Wednesday 5 February 2014

BICARA USTAZ UDA KASSIM SEMPENA MAULIDUR RASUL DI SURAU TANAH WAKAF KG TENGAH, SRI MENANTI

Assalamualaikum wbkt..

Walaupun bulan kelahiran Nabi Muhammad saw telah berlalu, namun majlis majlis sempena mengingati kelahiran Baginda masih meriah di masjid masjid dan di surau surau termasuklah surau kampung en. hubby mama.




Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Al Fadil Ustaz Uda Kassim. Asalnya Ustaz Uda tak dapat datang kerana ada jemputan di tempat lain, tetapi dah rezeki kami agaknya.  Walau terlewat hampir dua jam, dia tiba juga bersama anaknya..Alhamdulillah..

Malam itu Ustaz Uda bicara tentang mencontohi sifat atau sikap Rasulullah saw yang sangat terpuji.. Segala contoh yang baik ada padanya, Dialah Guru yang terbaik, Anak yang terbaik, Tok Penghulu yang terbaik...segalanya..ada padanya..

Pernah perangainya ditanyakan kepada isterinya Aisyah ra..

"Wahai Aisyah..bagaimanakah Rasulullah..?"

"Suami aku ini akhlaknya terpelihara, bagaimana baiknya Al Quran itu begitu baiknya Rasulullah saw"

Ustaz juga membicarakan tentang sifat sabar dan pemaaf Rasulullah saw yang patut menjadi teladan kepada kita sebagai umatnya.. antara kisah yang diceritakan ialah perihal Aisyah ra yang marah kepada Rasulullah saw telah menolak Rasulullah sehingga Baginda menjajar ke hadapan.  Rasulullah saw tidak menegur Aisyah ra sebaliknya hanya tersenyum sahaja..

Rasulullah pernah disiram dengan air busuk oleh orang yang membencinya, selepas baginda menjadi pemimpin, orang tersebut bertemu baginda dan memohon maaf di atas perlakuan buruknya itu.  Rasulullah mengenalinya dan berkata " pergilah mana tempat kamu mahu pergi, dari dahulu lagi aku sudah memaafkan kamu"

Pesan Ustaz, kita seharusnya memaafkan seseorang yang melakukan kesalahan kepada kita walau kita tidak bertemu dengannya.. teringat pula mama dengan lirik lagu nyanyian Jamal Abdillah..ft malique

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup


Diceritakan juga perihal di syurga, Allah swt menyediakan sebuah mahligai yang sangat indah di atas bukit.  Para syuhada tertanya milik siapakah itu..lalu Allah swt berkata  " Aku bina untuk seorang hamba Aku, dia sanggup memaafkan para sahabatnya.."

Mama pun google kisah kat atas..jumpa laa kisah sebenarnya..mama petik dari blog Halaqah.net;

Di saat kau memberikan kemaafkan kepada saudaramu yang telah merobek perasaanmu,menggugat iman didadamu,menghancurkan hatimu disaat itulah kau berada ditahap yang paling tinggi didalam sejarah kehidupanmu sebagai manusia...kata kata pujangga.

Rasulullah pernah bercerita kepada Anas bin Malik ra seraya tersenyum dan menangis kerana keagongan kuasa ALLAH swt.

Ceritanya ialah tentang dua orang sahabat yang berada di padang masyar sedang bertelagah,setiap dari mereka menuntut agar dosa mereka diambil oleh sahabat yang telah menzaliminya,sedangkan pahala yang dimiliki oleh sahabat yang menzaliminya itu tidak cukup untuk menampung dosanya sendiri dan ketika itulah ALLAH swt memperlihatkan sebuah mahligai tersergam indah di dalam jannah:

"Tidakkah kamu melihat mahligai yang tersergam indah ini?"Ujar ALLAH kepada sahabat yang sedang beertelagah di depan ALLAH untuk menuntut keadilan terhadap sahabatnya.

"ya, kami nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dan dikelilingi oleh taman yang diperbuat dari perak.Milik siapakah mahligai ini ?.Pastinya untuk para nabi atau syuhada atau para sadiqin",jawab kedua sahabat tadi.

"Mahligai indah ini untuk sesiapa sahaja asalkan mereka sanggup membayar harganya,kamu juga berpeluang memilikinya jika kamu sanggup membayar
harganya",jelas ALLAH swt' 

"Bagaimanakah kami dapat membayarnya sedangkan kami tidak mempunyai apa apapun yang kami bawa ke sini untuk membeli mahligai emas ini",kata kedua sahabat ini.

"Kamu masih memiliki sesuatu yang sangat sangat berharga iaitu KEMAAFAN terhadap sahabat yang telah menzalimimu malahan kamu boleh membawa sekali sahabatmu ke dalam mahligai emasmu ini",ujar ALLAH swt
Denggan perasaan yang amat gembira sahabat itu berkata "Ya ALLAH aku sanggup memaafkan apa sahaja kesalahan orang terhadapku jika ganjaran yang kudapat adalah amat besar".
Alangkah baiknya jika semua manusia tahu perlunya sifat tolenrasi dan pemaaf terhadap sesama manusia kerana sifat pemaaf itu akan mendatangkan kebaikan kepada dirinya sendiri dan kepada orang yang dimaafkannya.

Memaafkan kesalahan orang yang dilakukan ke atas kita bererti menolong orang itu dari beban dosanya,ganjaran dan rahmat ALLAH adalah amat besar keatas kita seperti mana sabda Rasulullah "Sesungguhnya ALLAH Taala tidak menyayangi kecuali kepada hambanya yang penyayang ,tidak mengampuunkan kecuali kepada hambanya yang pengampun dan tidak menerima taubat kecuali kepada hambanya yang pemaaf".

Sesungguhnyan janji ALLAH itu adalah benar,oleh itu jangan tunggu lagi wahai sahabat sekalian,marilah kita memaafkan sesiapa sahaja yang telah menyakitkan hati kita kerana KEMAAFAN itu akan memberikan kecerian dan ketenangan kehidupan kedunian kita disamping mendapat ganjaran yang amat besar diakhirat.

Sifat hebat Baginda bukan sahaja kepada umatnya, malah kepada yang bukan islam juga.  

Ustaz menyindir tentang sikap bangsa kita yang suka mengunakan kata pepatah.." kalau jumpa bangsa tersebut dengan ular, bunuh bangsa tu dahulu" Ustaz kata fahaman begitu adalah sesat, buruk sangka sesama manusia bukan ajaran Rasulullah saw.

Diceritakan juga bahawa orang kafir zaman Rasulullah saw masuk islam bukan disebabkan oleh paksaan dan sebagainya sebaliknya kerana tertarik dengan sifat dan akhlak Rasulullah saw..

Ustaz berkongsi kisah Rasulullah saw ketika saat akhir hidupnya.  Menjadi kebiasaan Baginda akan keluar ke pasar selepas solat subuh untuk melihat kehidupan harian rakyatnya.  Sehinggalah pada satu hari, pasar yang biasa sibuk menjadi sunyi dan kosong.  Tetapi ada seorang tua buta yahudi yang kelihatan mengeletar sambil memegang tongkat. Baginda menghampirinya dan menegur orang tua tersebut.

Lalu orang tua itu menceritakan yang dia telah beberapa hari tidak makan dan meminta tolong kepada insan mulia itu.  Lalu Rasulullah saw berjanji untuk pulang ke rumah dan mengambil apa apa makanan yang ada di rumahnya untuk diberikan kepada orang tua tersebut.

Lalu ditanyakan kepada Aisyah ra, lalu Aisyah ra mengatakan kita hanya ada sekeping roti sahaja.  Rasulullah saw mengatakan dia perlukan roti itu untuk diberikan kepada orang tua yang kelaparan di pasar. Aisyah ra mengatakan nanti kita nak makan apa pada hari itu, Rasulullah saw mengatakan kita hanya tak makan pada hari ini tetapi orang tua itu belum makan sejak beberapa hari yang lalu.

Ketika tiba disamping orang tua yahudi itu, Rasulullah saw telah menyuruh orang tua itu duduk lalu disuapkannya roti bercecahkan kuah ke mulut orang tua itu. Takkala kuah tumpah di tepi bibir orang tua itu, Rasulullah saw lalu menyapunya. 

Sejak hari itu ia telah menjadi rutin kepada Rasulullah saw sehinggalah Baginda wafat.  Orang tua itu ternanti nanti akan insan yang sentiasa datang menyuapkan roti ke mulutnya tetapi tidak tiba tiba.

Selepas kewafatan Baginda, Sayyidina Abu Bakar ra telah bertemu dengan Aisyah ra  dan bertanyakan kepada Aisyah ra apakah amalan Rasulullah pada setiap hari, beliau ingin sangat melakukannya..

Lalu diceritakan oleh Aisyah ra akan kisah Baginda yang suka ke pasar memberi makan roti kepada seorang tua. Ketika sampai di pasar, Sayyidina Abu Bakar mengenalkan dirinya. Orang tua yahudi itu lalu memuji muji akan Insan yang sentiasa mendatanginya tanpa mengetahui siapakah dia.  Lalu diberitahu akan Baginda telah meninggal dunia..

Lalu yahudi itu berkata "bukankah yang meninggal itu nabi palsu..?"
"Ya, suapkan tuan, dialah itu"

Terkejut sungguh orang tua itu.

"Kau bawakan aku ke kuburnya, aku nak minta maaf"

"Dialah orang yang aku benci, tetapi dialah orang yang beri aku makan" 

Sayyidina Abu Bakar ra menyuruh orang tua itu duduk dahulu dan menyuapkan makanan kepadanya.  Baru suapan yang ketiga, tiba tiba orang tua itu telah memegang tangan Sayyidina Abu Bakar ra sambil berkata..

"nak..cara kamu suap aku tak sama macam Dia, masa Dia menyuapkan aku, aku rasa Dia sayangkan aku"

"Aku menyuapkanmu, kamu tak rasakah aku sayangkan kamu?"

Saat itu terjatuh roti dari tangan Sayyidina Abu Bakar ra dan katanya " aku nak ikut Rasulullah saw tetapi tak terikut aku" 

Akhirnya orang tua yahudi itu telah masuk islam kerana terpesona dengan akhlak Baginda saw..

Dikesahkan juga perihal Rasulullah saw berdiri hormat kepada mayat yahudi..sifat ini tidak kita buat..sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada kita.

Ustaz juga menyarankan kita menjemput juga bukan islam mengimarahkan majlis Maulidur Rasul, supaya mereka dapat mengenal islam dan mengenal Baginda saw.  Salah faham bukan islam terhadap islam adalah salah kita sendiri yang tidak membuka ruang kepada mereka untuk mengenal islam secukupnya.

Ustaz juga berpesan supaya jangan meninggalkan solat dan menutup aurat kepada wanita islam.

Banyak juga bicaranya..hanya ini yang termampu mama kongsi.  Harap memberi manafaat kepada semua..

wassalam.





No comments:

Post a Comment