Tuesday, 20 September 2011

IKHLAS KERANA ALLAH

Assalamualaikum....ermm..syawal hampir meninggalkan kita untuk memberi laluan kepada zulhijjah yang tidak sabar sabar menjengahkan diri sambil menarik zulkaedah yang masih tidak bergerak di tempatnya.

Kocek semakin kering,  gaji masih ada seminggu lagi jaraknya.  Nasib baik ada duit selit sana selit sini dapatlah menampung sebelum datangnya hari gaji.  Tetapi hati merasa puas sebab apa yang mama inginkan dan harapkan telah dilancarkan oleh Allah, alhamdulillah.

Bila dah hujung hujung raya ni anak anak beraya semakin berkurangan tidak seperti di awal raya dahulu.  Biasalah anak anak kecil,  apa lagi ada dalam kepala otak dia orang kalau tak collect duit raya.  Kita yang dewasa ni kenalah faham akan hasrat hati anak anak ini.  Apa yang penting kita bersedekah dengan ikhlas kerana Allah,  bukan sebab terpaksa atau nak menunjuk nunjuk.  

Kita juga sebagai ibubapa seharusnya menerangkan pada anak anak kita supaya menerima seadanya.  Bukan apa kadang kadang anak anak yang bermulut laser suka menyatakan perasaan tidak puashati di hadapan kita seperti "seringgit jer"..tersangatlah tidak sopan.  Kadang kadang orang ikhlas bersedekah kerana Allah akan menjadi sebaliknya...

Belum lagi bab puasa dimasa bulan ramadan.  Sedari kecil mama diajar untuk berpuasa kerana Allah,  tiada perjanjian imbuhan dari ibubapa mama.  Sudah menjadi trend di zaman sekarang anak anak diajar berpuasa dengan menjanjikan upah.  Sepatutnya kita sebagai ibubapa menerangkan kepada anak anak akan erti puasa, hikmah dan nikmatnya bulan yang mulia ini.  Anak anak seawal 6 tahun mudah memahami jika kita menerangkan dengan cara yang kreatif...

Alhamdulillah anak anak mama mudah dibentuk dan diajar tentang hebatnya menjadi orang yang berpuasa.  Anak mama yang sulung telah berpuasa seawal umur 5 tahun,  begitu juga dua lagi anak mama...walaupun pada mulanya mertua tidak berkenan dengan cara mama tetapi sekarang dia dah biasa dan memuji anak anak mama yang hebat berpuasa cukup 30 hari.  Insyaallah dan alhamdulillah.  Sampai ke hari ini tiada seorang pun menuntut hadiah dari mama kerana berjaya berpuasa penuh...paling terkesan di hati mama,  anak mama yang lelaki  ketika berumur 6 tahun dan kini menjangkau 10 tahun telah berkata " abang ngah puasa kerana Allah bukan kerana hadiah"..  dan kata kata itu berulang sehingga sekarang setiap kali mama acah acah nak beri hadiah kepadanya.



No comments:

Post a Comment