popia sira gula buatan mama |
Kuih ni bukan sahaja sedap rasanya malah mudah untuk dibuat. Cuma leceh masa proses nak mengulung sahaja..
Bahan
Kulit Popia 1 pkt
Lidi sate 1 batang
Bancuhan Tepung dengan air
untuk gam kulit popia (buat pekat dan mudah untuk proses melekatkan kulit popia)
Gula Halus secukupnya
Cara
- Ambil sehelai kulit popia, letakkan lidi di pangkalnya dan gulung perlahan lahan hingga tinggal seinci sapu gam tepung dan selesaikan gulungan.
- Selesaikan proses di atas hingga habis dan gunting ikut suka.
- Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan tos atas towel
- Setelah sejuk sira dengan gula halus..siap
No comments:
Post a Comment