Stuffed Tofu... |
Asyik asyik tahu sumbat..asyik asyik tahu sumbat..."sambil mengomel dalam hati" lalu dengan rajinnya mama berjalan jalan di halaman google mencari resepi untuk tauhu.."haaa dah jumpa satu" teriak mama keriangan tetapi dalam hati laa..
Mama dah cuba dah..boleh tahan juga. Bagi yang sesiapa gilakan tauhu, boleh cuba style baru. Sesekali ubahlah selera..
Bahan
Tauhu putih 5 keping goreng hingga garing
Isi Ayam sekeping dada rebus hingga empuk
Bawang besar 1/2 biji dadu
Daun bawang 2 batang hiris nipis
Carot sedikit didadu kecil kecil
Lada hitam 1 sudu kecil @ lada sulah serbuk
Telor 1 biji dan sedikit garam dipukul hingga kembang
Cara
- Dah selesai goreng tauhu tadi, kita sejukkan dahulu
- Dada ayam tadi kita cincang halus (kalau campur isi udang yang dicincang lagi sedap, tapi mama tak makan udang..so ayam sajalah)
- Meh kita operate tauhu yang dah sejuk tadi. Korang boleh design macam mana korang suka, boleh potong bentuk tiga segi macam tauhu sumbat tu.., atau potong dua bentuk empat segi atau tak payah potong macam gambar kat atas. Tapi macam manapun korek isi kasi keluar semua yaa..
- Ramas isi tauhu dan campur dengan semua bahan di atas kecuali telor. Mama guna lada hitam maggi jadi tak payah letak garam..tapi kalau guna pure lada jangan lupa masuk garam tau..tawar pulak inti dia nanti.
- Lepastu kita sumbat balik kat dalam tauhu yang dah tinggal sarang tadi...padat padat. Pastu celop dalam telor..goreng hingga telor kecoklatan...
- Enak dimakan masa panas panas. Kalau malas cecah jer dengan cili sos, tetapi kalau nak sedap cecah dengan kuah tauhu sumbat..marvelous..
No comments:
Post a Comment