Friday, 4 November 2011

AMBIGA MEMANG "BEGA"

Kalau dah kafir tu kafir juga.  Mama memang tidak puashati dengan perempuan ni terutama tentang kes dia membantu dan menyokong orang islam jadi murtad.  Tu sebab bila dia dilantik mengetuai BERSIH..mama tersangatlah sakit hati.  Bukan apa memandangkan begitu ramai tokoh beragama islam yang layak memimpin kenapa dia pulak kena pilih..?

Pasal tu mama tak sokong kempen BERSIH,  nak buat macam mana..kalau pemimpin dah bawa taik yang busuk, tak ingin nak dekat.  Biar macam mana betul perjuangan dia..tak ingin mama ikut sebab perjuangan dia benar benar bertentangan dengan fahaman kita yang mengikut Al Quran dan Sunnah.  Dia tidak sensetif dan sangat menghina umat islam dan agama islam khasnya.  Sampai sekarang mama kesal sebab BERSIH masih guna dia sebagai ketua...benci benci benci..

Dia ni layak kena halau dari Malaysia.  Mama kesal pasal parti pembangkang yang mengaku memperjuangkan islam dan bangsa melayu menyokong dia..kenapa..kenapa..kenapa..?  Janganlah butakan mata dengan apa yang dilakukannya kepada agama dan bangsa...

La ni marah dan bising bising sebab Ambiga terbabit dalam Perhimpunan Seks Bebas...sape suruh bagi muka..? bagi lagi..sokong lagi..dah naik tocang perempuan tu..  

Mama cut and paste jer artikel kat bawah ni....

Datuk S Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam sehingga 13 November ini.

Dulu kalau di Bersih 2.0, boleh la kami sokong tapi dalam soal menyelitkan budaya-budaya songsang secara halus dalam aktiviti sepanjang program tersebut sudah dapat dihidu oleh umat Islam. Walaupun kenyataan mereka di laman web utama, mereka menafikan, kita dah dapat mengagaknya kerana program sebegini sudah pun dijalankan di serata dunia.

Ini laman web Seksualiti Merdeka 2011 :-
http://www.seksualitimerdeka.org/

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam sehingga 13 November ini.

"Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu.

"Kerajaan... kalau boleh halanglah, dan ambillah tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pasukan The Red Warriors di Kota Bharu hari ini.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu adalah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia dengan beberapa aktiviti seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Soal kebebasan sebenarnya mempunyai had tertentu dan negara ini tidak boleh sama sekali membenar dan mengiktiraf budaya songsang diamalkan.

Nasib baik, Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar telah mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini. Tindakan pihak berkuasa kali ini disokong seratus peratus PAS.

Islam tidak menyekat hak asasi manusia tetapi ia hendaklah selari dengan hak asasi yang diciptakan Allah SWT kerana sebarang aktiviti yang bertentangan dengannya akan mengakibatkan keruntuhan terhadap tamadun manusia.

Walaupun PAS menarik balik keputusan untuk berdemo kerana pihak polis telah menyatakan pendirian yang tegas dalam kes ini, kami masih lagi membantah akan penganjuran program-program sebegini yang boleh menjejaskan kedaulatan Islam.

No comments:

Post a Comment