Saturday, 10 September 2011

ALMOND LONDON

ku pinjam gambar lagi..hehehe jangan marah haa

Kebelakangan ni mama tengok semasa hari raya kuih ni telah termasuk dalam senarai kuih paling popular selain tart.  Kalau dahulu kuih ni kira budget mewah lerr...mahal lah katakan tetapi sekarang dah ramai pandai buat sendiri.  Eloklah macam tu,  bukan apa kalau membeli mahalnya bukan main.  Dekat tempat mama sebiji kuih ni mereka charge sampai 70 sen sebiji.

Tips untuk mengelakkan kita rasa modal dia mahal,  awal awallah kumpulkan bahan membuatnya terutama kacang almond,  boleh disimpan di dalam peti ais dan tahan bertahun tahun.  Bukan apa,  memang melalui pengalaman sendiri almond yang mama beli di Thailand masa 2009 masih cantik dan sedap rasanya. Kalau korang nak tahu Thailand tempat paling best untuk beli almond dengan gajus, besar besar dan pastinya..murah gila.

Sebelum ramadan kita boleh beli sedikit sedikit bahan lain seperti coklat masakan (mama suka coklat masakan berperisa Tesco...sedap), tepung dan perasa perasa lain yang tahan lama. Jadi bila tiba nak "membaking" takdalah terasa sangat nak keluar modal banyak.

Bahan

Almond                   1/2 kg panggang dalam oven..salutkan sedikit marjerin
Butter                     250 gram
Gula Castor           1/2 cawan
Kuning Telor          1 biji
Vanila                     1 sudu kecil
Tepung Jagung      3/4 cawan
Tepung Beras         2 sudu besar
Tepung Gandum    300 grm  (lebih kurang 1 1/2 cawan)
Baking Powder      1 sudu teh

Cara
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang, masuk telor dan esen gaul rata
  2. Masuk semua jenis tepung kecuali tepung gandum dan gaul rata
  3. Masuk tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
  4. Ambil sejemput, isi almond dan bulat atau lonjongkan...bakar suhu 200 darjah celcius selama 20 minit
  5. Sejukkan dan salut dengan coklat, isi dalam paper cup dan tabur almond cincang di atasnya






No comments:

Post a Comment