Wednesday, 7 September 2011

COKLAT COKLAT COKLAT

Assalamualaikum...

Raya tahun ni mama tersangat gilakan coklat.  Hampir setengah biskut kat rumah mama campur dengan coklat, mana taknya,  Almond London, Biskut Coklat Chip, Rice Bubble Bercoklat, Biskut Coklat Almond, Coklat macam macam rasa dan rupa...menyebabkan mama malas nak buat kek coklat...

Al kisah,  ada la jiran mama sibuk nak buat coklat.  Mama kata buat laa dulu, nak rasa...kalau jadi mama pun nak try juga.  Beberapa hari kemudian sampai laa sample coklat yang sibuk diperkatakan...wah sedap bangat...terus tak lena tidur mama dibuatnya.  Esoknya mama ajak hubby pi Bakery House.

Camni laa lebih kurang rupa coklat mama yang dah siap...

pinjam gambar kat google..tapi tak tipu tau..camni laa rupa coklat tu
Antara koleksi coklat yang menarik mama nak syer ngan korang...

satu hari nanti mama akan cuba buat camni plak
telan air liur bila nengok gambar ni...
comelkan...
Nak resepi...?,  hahaha...Mama tak pernah ikuti mana mana kursus untuk membuat coklat jadi macam mana nak bagi.  Sorry...mama pun tak tau cam mana nak buat coklat,  sebenarnya mama beli jer coklat compound yang terjual kat Bakery House.  Rasa dia dah sedap sangat,  bukan saja cair di tangan,  lenyap kat dalam mulut.  Jadi nak kasi dia maintain keras, kenyal dan tak mudah cair simpan dalam peti ais.

Camnilah rupa coklat compound tu.....


melambak ada jual kat Bakery House,  bahan dia berasaskan lemak sawit...dengar kata coklat  berjenama pun guna coklat ni sebagai asas sebab lebih murah
coklat ni ada macam macam jenis,  gambar kat atas adalah bahan asas kalau kita  pandai nak olah rasa dia.   Tapi Mama beli yang Milk jer...nak colour colour mama beli coklat bar untuk topping donut dan biskut tu...tak pun beli coklat masakan yang dah siap berperisa oren, strawberry, blueberry dan macam macam lagi.

Haa jangan salah faham tau..berbeza sebenarnya coklat masakan dengan coklat compound ni...coklat masakan kurang manis dan tektur dia ada liat liat sikit dan payah nak cair dalam mulut.  Ada juga mama dapat tahu pasal coklat converter..tapi mama tak berapa nak tahu.  Tapi jenis converter adalah jenis coklat yang paling bagus dan mahal.
Ni pulak acuan  coklat  atau lebih dikenali dikalangan masyarakat pembuat coklat homemade ni iaitu coklat mould...kalau nak cantik laa..memang modal mahal sedikit bila pertama kali, tetapi bila dah ada acuan sendiri,  lain kali nak buat cuma keluar modal coklat dan inti dia jerr..

mama ada acuan ni...RM 3.90 satu keping..kira ni jenis yang murah..jadi laa

lagi banyak sarang lagi mahal rupanya mould ni..ada yang harganya mencecah hampir RM 20.00

Inti coklat yang mama guna...

Kacang gajus, Almond, Kacang Tanah, Kismis...antara yang mama guna
Cara nak buat senang jer....kita cairkan dahulu coklat compound tadi guna kaedah double boild,  tunggu sampai cair rata,  barulah kita isi dalam acuan mould.  Kalau bercadang tak nak guna inti,  boleh sahaja.  Cuma isi sampai penuh dan sejukkan di dalam peti sejuk.  Lebih kurang 10 minit,  dia akan keras bolehlah kita keluarkan dan isi dalam paper cup atau bekas coklat yang memang sedia ada terjual.

Kalau ada budget lebih boleh guna plastik buat ising kek tu,  mudah nak isi coklat dalam mould yang comel comel tu.  Tapi mama guna sudu kecil jer..menjadi juga cuma lambat sikit laa kerjanya.

Kalau nak letak inti pulak,  pastikan isi 1/3 coklat dalam mould, lepas tu sejukkan dalam peti ais.  Bila dah keras baru letak inti dan tuang coklat hingga penuh acuan,  bekukan balik dalam peti ais.

Bab colour colour, mama guna coklat untuk topping kuih tu...cairkan dan gunakanlah kreaviti kita....insyaallah menjadi dan tersangatlah sedap.  Buat meniaga pun boleh...

Tapi ingat,   coklat tersangat sensetif dengan air,  walau setitik air,  dia akan jadi rosak. Jadi hati hatilah masa buat double boild tu ya.  Selamat datang ke dunia coklat....







































2 comments:

  1. Salam sis nak tanya , sis beli kat mana ye mould tu ? Anyway coklat tu nampak sedap jer 😆

    ReplyDelete
  2. Salam sis nak tanya , sis beli kat mana ye mould tu ? Anyway coklat tu nampak sedap jer 😆

    ReplyDelete