Biasalah musim cuti..anak anak sentiasa ada di rumah..jawabnya kena sediakan stok makanan banyak banyak supaya mereka tak merengek..lapar lapar lapar...penat nak masak jerr..satu tip yang mama boleh bagi kepada para ibu kat luar sana...mari menguli roti canai segera dan buat banyak banyak..boleh simpan di dalam peti sejuk dan tahan berminggu minggu..bukan sahaja menjimatkan wang malah tenaga...bila mereka lapar kita suruh goreng sendiri..hehehe
Camni laa rupa tepung dah siap diuli dan dibentuk bulat bulat. Doh kena kembangkan dalam 1/2 hari untuk mendapatkan hasil doh yang lembut dan mudah ditebar.
Mama tebar atas dulang jerr..takda laa tebar cam mamak kedai..tepek tepek sampai nipis pastu tarik kasi lebar....kena berlatih sampai expert
Dah tebar pastu kita kumpulkan dan gulung seperti adegan di bawah
Satu gulung ke kiri dan satu gulung ke arah kanan..
Temukan keduanya dan inilah hasil dia...lepas tu biarkan di dalam 15 minit...bolehlah kita tepek sampai nipis...goreng dengan minyak sedikit..jika mahu makan dengan segera..
Jika mahu menjadikan makanan frozen..letak jer atas kuali sekejap sehingga tepung kelihatan masak..angkat. Sejukkan dahulu baru simpan di dalam peti ais...aras bawah pun takpa..tahan berminggu minggu..nak tahan lama lagi...simpan tempat beku..pastikan dibungkus rapi supaya tak terkena air.
Roti canai mama yang dah siap separuh masak...cik princess sibuk nak enter frame...
RESEPI ROTI CANAI
Tepung Gandum 1 kg
Telor 1 biji
Susu manis 1 sudu besar (susu tepung pun boleh...campur dengan sesudu gula)
Air Secukupnya...dinasihatkan mula dengan 1 mug..dan 1 mug lagi standby
Garam Secukup rasa..campur di dalam air dari mug yang pertama sahaja
Marjerin Tiada sukatan...untuk salut doh nanti
Minyak Untuk rendam doh yang dah siap disalut dengan marjerin
Cara
- Bancuh air bersama telor, garam dan susu....di dalam mug yang pertama sahaja. 1 mug lagi standby untuk menghasilkan doh yang lembut dan mudah kita nak bentuk dia nanti..
- Tuang atas tepung dan uli rata...jika kurang lembut masukkan air dari mug kedua sedikit demi sedikit sehingga kita mendapat hasil doh yang lembut dan halus
- Bahagikan beberapa bahagian..selalunya sekilo tepung mama dapat di dalam 22 biji..bergantung besar mana kita nak..lepastu bentukkan macam kita nak buat pau..
- Salut doh dengan marjerin sebiji sebiji dan susun di dalam mangkuk. Tuang minyak hingga menutup 3/4 doh tadi..perap di dalam 1/2 hari @ 6 jam..lebih 6 jam pun tak apa sebab kita dah salut dia dengan lemak jadi anasir luar payah nak rosakkan doh. Tutup lerr supaya tak diberak cicak..hehehe
- Pastu tebar....goreng dan cicah dengan kuah kari, dal, gula, susu..atau apa sahaja yang kita suka
Salam
ReplyDelete