Hahaha..Saidah...ko suka sangat nasi gorengkan...resepi ni special di dedikasikan untuk ko...jadi setiap resepi ada tertulis nama ko sehingga akhir hayat dikandung badan..kuang kuang kuang..jangan marah yer saidah..kenang kenangan untuk ko...
NASI GORENG KAMPUNG SAIDAH
Bahan
Bawang Putih 2 ulas
Cili Padi 3 biji (kalau nak pedas tambah lagi)
Sos Tiram 1 sudu kecil
Ikan bilis goreng 1 senduk
Ikan bilis 1/2 senduk
Daun bawang 1 tangkai
Daun sop 1 tangkai
Lada sulah Ajishio tiada sukatan
Cara
- Tumbuk bawang putih, cili api dan ikan bilis. Tumis sehingga garing, masuk sos tiram dan nasi. Gaul rata.
- Pastu tabur daun bawang dan daun sop, gaul rata lagi. Tabur lada sulah maggi dan rasa tahap kemasinannya. Jika kurang masin letak garam sedikit dan gaul sebati. Tetapi selalunya ikan bilis dah masin...
- Hidang dengan ikan bilis goreng. Boleh tambah timun dengan keropok jika suka...
NASI GORENG O'NYEN
SAIDAH
Bahan
Nasi 3 cawan
Bawang Putih 1 ulas
Bawang merah 2 ulas
Cili kering kisar 1 sudu besar
Ikan bilis segenggam
Cara
- Tumbuk bawang dengan ikan bilis hingga lumat.
- Goreng cili kisar hingga wangi, masukkan bawang tumbuk tadi, goreng lagi hingga garing.
- Kalau nak campur sayur campur pun boleh, tak masukpun takpa
- Pastu masuk nasi dan sesuaikan rasa garam dia...
NASI GORENG CINA
(KAWAN SAIDAH)
Bahan
Nasi 3 cawan
Bawang Putih 3 ulas
Sos Tiram 1 sudu
Cili Api 3 biji dipecah pecahkan
Udang 5 ekor
Sotong 1 ekor potong ikut suka
Ayam sedikit dipotong ikut suka
Telor sebiji
Lada sulah Ajishio tiada sukatan
Daun sop sebatang
Cara
- Pecahkan bawang putih dan goreng sebentar. Kemudian masukkan udang, sotong dan ayam, goreng hingga masak.
- Masuk sos tiram dan goreng lagi, ketepikan di tepi kuali.
- Pecah telor dan kacau hingga telor masak dan gaul semua hingga rata.
- Masuk nasi dan gaul rata. Tabur lada sulah dan rasa tahap kemasinan dan keenakkan yang kamu suka, jika kurang rasa.. tambah apa yang patut.
- Letak cili api tadi, gaul hingga terbit sedikit rasa pedas pada nasi. Tabur daun sop dan bawang goreng jika suka.
NASI GORENG KERABU SAIDAH
Bahan
Nasi 3 cawan
Ikan bilis 1 senduk
Cili Api 5 biji
Bawang Putih 3 ulas
Lada sulah Ajishio takda sukatan
Serai * 1 batang
Daun kesom*
Kacang Panjang*
Bunga Kantan*
Daun Limau purut*
Ikan Bilis Goreng 1 senduk
Cara
- Mula mula tumbuk cili, ikan bilis dan bawang putih
- Tumis hingga garing, masuk nasi dan gaul rata.
- Kemudian masukkan bahan bertanda* yang telah dihiris halus. Kemudian tabur lada sulah dan gaul rata. Rasa tahap kemasinannya, kurang rasa masin sila tambah garam.
- Hidang dengan ikan bilis goreng.
NASI GORENG PATAYA SAIDAH
Korang guna saja nasi goreng cina tadi, tapi bungkus dengan telor dadar. Atas dia letak cili sos, hidang dengan timun, keropok dan sop kosong...
Cara Telor Dadar
- Pecahkan telor dalam 2 biji, pukul hingga kembang.
- Minyakkan permukaan kuali dan panaskan sebentar.
- Letak telor dan goyang goyangkan kuali hingga telor meliputi hampir sebahagian besar kuali.
- Tunggu hingga masak, bila tepinya meleding.
- Angkat dan letak dalam pinggan atau mangkuk, isi nasi goreng pilihan dan lipat. Tangkup dalam pinggan dan hiaslah suka hati korang
No comments:
Post a Comment