Tuesday 17 September 2013

SAMBAL GORENG TAHAN LAMA



Assalamualaikum wbkt..

Kali ini mama nak kongsi resepi sambal goreng istimewa, bukan sahaja sedap malah tahan berminggu.  Sangat dianjurkan kepada sesiapa yang masih belajar dan duduk makan pakai guna duit sendiri..kira boleh jimat duit laa..maklumlaa pelajar mana laa ada duit income..harap mak ayah yang kasi..

Tiap kali balik rumah minta laa mak masakkan atau diri sendiri turun padang untuk buat bekalan stok lauk "sambal goreng" sepanjang berada di perantauan..

boleh juga dicampur dengan kacang tanah goreng..meletop

Bahan bahan

Cili Kering                 250 grm
Bawang Ros            1 kg (bawang besar pun boleh tapi lama nak kering)
Bawang Putih            2 biji labu
Ikan Bilis                  1/2 kg

bahan ikut suka berapa nak letak;

Garam
Gula
Asam Keping

Cara

  1. Goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan
  2. Blander cili kering bersama bawang ros dan bawang putih. Boleh juga digantikan dengan bawang besar tetapi lambat laa nak tunggu sambal menjadi garing..lagi satu bawang ros memberi rasa yang sangat istimewa kepada sambal goreng tersebut..
  3. Panaskan minyak, tumis cili dan bawang tadi hingga kering dan masukkan gula, garam dan asam keping tadi.. dan kacau sehingga sambal menjadi garing..barulaa dimasukkan ikan bilis tadi..
  4. Gaul rata dan tutup api..sejukkan.  Baru simpan dalam bekas kedap udara untuk mempertahankan kerangupan ikan bilis tersebut..
Haa..lepas ni modalkan duit untuk masak nasi atau nasi putih jerr...layan dengan ulam berbeza pada setiap hari, seperti dengan timun, tomato, ceylon, penganga, kubis atau dia aje..masih berkhasiat kan...takda laa nak melantak maggi hari hari..boleh gugur rambut..

Sebenarnya bukan untuk pelajar jer..kaum ibu yang sibuk bekerja juga digalakkan untuk membuatnya dan simpan kat rumah...bila suami dan anak anak lapar..pandai pandailaa dia orang nak masak nasi, goreng telor..tak pun layan dengan roti..sedap amat..


16 comments:

  1. Makchaq pun suka ni... bila buat ingat nak simpan lama, tapinya tak sempat apa dah habis... semua suka meratah.. makchaq buat tak pedas sebab makchaq tak makan pedas... orang lain sedap la meratah...

    ReplyDelete
  2. sama laa tu makchaq..tapi nak elak kena ratah buat lerr pedas sikit..hi hi..save budget

    ReplyDelete
  3. kalu xmo pedas sgt buat mcm mne

    ReplyDelete
  4. kurangkan cili dan lebihkan bawang..atau cari cili yang tak pedas..mahal lah sikit reganya..lagi satu petua..nak tahan lama..tambah cili sos..salah satu bahan dia adalah pengawet..jadi dapatlerr sisa pengawet tu kat sambal tadi..InsyaAllah tahan lama..

    lagi satu petua..katanya kalau nak ikan bilis maintain garing, sebelum goreng rendam dalam cuka sekejap, lepas tos kering baru goreng..nak lagi sedap, pilih ikan bilis yang bagus grednya..

    ReplyDelete
  5. Thanks for e resepi kak. Nak try utk pegi Bali nnt. Cuma x reti nak bajet gula, garam n asam keping tu. Bawang putih brp ulas?

    ReplyDelete
  6. sorry Jolie Mendes..terlewat sungguh baca message awak...dah lepas ke bali kot..jadi tak buat sambal itu..? senang jerr nak bajetkan..ikut selera kita lerr..nak manis lebihkan gula..nak kurang masin..kurangkan garamnya..nak pedas tambahkan cilinya..nak kurang pedas..kurangkanlah cilinya...kalau ikut resepi akak..2 labu bawang putih..

    ReplyDelete
  7. kalau contoh buat nk tahan lama..simpan dlm peti ais ke luar?

    ReplyDelete
  8. saya letak kat luar jerr..tak sempat nak tengok sampai lama mana..sebab seminggu jerr dah habis kena makan. kalau tak confident simpan lerr dalam peti ais..tapi kalau kita masak hingga garing dan simpan dalam bekas kedap udara, InsyaAllah tahan lama macam acar buah..

    ReplyDelete
  9. wahh..nk kna try wtla cmni...stok utk ratah² jea..hee..tengkiyuuu for resepi ♡

    ReplyDelete
  10. makan dengan roti pon sodap ni.....

    ReplyDelete
  11. Ada yang kata, padamkan api...kasi sambal sejuk baru madukkan ikan bilis. Kalau macam tu, ikan bilis kekal rapuh. Resepi diatas ni tahan lama inn sha Allah....tapi ikan bilisnya rapuh tak....sebab dicampur masa masih panas?

    ReplyDelete
  12. elle...kalau sambal dah garing..selalunya ikan bilis akan maintain garing...tapi kalau masih ada sumber air kat dalam sambal itu..ikan bilis akan lembut kembali..tapi petua elle tu bagus juga..mamapun baru tahu..sama samalaa kita cuba..opps..kalau kita guna ikan bilis yang jenis murah..ikan bilis akan jadi liat..kalau lembut takpa..kalau liat..payah nak kunyah..

    ReplyDelete
  13. kak bawang ros tu kena sekilo ka?? nmpaknya resepi ni sesuai utk sy. .

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. mama cili kering nk kne rebus dulu ke?

    ReplyDelete
  16. Blend bawang n cili guna blender kering ke basah? Kne letak air masa blend?

    ReplyDelete