Friday, 16 September 2011

MISTERI..DAH MENINGGAL TAPI BOLEH BUAT CALL..?

teknologi dan misteri seiring
Assalamualaikum...kali ini mama nak kongsi dengan korang tentang satu kisah benar yang telah terjadi di awal 2011 yang lalu.  Cerita ini benar benar terjadi di kampung suami mama dan dialami sendiri oleh kenalan yang rapat dengan keluarga suami mama.

Bermula dengan seorang bapa saudara kepada suami mama yang telah sakit tenat telah dibawa berubat di hospital KPJ Seremban.  Arwah mengalami kegagalan injap jantung kerana keempat empat injapnya telah tersumbat dan pihak hospital tidak dapat buat apa apa..

Mama dan suami telah pergi ke hospital berkenaan untuk melawat.  Bukan rezeki untuk bertemunya agaknya.  Abang beliau mengatakan adiknya itu telah diberi ubat tidur akibat tidak tahan sakit pada dadanya.  Jadi kami tidak jadi melawatnya dan terus balik ke rumah.

Pada pukul 4 pagi abang si arwah telefon mengatakan adiknya dalam keadaan kritikal dan meminta suami mama menemaninya.  Pada pukul 5 30 pagi suami mama telefon beritahu bapa saudaranya itu telah meninggal dunia.  Innalillah....

Jenazah arwah telah dibawa balik ke kampung dan dikebumikan di kampung.  Apa yang misteri..?  Ketika suami mama di tanah perkuburan melihat orang sedang mengali kubur dia telah bertemu dengan seorang sahabat kepada arwah.  Suami mama juga mengenali sahabat arwah ini.  

Sahabat ini kelihatan sugul dan mengurut ngurut dada.  Lalu suami mama mendekati beliau..

"Kenapa bang..? tanya suami mama
"Sakit dada abang ni haa...terperanjat nih.."
"Yelah..saya pun..baru jumpa dia baru baru ni, ok jer,  tak sangka dia tak sihat" jawab suami mama lagi
"Abang dapat telefon dari arwah tadi dalam pukul 8.30 pagi. Dia bagi tahu dia dah takda dan suruh abang lawat dia"
"Haa..?" jawab suami mama kehairanan.
"Kau tak percaya...haa nombor dia masih dalam telefon abang ni haa.." sahabat itu menunjukkan telefonnya kepada suami dan suami mama melihat sendiri nombor arwah benar benar tertera telah menelefon beliau pada waktu tersebut.

Macam mana tu yaa..? misteri tak..?


No comments:

Post a Comment