SAINS, ISLAM DAN AL QURAN..TIADA RAGU







Assalamualaikum.  Mari sama sama kita kutip pengetahuan tentang biologi manusia dan kejadian alam.  Segalanya telah dinyatakan di dalam Al Quran,  cuma kita yang tak pandai ni kurang mengetahui.  Mari sama sama menambah ilmu.


TULANG SULBI ( COCCYX )
COCCYX ..inilah dinamakan tulang sulbi...baru mama tahu.  mati mati mama ingatkan tulang selangka kita



Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah s.a.w sejak 14 abad dahulu ?

Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian pinggul.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dam Ibnu Majah)

Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa:
1. Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh dan tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.



KEJADIAN MANUSIA DARI TULANG SULBI

Ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Kemudian pembentukan janin bermula iaitu daripada 1 sel, ia membelah menjadi 2 sel dan setiap sel masing2 membelah lagi dan lagi. Struktur yang mula2 dibentuk pada janin manusia pada hari ke 14 selepas persenyawaan ialah hujung ekor. Semasa proses pembentukan janin yang sempurna, hujung ekor ini terus memanjang dan menjadi benang asas (primitive streak) dan lingkungan asas (notochord).

Kemudian, notochord akan membentuk kepala janin manakala primitive streak akan membentuk tubuh janin. Setelah ia membentuk badan dan kepala janin, pita pita asas ini akan berundur secara beransur-ansur hingga ia masuk semula ke hujung ekor (coccyx).



TULANG SULBI TIDAK AKAN HANCUR

Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel-sel di dalam coccyx tidak akan hancur atau musnah. Dalam kajian yang dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur dan memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan dan ternyata ia masih lagi hidup dan masih utuh seperti biasa.

Maha suci Allah..begitu agung ciptaan-Nya. Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu-ribu tahun lamanya.

Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi
Dalam AL-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud "Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siamg ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali I'mran 3:27).

Maka jasad-jasad akan ditumbuhkan buat kali ke dua daripada hujung ekor seperti mana ia telah tumbuh buat kali pertama di dalam rahim ibu.

Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang-tulang sulbi yang telah dikisar dan dibakar tadi ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh dan membentuk paksi janin yang lain.

Begitulah serba sedikit info berkaitan tulng sulbi yang dapat saya kongsikan bersumberkan rencana dari ruangan Fizikr dari Dr. Farhan Hadi Mohd Taib Majalah SOLUSI isu 19.


Lain - lain artikel mengenai Fakta Tulang Sulbi :http://assabiel.com/?p=2525

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Qur’an itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” (Fushilat (41): 53).

=======================================================
dalam Al Quran juga telah sebut tentang tulang rapuh ni



SEBUTAN BERKAITAN OSTEOPOROSIS DI DALAM AL QURAN

Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.
( Surah Mariam : ayat 4 )


Perkataan Arab "Wahana" di dalam ayat 4 Surah Maryam bermakna "santai, lemah atau tidak mencukupi." Penggunaan perkataan ini dalam konteks penuaan dan perubahan yang berlaku di dalam tulang adalah yang paling bijak.

Pengimbasan tulang melakukan pengukuran terperinci yang menggunakan teknologi moden menjadikan ia mungkin untuk melihat imej penyakit yang dikenali dunia perubatan sebagai "osteoporosis," atau kehilangan tulang.

Osteoporosis merupakan penyakit metabolik yang membawa kepada kehilangan jisim tulang. Osteoporosis perkataan yang datang dari kombinasi perkataan osteo (tulang) dan porosis (penuh lubang).

Tulang, yang agak menyerupai sarang lebah, menyimpan kuantiti yang besar mineral penting seperti kalsium. Jisim tulang mula beransur-ansur merosot dari seluruh umur 40 tahun. Pada peringkat yang lebih maju, penyakit ini, yang terutamanya dilihat dalam warga tua dan muncul sebagai kehilangan jisim tisu tulang, mengakibatkan pecahnya tulang eeasy.

Harus kita ingat bahawa x-ray hanya ditemui dalam tahun 1890-an, ia adalah jelas betapa sukarnya mendapatkan apa-apa maklumat mengenai tulang sebelum waktu itu.

Hakikat bahawa al-Quran yang mengandungi apa-apa maklumat, yang dalam perjanjian yang tepat dengan sains perubatan moden, salah satu tanda-tanda jelas bahawa Al-Quran telah turun dari sisi Allah.


Disalin dengan sedikit ubahsuai dari :

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Qur’an itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” (Fushilat (41): 53).

=======================================================


otak manusia..Lobe frontal adalah ubun ubun kita
UBUN UBUN YANG BERDUSTA



Firman Allah swt dalam Surah Al-Alaq, ayat 15-16 :
“ Jangan sekali-kali berlaku derhaka, Demi sesungguhnya jika ia tidak berbenti dari perbuatannya yang buruk itu, nescaya kami akan menyentap ubun-ubunnya dan menyeretnya ke dalam neraka. Ubun -ubun orang yang berdusta, yang bersalah," (surah Al-Alaq:15-16).



Mulanya ayat al-Quran itu dibaca dan dengan jelas disebut ubun-ubun dusta yang derhaka.

Kenapa ubun-ubun yang dusta dan derhaka, sedangkan ia tidak mampu berbicara. Kalau mulut yang dikatakan dusta ada logiknya.

Kemudian terlintas pula di fikiran setiap sesuatu yang Allah nyatakan di dalam al-Quran mesti ada maksud di sebaliknya. Hati semakin meronta-ronta hendak tahu kenapa ubun-ubun yang dikatakan dusta. Bagaimana pula de­ngan kajian sains moden, mampu kah membuktikan ubun-ubun berdusta?
Kemudian ingatan membawa pada petua yang diamalkan oleh orang Mela­yu tentang ubun-ubun. Setup kali bayi yang baru lahir akan dihembus ubun­ ubunnya sambil berdoa yang baik-baik. Ubun ubun yang masih lembik itu akan berdenyut seperti jantung. Kemudian kita juga diaJarkan, semasa anak-anak tidur tiup ubun-ubunnya berserta doa dan selawat. Apa saja yang berkaitan dengan anak, nakal, tidak mahu bela­jar, tidak mendengar kata atau apa saja hanya disuruh hembus ubun ubunnya dengan bacaan tertentu.



APA RAHSIA UBUN-UBUN SEBENARNYA?

Menurut Dekan Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Adnan Mohamed Yusoff, di dalam al-Quran ubun-ubun disebut nashiyah. Para ulama dahulu mentafsirkan ayat di atas iaitu ubun ­ubun yang berdusta adalah orang yang menipu.

Katanya ayat itu ditafsirkan secara perbandingan. Dalam budaya dan peng­gunaan bahasa Arab, merujuk kepada anggota badan untuk dikiaskan dengan sifat seseorang adalah sesuatu yang lumrah. Contohnya, apabila hendak me­ngatakan seorang itu penipu dan pendus­ta mereka sifatkan pada anggota badan. Sama seperti di dalam bahasa Melayu yang disebut kiasan iaitu kaki bangku, panjang tangan dan telinga nipis.

"Dengan perkembangan sains yang semakin pantas, ulama mula meng­kaji maksud ubun-ubun dengan lebih terperinci. Kajian yang dilakukan oleh Sheikh Zahlun Najar dan Abdul Majeed Alzendanee, menemukan fakta tentang ubun-ubun yang boleh dikait­kan dengan al-Quran. Asalnya kajian itu dilakukan oleh sarjana barat.

"Di dalam otak kita ada satu bahagian yang berfungsi untuk mengawal diri, membentuk tingkah laku dan peribadi seseorang. Pusat kawalan itu adalah ubun-ubun yang letaknya di belakang dahi atau dipanggil frontal lobe.

"Di bahagian itulah pusat kawa­lan segala arahan dikeluarkan, mengawal tingkah laku, berbohong, berbuat salah, kejujuran dan membuat kepu­tusan. Anggota badan hanya menjadi tentera yang menjalankan arahan saja," jelasnya.

Dr. Adnan menambah lagi, hasil kajian yang menggunakan teknologi canggih telah berjaya mengesan unsur pembohongan. Dari imbasan yang dilakukan, bahagian ubun-ubun meng­hasilkan tenaga yang banyak.

Di katakan semasa berbohong, im­basan menunjukkan 14 kawasan otak akan menjadi aktif berbanding hanya tujuh kawasan saja jika bercakap benar. Menurut Daniel Langleben, seorang ahli psikiatri dan pakar saintis neuro dari Universiti Pennsylvania, ada tiga bahagian otak yang bergerak lebih aktif semasa berbohong iaitu anterior cingu­late cortex, dorsal lateral prefrontal cortex dan parietal cortex. Dari pemerhatian­nya, semasa menipu, aliran darah ke bahagian itu bertambah. Ini bermakna otak sedang bekerja kuat untuk ber­dusta.

Di sini dapat dilihat seolah-olah ada satu pusat komputer yang duduk di ubun-ubun yang telah diset kan dalam mode sentiasa berada pada kedudu­kan benar sepanjang masa. Bila kita bercakap benar, tidak ada sebarang perubahan tenaga yang dapat dikesan pada ubun-ubun. Sebaliknya bila ber­cakap bohong ada tenaga yang dike­luarkan dan ia boleh dikesan.

Penerangan yang boleh dibuat dari perubahan tenaga itu ialah begini, semasa menipu aliran darah akan ber­tambah di bahagian ubun-ubun dan banyak tenaga yang digunakan untuk mencari alasan apa hendak diberikan. Atas alasan itu mereka memutuskan, menipu bukanlah satu perkara yang datang tiba-tiba. Otak harus berfikir benar atau tidak kemudian barulah keputusan dibuat untuk menipu.

Misalnya apabila kita hendak menipu katakanlah, "langit itu hijau". Otak kita akan berfikir dahulu bahawa warna langit adalah biru tetapi kita hendak menafikannya. Otak akan bekerja keras untuk menafikannya sebelum menge­luarkan kata-kata bahawa langit adalah hijau.

Bagi Dr. Adnan, apa yang dinyata­kan di dalam al-Quran memang ada hubungannya dengan penemuan sain­tifik. Sebagaimana yang Allah sebut ubun-ubun yang berdusta. Hasil pen­emuan mendapati, bahagian frontal lobe itulah yang paling banyak mengeluar­kan tenaga apabila keputusan untuk menipu dibuat.

"Jika sebelum ini ulama mentafsirkan ayat itu secara perbandingan. Secara hakikinya dari sudut saintifik, ayat itu boleh didalami lagi maksudnya. Ubun ­ubun itulah yang berdusta, berbohong, tidak patuh, tidak taat pada perintah Allah kerana ia membuat keputusan," katanya.



AMALAN RASULULLAH

Tambah Dr. Adnan, yang menarik tentang nashiyah banyak disebut di dalam hadis. Malah Nabi amat me­ngambil berat tentangnya. Contohnya di dalam soal wuduk, Rasulullah me­nyapu kepala. Ada riwayat yang me­ngatakan maksud, menyapu kepala itu adalah sebahagian kepala dan ada juga yang kata keseluruhannya.

"Dan tafsiran tentang bahagian kepala yang mana, para fuqaha menga­takan ia melibatkan sebahagian dari kepala tetapi tidak kira di mana-mana. Namun apabila kita teliti, balik hadis yang mengatakan sebahagian adalah di bahagian hadapan saja iaitu di ubun­ ubun. Pendapat itu dikeluarkan ber­dasarkan beberapa riwayat yang me­ngatakan, Rasulullah apabila menyapu kepalanya, dari ubun-ubun bawa ke belakang dan dari belakang membawa ke ubun-ubun.

Sambungnya lagi, ada juga amal­an yang diajar oleh Rasulullah ketika berdoa setiap kali hendak tidur yang bermaksud “Aku memohon perlindungan Allah daripada kejahatan semua makhluk yang Engkau pegang ubun-ubunnya. "

Sebuah lagi hadis meriwayatkan tentang amalan yang Rasulullah lakukan ketika mendoakan orang lain mahupun untuk merawat. Seorang sahabat yang miskin datang mengadu dan minta Rasulullah berdoa untuknya supaya dia disenangi oleh orang lain dan dilayan dengan baik serta mendapat kelapang­an. Lelaki itu menceritakan balik, lalu Rasulullah sapu ubun-ubun saya dan berdoa kepada saya tiga kali.

Dalam satu peristiwa lain di mana Saad bin Abi Waqas sakit, Rasulul­lah datang melawatnya. Kemudian me­letakan tangannya di atas dahi (nashi­yah) lalu disapu ke muka, dada dan perut Saad. Rasullah berdoa kepada, Allah, wahai Allah sembuhkanlah Saad dan sempurnakan amalan kebajikan yang dilakukan.

"Daripada hadis-hadis yang diri­wayatkan, boleh dirumuskan bahawa ketika berdoa Rasulullah akan meme­gang ubun-ubun orang yang didoakan. Apabila hendak merawat orang sakit, tangannya, akan diletakan di dahi atau nashiyah juga.

"Itulah tandanya Rasulullah amat mengambil berat dan memberikan pen­jagaan yang baik dari segi fizikal serta rohani kepada nashiyah. Teknik yang diamalkan Rasulullah iaitu membelai rambut dan kepala, perlu dipraktikkan di dalam pendidikan secara sistematik. Di situ adalah pusat yang merang­sang iman dan pemikiran anak-anak, sepatutnya kaedah itu digunakan secara tersusun dan serius.

"Bila bersama-sama anak-anak kita usap kepalanya dan berdoa seba­gaimana yang Rasulullah amalkan. Ambil masa sedikit sebelum tidur atau semasa tidur jadikan amalan yang ter­atur. Amalan itu perlu diperluaskan di dalam masyarakat kita kerana ia ada kesan dari segi rohani dan spiritual. Di bahagian itu adalah pusat yang harus diberi perhatian dan tumpuan khusus oleh ibu bapa, guru, pendidik, pendak­wah untuk mentarbiahkan pelajar," ulasnya.

Al Islam Mac 2010 (m/s 56-57)

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://grenbara.bravejournal.com/entry/54830

Artikel asal oleh : Norimanah Seman 
Terbitan asal : Majalah Al Islam Mac 2010

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Qur’an itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” (Fushilat (41): 53).


=================================================

setiap ciptaan Allah adalah special edition..



Allah menerangkan bahawa pada hari kiamat, Allah akan kumpulkan kembali segala tulang belulang manusia dari mana ia berada walaupun tulang itu sudah menjadi habuk yang halus.

Seorang sahabat, Adwi ibn Abi Rabiah bertanya:"Adakah selepas mati kebangkitan semula? dan bagaimanakah Allah kumpulkan tulang belulang selepas menjadi habuk?"

Juteru, Allah turunkan wahyu bermaksud: "Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan kembali tulang belulangnya? Bukan dengan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun kembali hujung jari jemarinya dengan sempurna”. (surah al-Qiyamah,3-4).

Menerusi ayat, Allah sudah kemukakan ilmu yang saintifik kepada manusia dalam mengenali atau mengenal pasti secara terperinci terhadap mana-mana individu menerusi cap jari tangan manusia.

Rahsia ilmu ini diturunkan di Mekah ditemui melalui penyelidikan forensic yang mangagumkan ahli sains terutama Barat.

Institusi mengesan dan menyelidik jenayah di Britian, Scotland mengiktiraf cap ibu jari sebagai alamat pengenalan individu pada 1902, diikuti polis di New York pada 1903.

Menerusi rahsia ilmu yang diturunkan oleh Allah, didpati rakaman dan garisan berjalur bulatan pada cap hujung jari individu khususnya cap ibu jari dalah berlainan antara individu .

Malah pada abad ke-21, penggunaan cap jari mula dipraktikkan pada urusan passport, keluar masuk pejabat kerajaan serta aspek keselamatan berbanding sistem pengenalan individu yang dikenali sistem Bertillon yang mengenalpasti gambar muka, ukuran panjang dan lebar kepala, panjang kaki kiri /panjang jari kecil kiri.



============================================


Nabi Muhammad saw menerima ayat Allah melalui pendengaran dahulu



MENGAPA SEBUTAN PENDENGARAN MENDAHULUI PENGLIHATAN DI DALAM AL-QUR’AN ? ( Bahagian 2 )


Suatu Perkara Lain Yang Menarik

Didapati juga perkataan mendengar/ telinga selalu disebut dalam bentuk tunggal ,sementara perkataan penglihatan/mata dalam bentuk jamak/banyak. Allah berfirman:

“Dan tidaklah kamu dapat menyembunyikan (kemaksiatan kamu) , bahawa akan memberikan kesaksian pendengaran, penglihatan-penglihatan dan kulit-kulit kamu, bahkan kamu menyangka Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukankan” (Fusilat 41: 22).,

” Katakanlah (Muhammad): ‘ Terangkanlah kepadaku, jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan-penglihatan kamu, serta ditutup hati-hati kamu, siapakah tuhan selain dari Allah yang dapat mengembalikan mereka kepada kamu’ “? ( Al-An’am 6:46)

Mengapa dalam Al-Quran sebutan perkataan “pendengaran/telinga” adalah tunggal sedangkan “penglihatan ” adalah jamak/banyak? Mengapa tidak disebut “pendengaran-pendengaran dan penglihatan-penglihatan “, atau “pendengaran dan penglihatan”? Allah Yang Maha Kuasa, dengan ekspresi yang jitu menjelaskan kepada kita ketepatan Al-Quran.

Deria penglihatan boleh dikawal oleh manusia, kerana ia boleh memilih sama ada mahu melihat atau tidak. Manusia dapat memejamkan matanya untuk hal-hal yang dia tidak suka untuk melihatnya. Tetapi ia tidak boleh melakukan hal yang sama dengan deria pendengaran, kerana ia tidak mempunyai kawalan ke atas telinga apakah ia ingin mendengar atau tidak.

Dengan kata lain, ketika seseorang berada di sebuah bilik di mana sepuluh orang bercakap, suara mereka akan sampai ke telinganya, sama ada dia mahu mendengar atau tidak. Deria penglihatan berbeda di antara seseorang dengan yang lain; Seseorang melihat sesuatu sementara yang lain melihat sesuatu yang lain kerana kelainan yang berbeza penglihatan/ pandangan, sementara orang lain menutup mata dan tidak melihat apa-apa. Bagi pendengaran, kita semua akan berkongsi mendengar suara yang sama jika kita berkumpul di satu tempat.

Oleh kerana itu mata bervariasi pandangan /penglihatan tetapi telinga tetap tunggal.

Terjemahan artikel: What is the reason behind advancing hearing over sight in the Holy Quran?- Dr Sharif Kaf Al-Ghazal

Disalin dari dengan sedikit ubahsuai : http://assabiel.com/?p=2405

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Qur’an itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” (Fushilat (41): 53).

====================================================
BUMI KITA


Gambar ini menunjukkan perbezaan saiz di antara Planet Bumi dan planet-planet lain di dalam Sistem Suria. 

Pada gambar ketiga (bawah) bumi sudah tidak kelihatan lagi... berapa kerdil dan halusnya manusia ini berbanding dgn hamba Allah (ciptaan NYA) yang lain..

Allah swt berupaya mengapungkan daun yang gugur dari pokok. Allah swt juga mampu mengapungkan planet dan bintang betul pada orbitnya.

Siapakah kita untuk menafikan kekuasaan Allah.. Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Pengatur Segala Sesuatu. Allahuakbar..
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )




keratan bumi


SAIZ BUMI DAN PERLINDUNGANNYA DARIPADA OBJEK-OBJEK ANGKASA LAIN

Adakah saiz Bumi dibandingkan dengan planet-planet lain "secara kebetulan"? Atau, disengajakan?

Jika Bumi sedikit kecil, graviti menjadi lemah dan menjadikannya terlalu lemah untuk menahan atmosfera di sekelilingnya. Tanpa atmosfera ini, dunia kita akan terdedah kepada meteor dan sinaran bahaya daripada angkasa. Tambahan pula, kehilangan oksigen menyebabkan hidupan mati. Jika Bumi terlalu besar, tarikan graviti akan bertambah dengan hebatnya, menukarkan atmosfera ini menjadi satu campuran bahaya kerana ia mengandungi gas-gas beracun.

Di samping jirimnya, dalaman Bumi juga telah direka khas. Lapisan-lapisan kerak bergerak mengelilingi antara satu sama lain, dan pergerakan ini menghasilkan medan magnet bumi. Medan magnet ini mempunyai peranan penting dalam memelihara hidupan. Terletak jauh daripada permukaan Bumi, medan ini melindungi Bumi daripada kesan sinaran bahaya daripada angkasa.

Penemuan saintifik lain menunjukkan kepada kita alam ini tidak ditinggalkan begitu sahaja. Sebaliknya, Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Pencipta, mengawal seluruh alam, dan menjadikan dan menahan galaksi-galaksi, bintang-bintang dan planet-planet di bawah kekuasaan-Nya.

Planet biru yang kita diami ini adalah ciptaan istimewa Allah. Di dalam Al-Quran, Allah menggambarkan ciptaan hebat ini di dalam ayat ke-2 surah Al-Furqan dengan kata-Nya: "... dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna."

Kenyataan ini menjadikannya jelas, seperti ayat-ayat lain di dalam Al-Quran, bahawa di planet ini, Allah menjadikan segala yang diperlukan manusia.


Wallahua'lam


sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (QS Al Baqarah: 164)












No comments:

Post a Comment