Assalamualaikum....semasa mama menaip artikel ini syawal tengah ready nak tutup pintu dia di esok harinya. Ermm tetapi masih ramai lagi yang Open House rumah dia orang..ada orang tak suka tetapi mama suka dengan budaya sebegini..bukan apa bukan sahaja dapat makan free, tuan rumah dapat bersedekah kita juga dapat berkenalan dengan kawan baru dan mengeratkan hubungan siratulrahim sesama islam..pada sesiapa nak marah sebab kami suka beraya sampai over 30 hari..relek laa..kami bukan buat apa..cuma bersedekah makanan dan kunjung mengunjung ke rumah saudara mara dan sahabat taulan untuk mengembalikan perhubungan yang semakin jauh selama setahun..hehehe...kalau pergi hari biasa tak sama macam raya sebab bulan raya tersangatlah istimewa..kalau buat salah silap dengan kawan dan saudara..insyaallah pasti dimaafkan dan hubungan baik kembali terjalin..bagi mama itulah hikmah dan nikmat Syawal yang Allah swt kurniakan..
Okey..kita tinggalkan bab raya..dah habis pun...tetapi tengah seronok raya hari itu mama terkejut beruk tengok satu konsert kat tv...hampir setengah siaran tv kat Malaysia ini menyiarkan siaran langsung konsert tu...anak dara mama pun excited menunggu depan tv. Mama pun tumpang sekaki..best kot..?
Tunggu punya tunggu Countdown..Aznil pun muncul, ok laa tu. Lepas tu lepas sorang sorang artis keluar termasuklah yang luar negeri...erkk...SURPRISE...UNCLE NAJIB AND ROSMAH IN THE HOUSE. Wow sporting habis betul dia..ok laa tu. Lepas tu UNCLE NAJIB memberi ucapan ringkas "apa yang penting saya dapat bersama sama dengan generasi baharu Malaysia, dan saya ingin rasa semangat dan tenaga dari generasi muda kita" sambil menujukan kata kata itu kepada penonton yang kebanyakan terdiri dari anak bangsa yang masih muda belia terkinja kinja berseronok dihiburkan oleh artis pelbagai kaum dan bermacam versi. Macam orang tak hingat jerr..lepas tu bergaul lelaki perempuan berhimpit himpit..pakai tudung tak pakai tudung sama jerr...ishh...terus tak ok..anak mama terlelap dan mama pun dah dilamun mimpi..sedar sedar konsert dah habis..alhamdulillah...tak sanggup mama nak menontonnya...macam beruk ada..macam harimau ada...tertonggeng nampak punggung ada...cukuplah..mama tak rela generasi Malaysia seperti ini...ini bukan generasi baru tetapi generasi ampu dan takda malu....
Apakah faedah yang kita dapat dari konsert tersebut agaknya yerr...? inikah pemimpin akan datang...duniawi mungkin..di zaman mereka dimanakah letaknya hukum Allah dan agama islam itu sendiri..fikir fikirkanlah..
generasi baru seronok menonton...sungguh berjaya tarbiyah dari Korea ini. |
berhimpit himpit meraikan maksiat... |
No comments:
Post a Comment