Wednesday, 28 September 2011

DON DANIYAL DON BIYAJID

Don Daniyal Don Biyajid.  Pelik nama dia kan,  tetapi makna Daniyal tu maksudnya Hakim ku ialah Allah Siapa kenal dengan hamba Allah yang seorang ini....?  Mama juga tidak berapa kenal...Sebenarnya mama tidak berapa minat nak buka channel lain selain Oasis...entah kenapa tiba tiba tangan ini tertekan channel Al Hijrah...terserempaklaa dengan rancangan Muhasabah Diri.  

Inilah wajah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
muda lagi ustaz ni kan..sejuk perut ibu mengandungkan dia..
untung sapa sapa jadi isteri dia...bicaranya lembut sesangat

Entah kenapa tiba tiba mama terpaku melihat cara dia bercakap.  Memang...cara dia bercakap membuatkan mama terpaku kerana dia seolah olah tengah berbicara dengan mama.  Masa mama buka rancangan itu mama terlepas 15 minit yang pertama, 15 minit yang kedua tetap memberi impak pada diri mama.

Anak muda ini bukan sahaja pandai berbicara malah semasa dia mengaji..subhanallah mengalir air mata ini tiba tiba..touching..touching...mana taknya..isu dia pasal Mencari Redha Allah.  Melalui hadis Rasulullah saw...Ustaz Don menghuraikan hanya Insan yang redha dengan Allah akan masuk syurga...adakah kita tergolong dalam golongan yang redha dengan setiap ujian Allah...?

Siapa siapa yang tidak pernah melihat dia berceramah boleh ikuti Ustaz Don Daniyal ini di channel Al Hijrah pada setiap hari , bersiaran pada pukul 11.30 malam.

No comments:

Post a Comment