Assalamualaikum semua..salam Maal Hijrah..
Kenal tak kuih ni..?
Haa ini laa Kuih Kering atau orang kampung mama panggil..Kuih Koghing..bunyi nogori laa. Teringat dahulu arwah mak selalu guna telor itik..ambil kuning dia jerr pastu digaul dengan tepung pulut. Bila dah siap cantik jadi doh mak akan biarkan doh tu diperam atau dikembangkan dalam 2 ke 3 jam.
Mak akan guna minyak kelapa buatan sendiri untuk mengoreng kuih ni. Masa tu mak guna dapur minyak tanah jerr. Sambil sambil memanaskan minyak dengan api yang sederhana, mak akan bentuk bentukkan tepung dengan pelbagai jenis rekaan seperti corak reben, kuih denderam, simpul tali dan macam macam lagi. Tidak boleh buat tebal tebal, nipis jerr..lepas tu dia akan goreng dan kembang dekat 10 kali ganda dari size asal.
Toskan minyak dia, lepas tu mak bungkus di dalam kain putih dan gantung. Bila hari panas mak jemur sampai kuih tu jadi kering. Bila dah cukup kering baru mak sira dengan gula macam kita sira kuih gelang tu laa..dan simpan di tempat yang kering..terbaik simpan di dalam kain putih khas dan diikat ditempat tinggi.. supaya sentiasa kering dan berangin..kuih akan lebih tahan lama..
Rasa dia tersangat laa sedap..lemak lemak manis..peliknya takda pulak bau telor itik tu..memang arwah mak ni handal buat kuih kering tetapi takda sorang pun anak anak dia yang pandai membuatnya..termasuk laa mama sebab masa mak buat kuih ni dulu mama kecil lagi..jadi minat nak belajar dan simpan resepi tu memang takda di dalam kamus fikiran...tahu makan jerr.
Resepi..?. Mama takda resepi asal dari arwah mak...tetapi kau orang boleh try resepi dari beberapa blog..jadi tak jadi mama tak garenti sebab lain macam bena resepi mereka..tak sama macam mak mama buat..jadi tak berani nak syer kat sini..
bg resepi
ReplyDeleteLike
ReplyDeleteDulu masa kecik, selalu balik raya kampung mak dekat gemencheh ns.. And mesti akan beraya di rumah sorang nenek ni sedara mak jugak.. Rumah die memang wajib ada kuih ni, sedap sangat3..tapi nenek tu pun dah meninggal dah, dah tak merasa kuih sedap ni lagi.. Sampai sekarang masih ingat lagi rasa sedap nye macam mana.. Tapi memang betul, pembuatan kuih ni sangat rumit..
ReplyDeleteBoleh share resepi tak?
ReplyDeleteMasa kecil2 dulu selalu tgk arwah mak saudara buat kuih ni. Masa tu tak terlintas nak tanya resepi kuih kering. Bila bulan Ramadhan mesti arwah buat kuih ni.
ReplyDeleteSuka makan kalau xde sira... La ni mak sedara masih lagi buat setiap tahun
ReplyDeleteAssalammualaikum puan kami ada menjual kuih kering kalau berminat boleh lah ke fb kami kuih kering wan noriah @ boleh juge membeli di shopee.
ReplyDelete