki hamun sesuka hati, perkataan perkataan yang tak sepatutnya menjadi nyanyian suami dan santapan isteri...     

Bodoh la awak ni, bangang la awak ni, barua, sial, celaka, bengap, tak guna dan seangkatan dengannya menjadi lagu merdu yang mendayu dayu...  si isteri mendengarnya dengan sayu dan sendu.. air mata peneman diri... sabar sungguh kan..

Si suami terlupa segala yang baik dari isteri.  Itulah insan yang satu ketika dahulu tak sabar sabar dia nak pinang, nak kahwin dan nak pegang sampai tak lekang.  Dahulu si isteri tersandung batu, batulah yang salah, batulah yang bodoh.  Sekarang..kalau isteri tersandung batu, isterilah yang paling bangang in the world.. 

Ingatlah wahai para suami,  lepas akad nikah..isteri halal dipegang dan disentuh tapi maki hamun adalah perkara yang dilarang hingga mati..

Belum lagi perihal mengungkit,  mentang mentang bagi makan pakai..suka suka hati jer mengeluarkan kata ... orang penat kerja dia makan jer tahu, mengangkang jer kat rumah.. pergh... bisa

Beruntunglaa dia kalau dapat isteri yang baik dan penyabar.  Hanya berserah kepada Allah swt jerr...

Malanglaa dia kalau dapat isteri yang ikut hawa nafsu cam dia.. silap hari bulan makan nasi kangkang, jadi vangang...

Ingatlah juga kamu itu kalau dipanjangkan umur, akan jadi tua bangka.  Tak pun kalau di beri pembalasan kat dunia, sakit tak boleh bangun ketika masih muda..siapa nak jaga...kalau bukan isteri yang sabar dan setia.. jadi hargailah isteri dengan bicara yang berhemah yerr..



  






Saturday 5 July 2014

FAKTA KURMA

Assalamualaikum wbkt..




Sekadar perkongsian ilmu.

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

11. Tahukah anda bahawa ada sesetengah fakta yg dinyatakan di atas, saya sendiri pun baru tahu...

Dan semua dah tahu, makan kurma adalah sunnah..jadi bila kita makan kerana sunnah Rasulullah saw, kita dapat pahala dari Allah swt..


DATO' SYARIFAH AINI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Assalamualaikum wbkt..

Salam Takziah kepada keluarga Dato' Syarifah Aini.  Dato' Syarifah Aini telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1:26 pagi di Hospital Pakar Damansara. Daripada Nya kita datang, kepada Nya kita kembali..

Tergiang ngiang suara arwah yang lemak merdu tu kan.  Segalanya telah dipulangkan kembali kepada Sang Pencipta.  Maha Suci Allah, semoga Allah swt meletakkan rohnya dikalangan orang orang yang beruntung...aaminn

Sama sama kita hayati pesanan terakhir darinya untuk peminat peminat;


Al Fatihah..


Thursday 3 July 2014

KEK BATIK CHEESE LAA PULAK

Assalamualaikum wbkt..

Heheh..selit satu resepi baru...alahai dari member fb...terima kasih yer kawan..

Kalau nak rasa meh kita buat untuk raya ni..boleh makan sama sama...kan kan kan..

gambar pinjam


Kek Batik Cheese

Loyang 8" persegi

BAHAN2:

50g Serbuk Koko
100g Milo
100g Gula Pasir
200ml Air
100g Mentega
2 bj Telur
400g Biskut Marie - patah2kan


CARA2:

1. Campurkan koko, milo, gula & air ke dlm kuali.
Masak dgn api yg sederhana, kacau sehingga larut.
2. Masukkan mentega sehingga larut.
3. Kecilkan api, masukkan telur & kacau sehingga pekat dalam 30 saat & padamkan api.
4. Masukkan biskut dan gaul sehingga rata dan biskut di saluti sepenuhnya.
5. Padatkan ke dlm loyang yg di alas dgn kertas aluminium.

LAPISAN CHEESE:

250g Cream Cheese
1 bj Telur Gred A
2 sb Gula Halus (Along guna 1/4 cwn)

- Putar kesemua bahan sehingga kembang & tuangkan ke atas kek batik tadi.
- Bakar 160C (api atas shj) selama 5 minit.
- Sejukkan di dlm petisejuk sebelum di potong/hidangkan.








SALAM RAMADAN

Assalamualaikum wbkt..

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa pada tahun ini yerr..  

Moga Allah swt memberi kesihatan yang baik dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi pelbagai dugaan..