kentang putar atau lebih tepat kentang lenyek sebab mama lenyek lenyek kentang dengan senduk |
Bahan
Kentang Russet 1/2 kg buang kulit dan rebus hingga empuk
lada hitam maggi 1 sudu
Susu segar@cair 1/2 cawan (susu tepung anak pun boleh)
Garam
Butter @ Marjerin 1 sudu
Mayonis 2 sudu besar (jika ada..takdapun takpa)
Cara
- Lenyek kentang sampai halus.
- Gaul dengan bahan bahan lain hingga mesra. Isi dalam bekas kecil kecil dan tuang sos dia..sejukkan atau ngupp jer
Sos
Bawang besar 1 biji cincang halus
Butter 1 senduk
Tepung Jagung 2 sudu besar
Kiub ayam maggi 1 kiub
Lada sulah 1 sudu kecil
Air 1 cawan
Cairkan butter. Tumis bawang. Goreng hingga wangi, masukkan tepung jagung..biar sampai coklat, masuk air , kiub dan lada sulah. Masak hingga pekat. Tuang atas kentang
No comments:
Post a Comment