Monday 25 August 2014

JILBAB ATAU JILBOOBS OPPS

Assalamualaikum wbkt..

Wah..sekarang ni makin ramai kaum wanita kita nak bertudung.  Katanya nak jadi muslimah sejati dan memenuhi tuntutan agama suruh mereka bertudung.  Lagi pun sekarang ni ramai kaum lelaki nak cari isteri yang bertudung... jadi ramailah kaum wanita kita bertudung tanpa mengkaji bertudung yang bagaimana dituntut oleh syarak..

Disebabkan kerana ikut ikutan atau atas sebab sebab tertentu yang tidak kita tahu, maka lahirlah fesyen fesyen yang sangat pelik dan menyakitkan mata.  Bukan sahaja kepala dah macam bonggol unta, tudung terapung mahal gila tapi tak sampai ke dada, pakaian ketat sendad..mak aii..kaum adam minta nyawa..perghh..



Tentu kita perasan dengan trend sekarang, mereka gelar fesyen ni..Jilboobs. Maksudnya tayang buntut..tayang dada yang bulat padat...

ADAKAH ANDA BERPAKAIAN BEGINI..?
HINDARKAN DAN HENTIKAN KERANA PAKAIAN INI ADALAH SESAT DAN TIDAK MEMENUHI SYARAK

Pernah satu ketika mama ditanya dengan persoalan.. "apa hukumnya kalau perempuan itu tak berambut atau botak..adakah dia diwajibkan bertudung juga..?..cam gitulaa soalan dari hamba Allah ni..

Mama yang bukan Ustazah ni pun bagilaa jawapan yang mama faham.  Sebenarnya bertudung tidak diwajibkan kepada orang perempuan islam..yang diwajibkan adalah MENUTUP AURAT yakni memakai pakaian yang sempurna dengan menutup keseluruhan tubuh badan dengan pakaian yang longgar, menutup kepala hingga ke paras dada dengan pelbagai tudung yang ada, tidak nipis dan tidak keterlaluan perhiasannya..itulah fahaman mama yang bukan ustazah ni..



Wahai gadis gadis dan wanita wanita di luar sana,  janganlah kita leka dengan bisikan dan hasutan syaitan si durjana.  Selagi nyawa di kandung badan, masih belum terlambat untuk kita mengubah penampilan yang diredhai oleh Allah swt.. Berjilbablah dengan sebenar benarnya seperti yang disarankan di dalam Islam.  Sekurang kurangnya kita telah membantu para wali kita, suami kita, adik beradik lelaki kita dan anak anak lelaki kita dari terjurumus mendapat dosa akibat kesalahan kita berpakaian...

Petikan ayat yang mengingatkan kita tentang menutup aurat..sama sama kita selami..

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: ‘dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup‘); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada:

Suami mereka atau 
Bapa mereka atau
Bapa mertua mereka atau
Anak-anak mereka, atau
Anak-anak tiri mereka atau
Saudara-saudara mereka atau
Anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
Anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
Perempuan-perempuan Islam atau 
Hamba-hamba mereka atau
Orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan 

Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” – [Surah An Nur: Ayat 31]









































































No comments:

Post a Comment