Thursday, 18 August 2011

ALASAN TAK SOLAT


Terimakasih kerana masih sudi membaca tulisan Mama.  Entah kenapa bulan puasa ni teringin pulak mama nak kongsi cerita berkenaan Alasan Tak Solat.  Jadi kalau terkena pada batang hidung sendiri.."i am sorry" ...tetapi hakikat kita kena terima ia memang terjadi dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari atau kita buat buat "tak sedari".

Mama tak kata mama adalah orang yang bagus amalannya tetapi mama sedang berusaha memperbaiki diri.Insyaallah..semoga Allah sentiasa membimbing dan kita semua sentiasa berada di atas landasan yang betul.

Bukan Mama sahaja malah kamu juga tentu telah berhadapan dengan manusia yang terlupa akan rukun islam yang ke dua iaitu solat..bukan bab meringan ringankan solat tetapi memang malas mengerjakan solat,  buat pun bila suka dan kadang kadang tak ikhlas sebab nak tunjuk kat orang yang mereka juga bersolat.  Solat itu adalah tiang agama, sesiap tidak bersolat seumpama dia meruntuhkan agamanya.

Mama akui mama juga pernah lalui hidup sebagai insan yang alpa...tetapi Allah masih sayangkan mama rupanya...dipanjangkan umur ini supaya menyedari kesalahan diri dan memperbaiki diri...dan hingga kini masih berusaha untuk menutup lubang sana sini...banyak betul cacat celanya iman pada diri mama...

Alkisah tentang Alasan Tidak Solat,  kalau perempuan dalam sebulan tentu ada 7 hari cuti Allah bagi...jadi tak payah solat dan tak payah nak ganti,  cuma puasa jer kena ganti.  Takpun dalam nifas...lagi panjang cutinya..Tetapi apa yang peliknya ada pula yang tak habis habis cutinya...asyik cuti jer..kadang kadang berbulan bulan hinggakan lupa macam mana nak ambil air sembahyang dan macam mana nak baca fatihah..kena semak buku panduan solat balik macam mana nak baca doa qunut...

Itupun teringat nak solat bila terasa diri dibebani masalah yang tak tertanggung dek badan,  menderita putus cinta,  sakit kronik,  kena buang kerja...macam macam beban dalam kepala baru teringat kat Allah...memang sifat manusia begitu...akhirnya akur hanya Allah sahaja tempat kita mengadu..sekurang kurangnya dia masih mengingati Allah supaya dapat membantu..yer tak..buatnya dihiris urat nadi, terjun tingkat 16 ....terus kojol..mati dalam kafir..lagi payah...neraka jahanam sahajalah tempatnya.

Ada juga beri alasan...alah tak bawa telekung lah...kalau nak seribu daya,  kalau pergi shopping compleks orang bukan islam pun pandai sediakan surau untuk kegunaan pelanggan islam.  Telekung pun ada...kalau malas nak bawa telekung dalam bag...guna jer telekung kat surau.

"Alaa...masam laa telekung kat surau..ramai sangat pakai tak pernah basuh.."...haa itulah gunanya tudung kita...cover laa sikit kemasamannya janji kita dapat menunaikan solat yang sememangnya wajib itu.  Padan laa muka sebab malas nak bawa telekung sendiri.  Sebab itulah wanita islam digalakkan menutup aurat betul betul,  menutup seluruh badan dengan pakaian yang longgar dan bertudung kepala melepasi dada...pakai stokin...dah lengkap untuk bersolat tak payah bertelekung bagai...on di mana saja....

Kalau bertandang ke rumah saudara, sahabat handai...apa salahnya menumpang solat.  Tentu tuan rumah tidak keberatan tetamunya mahu menjaga solat,  mereka pun dapat pahala.  Lagi bagus dapat jemaah bersama sama.  Itu pun ada juga yang segan nak bersolat di rumah orang...kenapa perlu segan untuk sesuatu yang dituntut Allah..bab makan minum tak segan pulak kita..kan kan...

Ada juga berkata,  tak mandi lagi..nanti solat kat rumah jerlah...ermm..orang yang kena mandi ni ada dua sebab,  pertama mandi hadas sebab haid atau nifas, sebab kedua mandi junub....tetapi takkan sepanjang masa kot...kalau kita ambil air sembahyang..sucilah kita dan boleh bersolat.  Jadi apa masalahnya..?

Ada juga menyalahkan syaitan yang menghasut mereka malas solat..ermmm..bagaimana pula masa bulan ramadan...berapa ramai manusia hanya berpuasa tetapi tidak bersolat.  Syaitan kan dah kena ikat,  sapa pula yang menghasut mereka...rupanya diri sendiri sama jahat dengan syaitan...selagi kita tak mengubah diri selagi itulah syaitan mudah menunggang kita di bulan bulan yang free bagi mereka....

Segalanya bermula dari rumah...para ibubapa sekarang jarang memberatkan solat kepada anak anak...macam mana nak tunjuk teladan yang baik jika diri sendiri pun lalai dalam menjaga solat...tetapi bab akademik sekolah..melenting jika anak tak buat kerja sekolah....ermmm....

Belum cerita pasal para muslim kita....macam macam lagi helah mereka tak mahu bersolat.  Kalah dengan perempuan uzurnya..setiap saat setiap waktu asyik haid kot...? itu kena tanya diri mereka sendiri....

Alasan alasan di atas hanya 10/100 jer yang mama dapat kongsikan...terlalu banyak dan mungkin semakin banyak semata mata untuk meloloskan diri dari bersolat..macamlah Allah boleh terima dengan alasan tak munasabah tu...

Tetapi kesimpulan yang dapat mama nyatakan orang yang suka beri alasan tak solat ni sebenarnya menanggung sejenis penyakit yang sangat kronik iaitu "MALAS, MALEH, PELOSO, PENYOGAN..dan perkataan yang sama waktu dengannya" DAN  hanya ada satu jer ubat iaitu " SEDAR DIRI DAN TAUBAT".

Disini ingin mama kongsikan gambar gambar insan yang menjaga solat...kerana mereka tahu akan betapa pentingnya solat...dan bahana bila meninggalkan solat dan meringan ringankan solat..


lelaki paling mudah untuk menjaga solat...auratnya simple..jadi apa alasan yaa..?
saudara kita ni sempat solat walau keadaan tak selesa dan Gaza tersangatlah tak aman...
kita yang aman ni kenapa malas juga nak solat dan kat Malaysia ni berlambak lambak tempat solat yang selesa telah disediakan...tetapi masih juga beralasan..

Selamba jer solat depan tentera Israel..kita nak solat depan polis pun takut...takut dikata gila sebab solat di tempat awam

tak payah sejadah..sejadah bukan syarat wajib solat...Allah dah beri hamparan seluas mata memandang...cuma niatnya kena ikhlas

cacat bukanlah alasan untuk tidak bersolat..macam mana dengan kita yang cukup sifatnya..malunyaa..

biar berpeluh peluh lepas main bola..insan insan yang sedar diri ini masih mampu berjemaah di tengah padang..tempat kita ada ker ummah macam ni..?

atas batu pun jadi...janji jaga solat..takut dengan hukum Allah...insan ini  sentiasa menjaga solat walau tidak selesa

sempat berjemaah...serah segalanya kepada Allah dan solat tetap solat

tidak memperdulikan orang dan kenderaan simpang siur..ditepi jalan pun insan ini sempat bersolat...mampukah kita menjadi seperti insan ini...?

Bila lagi kita nak berubah..Malunya hidup dengan nikmat-nikmat Allah,  makan dengan rezeki yang melimpah ruah,  tetapi takda terimakasih dengan Si Pemberi..malu..malu..malu...





No comments:

Post a Comment