Page ni mama sahaja nak share dengan kau orang semua pasal Sulur Keladi. Mama dapat rasa dah ramai meninggalkan makanan ni sejak menginjak dewasa dan orang tua telah tiada. Biasalah makanan kampung kebanyakan telah dilupakan sebab kita terlalu mewah dan tak perlu nak susup sasap dalam hutan dan semak untuk mencari hidangan di tengahari.
Kalau nak lauk..pergi jer ke pasar, macam macam ada disuakan di depan mata, cuma pilih dan beli sahaja. Kalau di bandar suasana begini adalah biasa, tetapi di kampung pada zaman sekarang laa...pun sama. Kalau tak ke pasar, adalah si mamat jual ikan datang meniaga bermacam macam produk, pilih jer dan bayar. Kuasa wang telah menyebabkan makanan exotic dari kampung dilupakan, cuma ada sekerat dua yang masih ingat dan akan mencari di Pasar Tani. Itupun jarang ada...mungkin payah nak mendapatkannya ataupun memang kurang sambutan. Sebab itu anak anak sekarang tidak tahu berkenaan sulur keladi termasuklah anak mama sendiri.
Kalau dahulu, ibu ibu di kampung sangat kreatif mencari lauk untuk hidangan keluarga. Tak payah fikir nak keluar duit, asal rajin semua boleh jadi lauk dan makanan. Kalau ditanya kepada anak anak di zaman sekarang, jangankan sulur keladi, pokok keladi pun mereka tak kenal...diharapkan artikel mama ini akan memberi sedikit pengetahuan kepada kau orang yerr...
pokok keladi yang dikomersilkan |
Mak mama tak terfikir pulak untuk menanam cara komersil, cuma tanam untuk makan. Paling tidak lauk kami tak pernah putus, tak makan keladi kami makan sulur keladi, bila ada isi boleh goreng dengan tepung. Haa beginilah rupa sulur keladi yang telah siap dipungut oleh si rajin.
sulur keladi yang siap untuk dijual di pasar tani...tetapi jarang jumpa |
sulur yang dah siap disiang, kulit arinya dibuang dan dipatah patahkan supaya mudah untuk dimasak dan dimakan |
Mama ni suka makan, tapi paling malas nak layan membersihkan sulur keladi ni, apa taknya leceh sebab getahnya gatal dan tangan akan jadi hitam, payah nak bersihkan. Emak mama laa selalu siang dan bila dah siap siang dia akan celor, air celor tu dia masukkan garam sedikit supaya dapat mengurangkan gatal sulur keladi. Lauk paling koman mak mama masak sudah semestinya Asam Rebus Sulur keladi, selalunya dengan ikan bilis atau ikan masin tamban. Cara dia sama jer macam kita buat asam rebus biasa, kena masuk cili kering dan asam keping.
Gulai ni sedap dimakan dengan nasi panas, fuhh..berpeluh peluh. Tersangatlah lazat. Rasa dia lebih kurang sama macam rasa batang keladi yang kita selalu buat gulai tu...siap hirup hirup lagi kuah dia...
camni laa rupa Asam Rebus Sulur Keladi |
Add caption |
"mak saya masak sedap"
No comments:
Post a Comment