Tuesday, 15 November 2011

BANTUAN SEKOLAH RM 100

Assalamualaikum..Alhamdulillah tengahari ni mama nak pergi sekolah anak mama nak ambil duit yang dijanjikan oleh kerajaan melalui pembentangan belanjawan 2012 yang lalu.  Perjanjiannya satu anak RM 100, kalau 5 orang anak, RM 500...untung laa..hehehe

Pada sesiapa yang belum tahu sila rujuk dengan pihak sekolah sebab wang ini mula diedarkan sebelum sesi persekolahan 2012 bermula.  Walaupun tidak banyak sekurang kurangnya dapat juga meringankan beban.  Tetapi dengan RM 100 itu mama dah congak congak; dapat laa juga untuk membeli sepasang pakaian sekolah, sepasang kasut, beg dan alat tulis..jadilah.  Siapa nak bagi..yer tak..?

Pada ibu bapa di luar sana adalah disarankan gunalah dengan bijak..janganlah shopping benda lain yang tidak berkaitan dengan persekolahan anak..al maklumlah ekonomi negara bukan stabil sangat..biarlah kita beringat ingat supaya tidak ditimpa susah dikemudian hari.

Semalam mama baru menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah di sekolah anak mama,  Pengerusi Persatuan Ibubapa PIBG berpesan walaupun yuran sekolah dan segala yuran telah dimansuhkan..kira free laa tu..yuran Persatuan PIBG RM 20 kena bayar gak..kalau tidak macammana aktiviti PIBG hendak dijalankan...yelah...boleh..InsyaAllah.






No comments:

Post a Comment