popia sira pedas mama |
Proses sama jer macam kita buat popia sira gula, cuma bezanya kali ini kita sira dengan lada untuk sensasi pedas pulak..cuba laa
Bahan sira
Cili kisar 2 sudu besar
Bawang Putih kisar 1 sudu besar
Cili Sos 2 sudu besar
Cuka 1 sudu kecil
Gula 7 sudu besar
Garam
Cara
- Tumis semua bahan kecuali gula, cuka dan sos, bila dah wangi masuk gula, cuka dan sos, masak hingga benar benar pekat dan berbuih.
- Masukkan popia tadi dan gaul rata hingga tak melekat antara satu sama lain.
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
No comments:
Post a Comment