sedapnya karipap cinta mama...sila ambil satu..kalau sudi |
Bahan Inti
Kentang 1 kg
Kari 2 senduk
Ikan Bilis segenggam atau lebih lagi syok..tumbuk halus
Bawang besar 2 biji di dadu
Daun Kari 1 tangkai
Tumis daun kari dan diikuti bawang, kari dan ikan bilis. Tumis sampai wangi dan garing masuk air di dalam 1 cawan. Masuk kentang..masak sampai kentang empuk...jangan lupa digaramkan yerr..sejukkan.
Kulit Pastry
Tepung 1 kg
Marjerin 1 senduk
Minyak 1/2 senduk
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Panaskan Marjerin dan Minyak...hingga marjerin cair. Lepas tu gaulkan bersama tepung hingga rata. Sediakan air di dalam anggaran 1 mug dahulu..campur garam...masukkan ke dalam doh..uli sehingga boleh dibentuk..kalau masih berderai tepungnya sila tambah air sedikit sedikit sehingga mendapat doh yang licin dan sedikit keras..supaya karipap tidak menjadi lembik ketika menunggu waktu untuk mengoreng..selain dari itu doh yang keras..kulit karipap akan menjadi garing dan ranggup..pastikan guna api perlahan..
Pandai ker kau orang mengelim karipap ni..tak tahu..? beli jerr acuan yang melambak di pasaran..
No comments:
Post a Comment