Friday, 12 August 2011

PERIA KATAK GORENG REMPAH

Kalau bulan bulan puasa ni malas betul laa mama nak keluar berjalan jalan,  tetapi hubby pujuk nak pergi Tesco.  Nak tak nak mama bersiap mengenakan baju cantik dan ikut hubby pergi Tesco,  dia bukan nak masuk Tesco pun,  nak pergi cari barang dekat DIY, sebuah kedai yang menjual pelbagai peralatan.

Lepas dapat apa yang dia nak,  ingatkan nak balik,  sekali dia ajak masuk Tesco...mama turut jer.  Sekali mama tengok orang ramai shopping sedangkan masa tu waktu pejabat.  Bila mama toleh kat dalam trolly dia orang..amboi reduce price..patut laa.  Hati mama berbunga bunga laa konon nak tengok kot kot ada rezeki mama untuk hidangan berbuka nanti.

Sampai kat section sayuran mama tengok berduyun duyun menghurung satu bahagian sayuran,  mama pergilah dekat.  Rupanya macam macam sayuran diantara yang kelihatan cili besar,  terung panjang, limau nipis, epal hijau termasuklah peria katak. Macam dah tinggal sisa sisa jer masa mama sampai, saja belek belek sekali mama nampaklah si peria, sekali tengok harga memang murah gila, dan keadaan masih hijau dan segar.  Mama tunjuk ngan hubby,  hubby angguk angguk tanda setuju laa tu.

Tetapi mama tak tahu nak masak apa daa...tapi mama pernah makan kerabu peria katak...memang sedap..tak pahit pun.."takpa balik kang mama buka internet cari resepi", kata hati mama.  Memang rezeki betul lah hari itu sebab lauk lauk basah murah sesangat, mama beli juga walau peti ais kat rumah rasanya dah penuh..terlebih sudah..

Bila sampai kat rumah, dengan penuh semangat mama buka internet dan cari resepi dan mama terjumpa sesuatu yang menyelerakan.  Petang itu juga mama cuba dan hasilnya memang sedap dan menyelerakan terutama kepada tekak yang meragam semasa bulan puasa...tekak mama laa..tekak korang mama tak tahu tetapi kalau nak cuba,  mama kongsikan resepi kat sini dan mama ada tambah sedikit bahan lain dari resepi asal untuk melazatkan lagi peria katak goreng.

pada yang tak kenal peria katak,  macam nilah rupa dia..
dah siap digoreng..masih panas dan masih rangup


Bahan

Peria Katak                    suka hati
Rempah kari                   ikut banyak mana peria,  pastikan kari meliputi peria
Lada hitam Ajishio         ikut suka
Garam                            ikut masin
Daun kari                       ikut suka

Cara
  1. Mula mula kita potong nipis peria.
  2. Masukkan garam dan lada hitam dan rempah kari,  gaul rata.
  3. Masa nak goreng masuk daun kari sebanyak mana kita nak,  gaul rata.
  4. Kita goreng hingga garing dan hidang masa panas panas kita boleh menikmati kerangupannya tetapi bila dah sejuk dia dah tak ranggup dah tapi maintain sedap terutama makan dengan nasi panas,  kira macam ulam laa..layan pula dengan sambal tumis ikan atau ayam..amboii...bertambah tambah mama makan..hehehehe...
Peringatan..hidangan ini sesuai untuk orang yang suka pahit pahit manja, dan sesuai untuk orang lepas bersalin.  Bukan sahaja boleh cuci darah tetapi dapat menurunkan paras gula dalam darah,  amat bagus untuk mereka yang mengidap diabetes.  Selain dari itu boleh menyembuhkan sakit kembung perut dan sakit sengugut...Insyaallah.

No comments:

Post a Comment