Saturday, 17 September 2011

MISTERI..ARWAH DIKUBURAN

Assalamualaikum...sorry laa sebab cerita misteri jerr...nak percaya..percayalah,  tak percaya terpulang pada diri.  Tiada paksaan di sini..hanya kongsi cerita macam kongsi resepi juga..

Sebelum puasa yang lalu mama dapat tahu jiran mama ni rupa rupanya mempunyai seorang anak lelaki yang memiliki kelebihan boleh melihat benda halus berupa jin dan bunian.  Bukan itu sahaja anaknya itu boleh melihat Para Roh terutama ketika bulan puasa,  bukan semua cuma hanya yang diizinkan Allah sahaja.

Apa yang pasti jiran mama mengatakan anaknya itu yang sudah menjangkau 19 tahun boleh melihat roh dan makhluk semenjak berumur 12 tahun (tak salah mama laa).  Semasa baru baru mendapat kelebihan itu anaknya asyik demam sebab asyik melihat kelibat hantu dan telah dibawa berubat.  Para perawat mengatakan anaknya mempunyai keistimewaan yang tidak semua orang ada dan diminta untuk mengunakan kelebihannya itu untuk kebaikan masyarakat.  Tiada cara untuk merawatnya.

Setiap kali malam raya anak muda ini boleh melihat arwah datuk dan neneknya berpakaian serba putih berdiri di luar rumah memandang ke arah rumah melihat gelagat anak cucu yang masih hidup.  Bukan itu sahaja malah ketika melawat kubur semasa di bulan ramadan, sehari sebelum raya anak muda ini dapat melihat para arwah berdiri di kubur masing masing dengan air muka yang berbeza beza.  Ada yang berwajah biasa, muram, sedih dan sebagainya memerhati yang masih hidup melawat kuburan.

kuburan yang sunyi sepi dari pandangan kasar mata kita

jadikan aktiviti melawat kubur satu budaya
Bila fikirkan balik patutlah kita dinasihatkan melawat arwah di kuburnya semasa bulan puasa kerana mereka memang ada di sana menanti kita .  Jadi rajin rajinlah kita melawat arwah di kuburnya semasa bulan puasa dan bersedekah apa yang patut.  Baca yassin kerr..al fatihah kerr..apa yang dapat.  Bila habis puasa mereka akan kembali ke alam mereka kembali.  

Selain dari itu kita juga dinasihatkan untuk bersedekah banyak banyak kepada para arwah melalui sedekah makanan atau wang kepada yang memerlukan, membaca yassin dan sebagainya dan mengharapkan pahala dari Allah sebagai hadiah untuk arwah.  Hadiah inilah yang akan membantunya di alam sana.  Bulan ramadan adalah bulan yang sangat bagus kerana pahalanya digandakan oleh Allah.  Insyaallah.

    

No comments:

Post a Comment