Tuesday 18 February 2014

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL- QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Assalamualaikum wbkt..

Mama nak kongsi kisah berkaitan dengan tajuk di atas.  Mama dapat dari fb Heliza Helmi..dia syer..mama sambung syer syer kat sini untuk dinilai dan direnung bersama sama..



Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit
ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan.
Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung.

Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah ataualim ulamak atau orang soleh yang terkenal?. Bila bertanya kepada orang kampung mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Dia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan dia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. 

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya. Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari utk mbaca.

Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. "


Begitulah kisahnya..terharukan.

Tetiba mama teringat seorang insan apabila di ajak ke majlis membaca yassin..jawabnya.."tajwid saya tak betul..nanti buat dosa jerr..buat apa.." ..

Tak tahu..kita belajar dari yang pandai, ikut dari yang pandai, Insya Allah kita pun akan pandai jugak..walau tak macam qari qariah..tapi kita pandai baca..Allah swt juga yang tahu niat kita...ikhlas niat kita.. pahala dari yang Esa..yerr tak..?








Tuesday 11 February 2014

TUTUP AURAT KER..? BILA PAKAIANMU PENDEK DAN SENDAT

Assalamualaikum wbkt..


Adoilaa..sakit betul mama nengok pompuan sekarang, tak kira anak dara, mak darapun teringin sama menyendat dan mengetatkan diri dengan pakaian syaitan ni..opss..mama tak jelous okey..masa muda dulupun mama bergetah juga tapi tak teringin nak pakai pakaian gini..ehh..zaman mama muda pun ada pesen gini tau..zaman rock koo..gitu..tapi takda la terikut ikut...masa tu jiwa dah terpengaruh dengan Al Arqam..walau tak join, tapi tiap bulan rajin beli majalah Muslimah keluaran mereka..perghh..best giler majalah itu..membimbing mama menjadi remaja yang sedar diri.. Masa mereka kena istihar sesat..aduhh..sedihnya..yer kerr..tapi kat dalam majalah itu takda pula mereka mengambarkan kesesatan mereka.. Allah swt juga yang tahu segalanya...

Walaupun Al Arqam dikatakan sesat, kaum wanitanya masih menutup aurat dengan sempurna.  Tetapi... kita yang dikatakan mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah... tuduh sana sini sesat...tak segan makai gini yerr...?  


Ikhlaskanlah diri untuk menutup aurat dan bertudung.  Menutup aurat dan bertudung bukan sahaja ketika keluar dari rumah, malah dari pandangan bukan mahram kita.  Jangan hanya keluar rumah kita pakai sesempurna mungkin, bila duduk rumah, tudung tah ke mana walau ada bukan mahram hadir di kalangan kita.. alasan..sebab kita kat rumah..pleasee lahhh... faham lerr konsep tutup aurat yang sebenar..kita bukan orang bodoh..kita orang yang sangat pandai untuk berfikir..jangan letak akal kat kaki sebab Allah swt dah cipta rumah akal kat kepala... 

Tak cerita lagi..aduhh..tudung bukan main mahal..beratus ratus reganya, tapi kemetot jer kain dia..dalam hati bukan nak tutup aurat, tapi nak tayang aku mampu pakai tudung ratus ringgit..adoilaa mainan syaitan ni macam macam..halus sesangat..


Dah pakai tudung, syaitan kata.. pakailaa jubah.. sebab orang kata jubah tu sunnah isteri Rasulullah saw... syaitan hasut lagi.. member pun pergi laa beli..akhirnya beli dan pakai jubah macam kat dalam gambar..... nak ikut tapi takda ilmu.. akhirnya kena tipu.. kita juga yang tanggung dosa.. termasuklaa mak bapak kita, laki kita, adik beradik kita..sesapa jerr yang dekat ngan kita tapi tak tegur kesalahan kita..adehh..


barisan kartun muslimah yang menutup aurat dengan sempurna
  Kan sedap mata memandang...kalau semua perempuan pakai macam gini. 

Semoga Allah swt mengasihani kami kaum wanita..kasihanilah kami Ya Allah..bimbinglah kami..jadikanlah kami muslimah sejati...aaminn..








Wednesday 5 February 2014

COKODOK BROKOLI

Assalamualaikum wbkt..

Mama anak beranak memang suka sangat dengan sayur brokoli.  Hari hari pun tak apa..tapi reganya..mahal.  Bila murah..time tu laa bergasak makan brokoli..macam macam digayakan sehinggalaa dijadikan cokodok brokoli..

mama pinjam gambar..tak berani nak guna camera sendiri..
takut terjadi macam camera lama mama..kondem
..biaq pi laa..pada tuan punya gambar..harap halalkan gambar ni yerr..
tapi gini laa rupa cokodok brokoli mama tu..

Bahan

Tepung             1 cawan
Air                   1/2 cawan
Filament Ketam 1 pkt kecil dikoyak panjang panjang
Bawang Besar    1 biji hiris nipis
Secukup Rasa    1 sudu kecil
Putih Telor        1 biji
Brokoli             1 biji di jadikan kuntuman kecil


Cara

Bancuh semua bahan kecuali brokoli.  Masa nak goreng tu, celopkan brokoli dan salut sekali dengan helaian ketam, goreng hingga garing kekuningan.  Sila makan dengan cili sos 



PETUA UNTUK KASI KEK NAIK RATA

Assalamualaikum wbkt..

Mama dapat petua ni dari rakan FB, berguna untuk yang suka bakar kek tapi kek dia membukit..

Masa nak bakar kek tu, pastikan lilit tin pembakar dengan kain atau towel yang telah dibasahkan.  Insya Allah, kek naik dengan rata..takda laa bukit bukau dan rekahan membentuk kat atas kek kau orang..

Cuba try test...

MAMA MASUK TV

Assalamualaikum wbkt..

Hahaha..mama masuk tv..kecoh satu rumah.  Nasib baik satu rumah jerr..al maklum laa sapa laa kenal kat mama ni..

Al kisahnya, mama pergi Mydin Seremban 2, yang besau giler tu..pergh..sampai sampai jer terus nak terkucil.  Pergi lerr toilet dia..amboi..santik sangat..sampai tak rela nak mengucilkan diri..tapi tak boleh tahan..ku relakan jua..

Tengah pilih pilih barang,  tiba tiba mama diserbu oleh wartawan RTM, siap ngan cameraman..opps..mana mau lari..

"Akak..apa pendapat akak bila menteri kita sendiri turun padang memantau harga barang?'' camtu laa lebih kurang soalan cepumas dari wartawan itu..

Tengok sekeliling..rupanya ramai pak menteri tengah belek harga barang, antaranya Tok Mat, ayahanda Dafi dan beberapa orang kenamaan.

Pergh..nasib baik pakai lipstik.  Terasalaa keyakinannya..hahaha

Mama pun jawab lerr '...puk pak..puk pak " ..bibir tak lekang dengan senyuman..kengkonon cam siti nurliza..

Masa dalam perjalan balik rumah En Hubby asyik perli mama jerr.  Sampai rumah, dia terus on tv 1 nak tunggu berita tengahari.  Kebetulan semua anak anak ada kat rumah, mengadap laa dia orang macam nak tunggu rancangan Maharaja Lawak Mega.  Akhirnya berita tengahari kat tv 1 bersiaran, elok elok jer cerita kat pasaraya tadi keluar.  Akhirnya keluar lerr calebriti yang ditunggu memberikan pandangan yang bernas..hahaha..sana sini kena potong..ciput jer keluar..

Lepas tu anak bujang mama bersorak..fuyoo..mama masuk tv..adehh

hehehe....








BICARA USTAZ UDA KASSIM SEMPENA MAULIDUR RASUL DI SURAU TANAH WAKAF KG TENGAH, SRI MENANTI

Assalamualaikum wbkt..

Walaupun bulan kelahiran Nabi Muhammad saw telah berlalu, namun majlis majlis sempena mengingati kelahiran Baginda masih meriah di masjid masjid dan di surau surau termasuklah surau kampung en. hubby mama.




Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Al Fadil Ustaz Uda Kassim. Asalnya Ustaz Uda tak dapat datang kerana ada jemputan di tempat lain, tetapi dah rezeki kami agaknya.  Walau terlewat hampir dua jam, dia tiba juga bersama anaknya..Alhamdulillah..

Malam itu Ustaz Uda bicara tentang mencontohi sifat atau sikap Rasulullah saw yang sangat terpuji.. Segala contoh yang baik ada padanya, Dialah Guru yang terbaik, Anak yang terbaik, Tok Penghulu yang terbaik...segalanya..ada padanya..

Pernah perangainya ditanyakan kepada isterinya Aisyah ra..

"Wahai Aisyah..bagaimanakah Rasulullah..?"

"Suami aku ini akhlaknya terpelihara, bagaimana baiknya Al Quran itu begitu baiknya Rasulullah saw"

Ustaz juga membicarakan tentang sifat sabar dan pemaaf Rasulullah saw yang patut menjadi teladan kepada kita sebagai umatnya.. antara kisah yang diceritakan ialah perihal Aisyah ra yang marah kepada Rasulullah saw telah menolak Rasulullah sehingga Baginda menjajar ke hadapan.  Rasulullah saw tidak menegur Aisyah ra sebaliknya hanya tersenyum sahaja..

Rasulullah pernah disiram dengan air busuk oleh orang yang membencinya, selepas baginda menjadi pemimpin, orang tersebut bertemu baginda dan memohon maaf di atas perlakuan buruknya itu.  Rasulullah mengenalinya dan berkata " pergilah mana tempat kamu mahu pergi, dari dahulu lagi aku sudah memaafkan kamu"

Pesan Ustaz, kita seharusnya memaafkan seseorang yang melakukan kesalahan kepada kita walau kita tidak bertemu dengannya.. teringat pula mama dengan lirik lagu nyanyian Jamal Abdillah..ft malique

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup


Diceritakan juga perihal di syurga, Allah swt menyediakan sebuah mahligai yang sangat indah di atas bukit.  Para syuhada tertanya milik siapakah itu..lalu Allah swt berkata  " Aku bina untuk seorang hamba Aku, dia sanggup memaafkan para sahabatnya.."

Mama pun google kisah kat atas..jumpa laa kisah sebenarnya..mama petik dari blog Halaqah.net;

Di saat kau memberikan kemaafkan kepada saudaramu yang telah merobek perasaanmu,menggugat iman didadamu,menghancurkan hatimu disaat itulah kau berada ditahap yang paling tinggi didalam sejarah kehidupanmu sebagai manusia...kata kata pujangga.

Rasulullah pernah bercerita kepada Anas bin Malik ra seraya tersenyum dan menangis kerana keagongan kuasa ALLAH swt.

Ceritanya ialah tentang dua orang sahabat yang berada di padang masyar sedang bertelagah,setiap dari mereka menuntut agar dosa mereka diambil oleh sahabat yang telah menzaliminya,sedangkan pahala yang dimiliki oleh sahabat yang menzaliminya itu tidak cukup untuk menampung dosanya sendiri dan ketika itulah ALLAH swt memperlihatkan sebuah mahligai tersergam indah di dalam jannah:

"Tidakkah kamu melihat mahligai yang tersergam indah ini?"Ujar ALLAH kepada sahabat yang sedang beertelagah di depan ALLAH untuk menuntut keadilan terhadap sahabatnya.

"ya, kami nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dan dikelilingi oleh taman yang diperbuat dari perak.Milik siapakah mahligai ini ?.Pastinya untuk para nabi atau syuhada atau para sadiqin",jawab kedua sahabat tadi.

"Mahligai indah ini untuk sesiapa sahaja asalkan mereka sanggup membayar harganya,kamu juga berpeluang memilikinya jika kamu sanggup membayar
harganya",jelas ALLAH swt' 

"Bagaimanakah kami dapat membayarnya sedangkan kami tidak mempunyai apa apapun yang kami bawa ke sini untuk membeli mahligai emas ini",kata kedua sahabat ini.

"Kamu masih memiliki sesuatu yang sangat sangat berharga iaitu KEMAAFAN terhadap sahabat yang telah menzalimimu malahan kamu boleh membawa sekali sahabatmu ke dalam mahligai emasmu ini",ujar ALLAH swt
Denggan perasaan yang amat gembira sahabat itu berkata "Ya ALLAH aku sanggup memaafkan apa sahaja kesalahan orang terhadapku jika ganjaran yang kudapat adalah amat besar".
Alangkah baiknya jika semua manusia tahu perlunya sifat tolenrasi dan pemaaf terhadap sesama manusia kerana sifat pemaaf itu akan mendatangkan kebaikan kepada dirinya sendiri dan kepada orang yang dimaafkannya.

Memaafkan kesalahan orang yang dilakukan ke atas kita bererti menolong orang itu dari beban dosanya,ganjaran dan rahmat ALLAH adalah amat besar keatas kita seperti mana sabda Rasulullah "Sesungguhnya ALLAH Taala tidak menyayangi kecuali kepada hambanya yang penyayang ,tidak mengampuunkan kecuali kepada hambanya yang pengampun dan tidak menerima taubat kecuali kepada hambanya yang pemaaf".

Sesungguhnyan janji ALLAH itu adalah benar,oleh itu jangan tunggu lagi wahai sahabat sekalian,marilah kita memaafkan sesiapa sahaja yang telah menyakitkan hati kita kerana KEMAAFAN itu akan memberikan kecerian dan ketenangan kehidupan kedunian kita disamping mendapat ganjaran yang amat besar diakhirat.

Sifat hebat Baginda bukan sahaja kepada umatnya, malah kepada yang bukan islam juga.  

Ustaz menyindir tentang sikap bangsa kita yang suka mengunakan kata pepatah.." kalau jumpa bangsa tersebut dengan ular, bunuh bangsa tu dahulu" Ustaz kata fahaman begitu adalah sesat, buruk sangka sesama manusia bukan ajaran Rasulullah saw.

Diceritakan juga bahawa orang kafir zaman Rasulullah saw masuk islam bukan disebabkan oleh paksaan dan sebagainya sebaliknya kerana tertarik dengan sifat dan akhlak Rasulullah saw..

Ustaz berkongsi kisah Rasulullah saw ketika saat akhir hidupnya.  Menjadi kebiasaan Baginda akan keluar ke pasar selepas solat subuh untuk melihat kehidupan harian rakyatnya.  Sehinggalah pada satu hari, pasar yang biasa sibuk menjadi sunyi dan kosong.  Tetapi ada seorang tua buta yahudi yang kelihatan mengeletar sambil memegang tongkat. Baginda menghampirinya dan menegur orang tua tersebut.

Lalu orang tua itu menceritakan yang dia telah beberapa hari tidak makan dan meminta tolong kepada insan mulia itu.  Lalu Rasulullah saw berjanji untuk pulang ke rumah dan mengambil apa apa makanan yang ada di rumahnya untuk diberikan kepada orang tua tersebut.

Lalu ditanyakan kepada Aisyah ra, lalu Aisyah ra mengatakan kita hanya ada sekeping roti sahaja.  Rasulullah saw mengatakan dia perlukan roti itu untuk diberikan kepada orang tua yang kelaparan di pasar. Aisyah ra mengatakan nanti kita nak makan apa pada hari itu, Rasulullah saw mengatakan kita hanya tak makan pada hari ini tetapi orang tua itu belum makan sejak beberapa hari yang lalu.

Ketika tiba disamping orang tua yahudi itu, Rasulullah saw telah menyuruh orang tua itu duduk lalu disuapkannya roti bercecahkan kuah ke mulut orang tua itu. Takkala kuah tumpah di tepi bibir orang tua itu, Rasulullah saw lalu menyapunya. 

Sejak hari itu ia telah menjadi rutin kepada Rasulullah saw sehinggalah Baginda wafat.  Orang tua itu ternanti nanti akan insan yang sentiasa datang menyuapkan roti ke mulutnya tetapi tidak tiba tiba.

Selepas kewafatan Baginda, Sayyidina Abu Bakar ra telah bertemu dengan Aisyah ra  dan bertanyakan kepada Aisyah ra apakah amalan Rasulullah pada setiap hari, beliau ingin sangat melakukannya..

Lalu diceritakan oleh Aisyah ra akan kisah Baginda yang suka ke pasar memberi makan roti kepada seorang tua. Ketika sampai di pasar, Sayyidina Abu Bakar mengenalkan dirinya. Orang tua yahudi itu lalu memuji muji akan Insan yang sentiasa mendatanginya tanpa mengetahui siapakah dia.  Lalu diberitahu akan Baginda telah meninggal dunia..

Lalu yahudi itu berkata "bukankah yang meninggal itu nabi palsu..?"
"Ya, suapkan tuan, dialah itu"

Terkejut sungguh orang tua itu.

"Kau bawakan aku ke kuburnya, aku nak minta maaf"

"Dialah orang yang aku benci, tetapi dialah orang yang beri aku makan" 

Sayyidina Abu Bakar ra menyuruh orang tua itu duduk dahulu dan menyuapkan makanan kepadanya.  Baru suapan yang ketiga, tiba tiba orang tua itu telah memegang tangan Sayyidina Abu Bakar ra sambil berkata..

"nak..cara kamu suap aku tak sama macam Dia, masa Dia menyuapkan aku, aku rasa Dia sayangkan aku"

"Aku menyuapkanmu, kamu tak rasakah aku sayangkan kamu?"

Saat itu terjatuh roti dari tangan Sayyidina Abu Bakar ra dan katanya " aku nak ikut Rasulullah saw tetapi tak terikut aku" 

Akhirnya orang tua yahudi itu telah masuk islam kerana terpesona dengan akhlak Baginda saw..

Dikesahkan juga perihal Rasulullah saw berdiri hormat kepada mayat yahudi..sifat ini tidak kita buat..sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada kita.

Ustaz juga menyarankan kita menjemput juga bukan islam mengimarahkan majlis Maulidur Rasul, supaya mereka dapat mengenal islam dan mengenal Baginda saw.  Salah faham bukan islam terhadap islam adalah salah kita sendiri yang tidak membuka ruang kepada mereka untuk mengenal islam secukupnya.

Ustaz juga berpesan supaya jangan meninggalkan solat dan menutup aurat kepada wanita islam.

Banyak juga bicaranya..hanya ini yang termampu mama kongsi.  Harap memberi manafaat kepada semua..

wassalam.