Monday, 12 September 2011
TANAM POKOK DI AKHIRAT..?
Ketika mama menyiapkan artikel ni mata punyalah mengantuk tetapi semangat nak syer tetap kuat.
Pelik ke tanam pokok di akhirat...? Peristiwa Israk Mikraj ada menceritakan tentang pertemuan Nabi Muhammad saw dengan Nabi Ibrahim as. Baginda telah menegur Nabi Muhammad saw dan menyampaikan salam kepada ummat Nabi Muhammad saw serta menyampaikan pesannya..."Wahai Muhammad ummat mu ummat akhir dan mereka terlalu daif, berdoalah untuk ummatmu"
"Wahai Muhammad sampaikan salamku kepada ummat mu dan beritahulah mereka syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAH HAILLALLAH ALLAHUAKHBAR WALA HAULA WALA QUATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM. Bagi sekali orang yang membaca kalimah itu akan ditanam baginya sepohon pokok dalam syurga"
Jadi apa tunggu lagi..... jom tanam pokok syurga....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment