Assalamualaikum wbkt..
Mama anak beranak memang suka sangat dengan sayur brokoli. Hari hari pun tak apa..tapi reganya..mahal. Bila murah..time tu laa bergasak makan brokoli..macam macam digayakan sehinggalaa dijadikan cokodok brokoli..
mama pinjam gambar..tak berani nak guna camera sendiri.. takut terjadi macam camera lama mama..kondem ..biaq pi laa..pada tuan punya gambar..harap halalkan gambar ni yerr.. tapi gini laa rupa cokodok brokoli mama tu.. |
Bahan
Tepung 1 cawan
Air 1/2 cawan
Filament Ketam 1 pkt kecil dikoyak panjang panjang
Bawang Besar 1 biji hiris nipis
Secukup Rasa 1 sudu kecil
Putih Telor 1 biji
Putih Telor 1 biji
Brokoli 1 biji di jadikan kuntuman kecil
Cara
Bancuh semua bahan kecuali brokoli. Masa nak goreng tu, celopkan brokoli dan salut sekali dengan helaian ketam, goreng hingga garing kekuningan. Sila makan dengan cili sos
No comments:
Post a Comment